🌧️ [5] Klinik

5.1K 384 77
                                    

Malam itu, mereka berenam bercantum semula. Tetapi, badan itu tidak mempunyai sifat Gempa. Sifat Gempa yang penyayang, bertanggungjawab, rajin, bersifat pemimpin dan ramah senyum itu mula hilang dari badan Boboiboy.

Keesokan harinya, mata Boboiboy perlahan-lahan dicelik. Dia memposisikan badannya kepada duduk. Mata ditenyeh untuk membetulkan penglihatan. Sedang dia merenung biliknya, tiba-tiba sahaja dia merasakan ada sesuatu cecair merah keluar dari hidungnya. Pantas sahaja dia menuju ke tandas untuk mencucinya. Dia mula cemas. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke klinik berdekatan pada pagi itu.

Jaket dicapai lalu dipakai. Hud diangkat, menutupi wajahnya. Dia kemudian menggunakan kuasa kilatnya menuju ke klinik tanpa memberitahu hal itu kepada Tok Aba mahupun Ochobot.

Boboiboy (Halilintar) POV

Tiba sahaja di klinik, aku segera berjumpa dengan jururawat di kaunter pendaftaran. Jap, aku lemah bab ni. 'Taufan, ambil alih badan ni jap..' arahku, berkomunikasi melalui fikiran aku.

'Okey' jawabnya. Tidak lama selepas itu, mata Boboiboy mula bertukar menjadi biru tua.

"Ya dik? Kenapa?" Sapa jururawat itu dengan senyuman yang menghiasi wajahnya.

Taufan yang sedang mengambil alih badan ni, membalas senyumannya. "Saya nak berjumpa dengan doktor.." Kalau aku agaknya, tak dapat nak bagi senyuman semanis tu kepada orang lain. Maklumlah senyumanku ni mahal.

"Sekejap ya.." Jururawat itu menghulur sekeping kertas kecil yang mungkin nombor angka giliran untuk bertemu dengan doktor. "Nah, adik tunggu nombor ni disebut ya.. Kalau tak tahu sekarang nombor apa, boleh tengok kat skrin tv tu.." ujarnya sambil menunjuk ke arah skrin televisyen yang sederhana besar.

"Baik, terima kasih kak!" Usai itu, aku yang mengambil alih balik badan ni semula mula mencari tempat duduk untuk duduk. Setelah menemui kerusi, aku memandang ke arah skrin televisyen. Nombor menunjukkan '10091'.

Aku pandang pula ke arah nombor yang kupegang. '10200'. Membulat mataku. Lamanya! Aku pantang kalau bab menunggu ni.

'Ais, kau ambil alih badan ni pula.. Malaslah aku nak tunggu..' ujarku. Ais tidak menjawab atau membantah. Tapi dia telah pun mengambil alih badan ni.

Normal POV

Mata yang merah tadi, ditukar kepada biru muda. Mata mereka sahaja yang akan tertukar kalau mereka bertukar orang untuk mengambil alih badan Boboiboy.

Beberapa minit kemudian, barulah mereka dapat berjumpa dengan doktor. Sebenarnya tadi Ais memainkan peranan untuk tidur. Mujur sahaja Blaze mengejutkannya, kalau tidak, terlepaslah nak berjumpa dengan doktor.

Setelah dirawat, doktor mengambil masa 15 minit untuk memastikan apa yang Boboiboy hidapi melalui hidungnya yang berdarah dan melalui rawatan tadi. Klinik yang Boboiboy masuk ini bukan calang-calang kerana dilengkapi dengan alatan yang canggih bagi memudahkan urusan.

"Boboiboy?" Boboiboy menoleh memandang ke arah doktor itu. "Hm?"

"Erm, kamu telah mengalami kanswr hidung tahap pertama.." ujar doktor dengan penuh kerisauan.

"Hah?! Betul ke doktor?!" Bukan main terkejut lagi doktor tu tatkala Boboiboy mengetuk meja doktor itu.

"Y-ye.. Saya sarankan kamu lakukan rawatan kemoterapi dengan segera sebelum sel-sel kanser tu merebak dengan cepat.. Sebabnya, sel kanser dalam badan kamu ni bersifat agresif.." cadang doktor itu sambil merenung ke arah Boboiboy.

Boboiboy menghela nafas panjang. "Terima kasih doktor.. Nanti saya fikirkan.." Dia kemudian beredar dari situ.

Dalam perjalanan pulang, dia berfikir, bagaimana dia hendak melakukan rawatan kemoterapi itu? Hanya satu je yang terlintas dalam fikirannya. Ayah! Dia kena pulang ke tempat asalnya!

Tiba sahaja di rumah, Boboiboy pantas sahaja menelefon ayahnya melalui telefon rumah Tok Aba.

"Hello?"

"Assalamualaikum ayah! Ni Boboiboy!"

"Waalaikumsalam.. Ye Boboiboy? Kenapa?"

"Errr, erm.... Nanti Boboiboy cerita.. Tapi Boboiboy kena balik sana esok.."

"Hah? Esok? Kenapa? Boboiboy ada masalah ke?"

Boboiboy menggeleng perlahan meskipun tidak dapat dilihat oleh ayahnya. "Takde ape.. Nanti Boboiboy cerita kalau dah sampai nanti.."

"Hmm.. Yelah, hati-hati.. Kirim salam kat atok kamu tu.."

"Baik ayah.. Bye, Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam.."

Panggilan dimatikan oleh Boboiboy. Dia menghela nafas pendek.

"Boboiboy?"

Boboiboy menoleh. Kelihatan Tok Aba memandangnya dengan pandangan hairan. "Siapa yang kau telefon tu?"

Boboiboy tersengih. Dia menggaru pipinya yang tidak gatal, tidak tahu bagaimana hendak memberitahu perkara sebenar. "Boboiboy yang telefon ayah tadi.. Ayah kirim salam.."

"Waalaikumsalam.. Ada apa kau telefon dia?" soal Tok Aba dengan kerutan pada dahinya. "Macam penting je.."

Boboiboy tersengih lagi. "Erm, atok.. Esok Boboiboy kena pergi Bandar Rintis.. Boboiboy kena balik.."

"Hah?! Baru seminggu kau kat sini, dah nak balik? Kenapa? Siapa yang nak teman atok nanti.." ujar Tok Aba dengan pandangan tidak percaya bercampur perasaan gelisah.

Boboiboy memandang sayu ke arah Tok Aba. Dia belum bersedia hendak memberitahu hal yang sebenar. "Atok, Boboiboy pergi sekejap je.. Nanti dah habis, Boboiboy datang sini balik.."

Tok Aba menghela nafas. "Hah yelah.. Nanti kirim salam balik kat ayah kau.. Jangan lupa kemas baju kau malam ni.. Esok lepas Subuh, atok hantarkan.."

Boboiboy hanya mengangguk akur. Dia terpaksa menyembunyikan tentang penyakit yang dia hadapi daripada Tok Aba dan Ochobot. Dia tak nak mereka berdua risau dengan dirinya. Cukuplah hanya dia sahaja yang terseksa dengan semua ini.









~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now