28

2.6K 566 106
                                    

Oxyjeon • jjk

A/N:Hanya satu update

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:
Hanya satu update. Maybe. ❤
-----

Minji mengorak langkah ke belakang. Keberanian yang menemani dirinya semakin lama semakin menghilang.

Degil sangat mahu menyeru kemunculan Oxyjeon semula, sekarang bukan mudah untuk dia menolak hasrat hati suaminya.

"A-apa maksud awak untuk bawa kita ke neraka? Ingat Kook, ingat anak-anak kita."

Kedua-dua telapak tangan Jungkook menolak bahu isterinya rapat ke dinding. Bagaikan syaitan liar yang baru terlepas dari perangkap, bibirnya dilagakan di atas permukaan kulit wajah Minji.

"Aku nak bawa kau pergi kerana kita sama-sama berdosa. Teman aku di sana, Jeon Minji."

Hidungnya mengesan bau darah Minji yang sedang menggigil takut. Namun, ada sesuatu kejutan khas untuk wanita itu seorang.

Pedulikan anak-anak mereka. Tumpuan Jungkook hanya seratus-peratus kepada Jeon Minji.

Sepasang iris mata merah itu asyik meneliti raut wajah insan yang disayanginya sebelum jemarinya terhenti di hujung kelopak mata wanita itu.

"J-just look at my eyes and never close your eyelid. Aku akan kembalikan ingatan kau semula Minji. I will show you how much your love towards me, your o-oxyjeon. "

Tubuhnya ditarik rapat oleh lengan kekar Jungkook. Apabila pandangan mereka bersatu, memori lama dia bersama Jungkook muncul bertalu-talu sehingga helaan nafasnya menjadi berat.

Dia menatap anak mata Jungkook dalam-dalam. Telahannya terhadap lelaki itu ternyata salah. Di sebalik keganasan yang jelas tertayang, wujud kesedihan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh si dia.

Oxyjeon adalah hasil daripada sikap pentingkan diri Minji. Kerana dialah merupakan punca lelaki syaitan itu diusir dari neraka.

"B-bukan salah kau seorang Minji. Salah kita berdua. Please,  jangan tutup mata kau. Ingat kembali memori lama kau, sayang."

-------

[ 7 tahun yang lalu]

Jeon Hyunwoo melemparkan pandangan penuh rasa benci dan jijik tika anak matanya bertembung dengan susuk tubuh darah dagingnya sendiri.

Anak yang ditatang penuh kasih dan satu-satunya harapan keluarga itu mengkhianati janji yang termeterai antara syaitan dan manusia.

Satu larangan besar dilanggar oleh anak lelakinya sendiri. Jeon Jungkook masuk dalam urusan manusia. Lebih parah lagi, anaknya juga bercinta dengan seorang manusia.

"A-appa,  ampunkan anakanda. Kook tak bermaksud nak hancurkan kepercayaan keluarga kita. I love her and please, Kook merayu..izinkan kami bersama."rintih Jungkook sambil melutut di hadapan ayahnya.

Darah pekat mengalir keluar dari celah bibir Jungkook. Dia tahu ayahnya sendiri sedang menghukum jasadnya dalam diam. Semuanya yang terjadi berpunca daripada kehendak hati sendiri. Jadi, kepalanya tertunduk malu ke bawah.

Telapak tangannya cuba meraih lengan ibunya. Tapi, Jeon Hyunwoo cepat-cepat menghalang isterinya daripada memberi sebarang kasihan kepada Jungkook.

"A-aku cuma tugaskan kau untuk hancurkan hidup manusia hina tu. Bukannya tunduk lemah dengan cinta sampah kau ini, Jeon Jungkook. Appa kecewa. You're not our beloved son anymore. "Jerkah Jeon Hyunwoo lalu mencengkam leher anak sulungnya.

Tercungap-cungap bibir lelaki malang itu mencari udara. Pernafasannya menjadi perit tatkala tubuhnya ditolak jatuh ke atas lantai marmar itu.

"Kau sanggup diusir dari neraka demi Park Minji? Aku akan seksa roh kau selagi kau hidup di dalam dunia manusia. Kau tak akan tenang, J-Jungkook."

Jeon Hyunwoo mengarahkan konco-konco syaitannya untuk mengusir keberadaan Jungkook di hadapan matanya.

"Minji tak nak lepaskan Kook. Kook juga akan tetap setia selamanya bersama cinta hati Kook. M-maafkan anakanda..appa..eomma."

Saat dia diusir ke bumi, Minji orang pertama yang menyambut kedatangannya kembali. Larangan orang tuanya dilanggar kerana hatinya sudah terpaut suka dengan keikhlasan wanita itu.

-------

Janji termeterai antara dia dan Minji tujuh tahun yang lepas mengisi kotak memori isterinya.

Kata-kata tersebut jelas terbayang di dalam benak fikiran Minji. Patutlah Oxyjeon sukar melepaskan cinta hatinya.

Janji syaitan dan manusia yang tersimpul kemas itu membawa kepada keadaan mereka pada hari ini.

"Cinta kita akan bersemadi untuk selama-lamanya. Kita saling melengkapi. Kau dan aku...tak dapat dipisahkan melainkan..."

Jungkook berjeda sebentar. Wajah seriusnya digantikan pula dengan senyuman sayu yang terukir di bibir.

"Kau sendiri heret aku pergi ke neraka. Barulah aku dan kau boleh dipisahkan, sayangku."

Lengan kekarnya merangkul leher isterinya. Telapak tangannya mendarat di sisi kiri pipi Minji lalu dielusnya lembut.

"Persoalannya, adakah kau sanggup lepaskan aku? Aku terima apa sahaja keputusan kau, Jeon Minji. Kebahagiaan kau menjadi keutamaan aku."

Bibir Minji dikucupnya lama. Jungkook sempat menutup perbualan malam itu dengan satu kejutan lagi.

"Namjoon..Kim Namjoon, dia yang akan tamatkan riwayat aku nanti, Jeon Minji."

-tbc-

A/N:

Oxyjeon akan tamat esok. 💕

Ff ini berkonflik dan bergenre fantasi. Jadi, ending dia lain sedikit.

Maaf, abe Namjoon muncul after this chapter.❤

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now