🌧️ [1] Kenapa?

9.4K 449 42
                                    

Boboiboy POV

Aku termenung sendirian di bilik tidurku. Aku mengeluh panjang. Apa salah aku? Kenapa semua ni terjadi? Kenapa?

Flashback

Ketika itu, aku berjalan menuju ke kelasku. Seperti biasa, senyuman terhias pada wajahku. Tiba sahaja di kelas, mataku disapa oleh Gopal dan Fang yang sedang berbisik.

Aku mengerutkan dahi. Apa yang mereka bincangkan? Aku menghampiri mereka sekali gus meletakkan begku di atas kerusi.

"Hai! Apa korang tengah bincang ni?" soalku ceria meskipun hatiku berasa tidak sedap hati.

Fang dan Gopal memandang ke arahku dengan pandangan menyampah. Aku terkebil-kebil. Kenapa mereka pandang aku macam tu?

"Takde ape.. Sesi mengumpat kau je.." ujar Fang acuh tak acuh.

Aku terkesima dengan jawapannya. Kenapa? Aku ada buat salah ke?

"Er, kenapa ni? Aku ada buat salah ke?" soalku lagi dengan nada yang kesal.

"Tchh.. Kau tak payah pura-pura baik lah Boboiboy.." balas Gopal.

Aku tersentak. Dahiku berkerut. Apa yang mereka cakapkan ni? Apa yang aku buat sampai mereka berasa menyampah dengan aku?

"Kau tak perasan lagi? Menyedihkan.. Aku tak sangka selama ni, kau berpura-pura berkawan dengan kami.. Rupanya kau ada niat tersendiri.." Fang mengalihkan pandangan daripada melihat aku. Dia berpeluk tubuh.

Belum sempat aku membalas, Yaya dan Ying datang, masuk ke dalam kelas. Aku mahu melambai ke arah mereka, tetapi, apabila terpandangan wajah sayu dan kecewa mereka, aku membatalkan niatku.

Aku menunduk. Tanpa membalas, aku duduk di kerusiku. Sedikit pun aku tidak menoleh ke arah mereka berempat. Dan sepanjang persekolahan, aku tidak dapat fokus malah buatkan aku semakin tertekan. Dan hari tu juga, aku tak bertegur sapa dengan mereka.

End flashback

"Haih.. Kenapa? Kenapa dengan mereka? Apa salah aku?" ujarku sendirian, memikirkan tentang kesalahan yang aku pernah lakukan pada mereka.

Pintu bilikku dikuak dari luar. "Boboiboy?" Suara Ochobot menyapa gegendang telingaku. Aku menoleh. Aku tersenyum hambar kepadanya sebelum aku merenung semula ke arah tingkap bilikku yang terbuka luas.

"Kau okey?" soalnya prihatin. Dia mendekatiku. Dia kini berada di sebelah kananku.

Aku tersenyum kecil. "Aku okey.. Kau janganlah risau.." bohongku.

"Makanan dah siap.. Tok Aba ajak makan.." ujar Ochobot sambil memegang bahu kananku. "Apapun masalah yang kau hadapi, aku tahu, kau boleh atasinya.. Dah, jom makan.. Kesian Tok Aba tunggu kau dari tadi.."

"Hah? Ye ke? Jomlah turun.." Aku menarik tangan Ochobot lalu kami berdua keluar dari bilik. Persoalan yang bermain dalam benak fikiranku, takkan dapat dihapuskan. Kenapa? Apa salah aku dengan mereka? Kenapa mereka tak bagitahu? Berat sangat ke kesalahan yang aku buat kat diorang sampai tak nak bersemuka dengan aku?

Aku terus sahaja duduk di kerusi, berhadapan dengan tempat duduk Tok Aba. "Wahh, atok masak ape ni.." Terliur aku melihat lauk-lauk di atas meja yang menaikkan selera makan aku. Terdapat ayam masak merah, telur dadar dan sayur sawi yang terhidang di atas meja.

"Takde apelah.. Sikit je ni.. Dah, jom makan.." balas Tok Aba.

Kami berdua kemudian membaca doa makan sebelum menjamu selera. Ochobot yang datang dari dapur bersama sejag air sirap, dituangnya ke gelasku dan gelas Tok Aba.

Selesai makan, aku menolong Tok Aba mengemas pinggan mangkuk. Yelah, Tok Aba dah susah payah masak, mestilah aku kena tolong untuk kurangkan beban atok. Lagipun, Tok Aba semakin bertambah usia.

Habis sahaja mengelap meja makan, aku mengambil keputusan untuk menonton televisyen. Namun, tiada satu rancangan pun yang menarik minatku.

Sebab fikiranku memikirkan tentang tingkah laku kawan-kawanku yang bersikap pelik di sekolah. Aku tertanya-tanya, apa yang membuatkan mereka menjadi seperti itu?

"Boboiboy?" Lamunanku terhenti saat Tok Aba memanggilku.

Mataku berkedip-kedip. "Eh, err, ye tok?" Aku tersenyum hambar kepadanya.

"Kau okey ke tak ni?" soal Tok Aba dengan wajahnya yang tampak risau dengan keadaanku kini.

Aku menggeleng kepala sambil tersenyum kecil. "Okey je tok.. Kenapa?"

Tok Aba memandangku risau. "Atok tengok, kau ni ada masalah.. Ceritalah kat atok.."

Aku tersenyum hambar sekali lagi. "Takdelah tok.. Boboiboy okey je.. Atok janganlah risau.."

Tok Aba merenung tepat ke dalam anak mataku. Tok Aba kelihatan masih ragu-ragu dengan jawapan yang aku beri kepadanya. Seketika kemudian, Tok Aba menghela nafas pendek. "Yelah kalau macam tu.. Ada masalah, Boboiboy cerita je kat atok.. Atok ni pendengar dan pemberi nasihat yang baik.."

Aku hanya tersengih. Sempat lagi Tok Aba memuji dirinya. "Baiklah tok.."

Ochobot yang baru sahaja turun dari tingkat atas, pantas sahaja duduk di samping aku. Rasanya dia sudah habis mengemas meja belajarku yang agak berterabur.

Aku tersenyum lalu mengusap kepala Ochobot sebelum aku, dia dan Tok Aba mengalihkan perhatian ke arah televisyen yang menayangkan berita terkini.






~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now