🌧️ [6] Balik

4.8K 381 49
                                    

"Boboiboy.. Janji tau balik sini.." ujar Ochobot. Suaranya kedengaran sedih sahaja. Matanya menatap sayu ke arah Boboiboy yang mengangkat bagasinya dan mengenggam erat tali beg galasnya.

Boboiboy tersenyum ke arah Ochobot. "Iye, janji.." Matanya kini berwarna biru tua menandakan Taufan yang mengambil alih badan itu.

"Jaga baik-baik ya Boboiboy.." Tok Aba tersenyum sambil memandang lama cucunya yang tunggal itu. Dia turut berasa sedih kerana Boboiboy terpaksa pulang semula ke rumahnya atas arahan ayahnya. Lagipula, Boboiboy pergi ke rumahnya dalam tempoh masa yang agak lama.

Boboiboy membalas senyuman Tok Aba lalu menyalam tangan Tok Aba. Dia mula melambai ke arah Ochobot dan Tok Aba sebelum melangkah masuk ke dalam kereta api. Dia sempat mengangkat ibu jari tangan kanannya kepada mereka berdua sebelum kereta api itu bertolak.

🌧️🌧️🌧️

2 tahun kemudian...

"Woi pencuri! Jangan lari!" Fang dengan pantas mengejar langkah pencuri yang berpakaian putih hitam itu. Dia menggunakan kuasanya untuk menyaingi langkah pencuri itu.

Dia merampas barang yang dicuri oleh pencuri itu lalu mengikat tubuh badan pencuri itu menggunakan kuasanya. Dia kemudian membawa pencuri itu ke balai polis. Yaya, Ying dan Gopal turut ada bersama yang juga sudah menangkap seorang lagi pencuri yakni rakan subahatnya.

Ochobot yang bosan hanya menonton televisyen. Tok Aba ada urusan dengan Uncle Yim, jadi hanya dia seorang sahaja berada di rumah. Buka sahaja televisyen, siaran berita terpapar pada skrin televisyen.

'Ya, kali ini, Fang, Gopal, Yaya dan Ying berjaya menangkap dua orang pencuri! Apa perasaan anda selepas menangkap pencuri ini?' - Ravi J Jambul

'Hm, saya rasa lega kerana keadaan memihak kepada kebenaran' - Fang

'Saya ada satu soalan.. Adakah kamu dan yang lain berasa sedih dengan kehilangan Boboiboy?' - Ravi J Jambul

'Tak, malah kami berasa lega.. Sebab penduduk tidak perlu takut lagi' - Gopal

Ochobot laju sahaja mematikan televisyen. Sakit pula tengok mereka tidak mengisahkan Boboiboy. Dia juga kecewa dengan sikap mereka berempat kerana tidak mahu menyiasat kes ini terlebih dahulu.

Bukankah memfitnah itu tergolong dalam dosa besar? Dalam diam, dia berharap Boboiboy akan pulang nanti. Dia mahu semuanya berjalan seperti sedia kala.

🌧️🌧️🌧️

Di perhentian kereta api, kelihatan seorang budak lelaki berpakaian hitam merah, yakni Boboiboy sedang duduk melepaskan lelah penatnya. Penat kerana sudah 2 jam dia dalam posisi duduk sahaja ketika berada di dalam kereta api tadi.

Setelah memastikan tiada siapa yang lalu lalang, dia mengambil keputusan untuk berpecah enam. Untung sahaja waktu itu adalah waktu di mana orang lain belum habis bekerja. Lagipun, mereka mesti berpecah kerana tenaga Halilintar akan berkurang jika tidak berpecah.

"Huh.. Penatnya.. Kenapa setiap kali kita bercantum, aku akan rasa penat?" soal Halilintar sambil mengesat kasar peluh yang mengalir pada dahinya dengan menggunakan telapak tangan. Topi merah kesayangan diperbetulkan sedikit.

"Hmm.. Aku rasa mungkin sebab kita kekurangan satu orang, mungkin sebab tu perlukan tenaga yang banyak.." ujar Taufan. Tangan diletak pada dagu lagak berfikir.

"Yelah kot.. Ke kau yang kurang tidur? Aku tengok wajah kau pucat.." Blaze memerhatikan wajah abangnya. Ya, wajahnya pucat seperti orang yang tidak cukup tidur. Terdapat lingkaran hitam di bawah kedua-dua belah mata abangnya.

"Takde apelah.." Halilintar mula berdiri dari posisi duduknya. "Dah, kita kena cari rumah yang ayah bagi tadi.."

"Okey!"

Serentak adik-adiknya menjawab. Setelah itu, mereka berenam mula beredar meninggalkan perhentian kereta api itu. Halilimtar melambai-lambai tangannya ketika berada di tepi jalan raya, menarik perhatian teksi yang lalu lalang.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta berjenama Avanza berwarna merah berhenti tepat di hadapan mereka berenam.

"Ya dik? Nak pergi mana?" soal pemandu teksi itu sebaik sahaja dia menurunkan tingkap di sebelah tempat duduk pemandu.

Setelah memberitahu alamat rumah pemberian ayah mereka, pemandu teksi itu setuju menumpangkan mereka berenam menaiki keretanya. Mereka berenam kemudian memasukkan bagasi masing-masing ke dalam bonet.

Memandangkan kereta yang mereka naiki tidak sebesar mana, jadi bagasi milik Ais, Thorn dan Solar hanya diletakkan di tempat duduk belakang sekali yang diduduki oleh Thorn dan Solar.

Halilintar duduk di sebelah pemandu bagi memudahkan mencari lokasi yang ingin ditujui. Taufan, Blaze dan Ais pula duduk di bahagian tengah manakala Thorn dan Soalr duduk di bahagian belakang.

"Pakai tali keledar tu.." tegur Halilintar selepas dia memasang tali pinggang keledar pada tubuhnya.

Mereka yang lain hanya mengangguk akur. Masing-masing memakai tali pinggang keledar untuk mengelakkan diri cedera parah jika kemalangan berlaku persis peribahasa malang tidak berbau.

Selesai memasang tali pinggang keledar, kereta berjenama Avanza itu laju meluncur jalan raya yang besar itu.

Sepanjang perjalanan, Halilintar hanya diam sambil menikmati lagu-lagu kegemarannya menggunakan earphone pada telefonnya. Taufan dan Blaze pula berborak kosong dan sesekali memandang pemandangan di luar kereta. Ais sudah terlelap lama sejak kereta teksi itu mula bergerak. Thorn dan Solar pula menikmati pemandangan di luar kereta melalui tingkap kereta.

Halilintar melirik ke arah adik-adiknya secara senyap. Dapat dia nampak Ais yang sudah tertidur dengan mulut yang terbuka, Taufan yang tertawa dengan lawak jenaka Blaze, Thorn yang menahan kantuk dan Solar yang sedang merenung tingkap kereta kerana menikmati pemandangan di luar kereta.

Halilintar menghela nafas pendek sebelum menoleh ke arah Thorn. "Thorn, kalau kau nak tidur, tidur jelah.. Lagipun lama lagi nak sampai.."

Thorn terkebil-kebil memandang ke arah Halilintar. Dia tersengih. Matanya masih menahan kantuk. "Nampak sangat ke?"

Halilintar mengangguk. "Dahlah, lebih baik kau tidur.."

Thorn hanya menurut sahaja. Perlahan-lahan matanya mula tertutup. Solar yang sedang menikmati pemandangan di luar kereta, tersentak apabila mendengar dengkuran halus dari seseorang.

Solar menoleh ke arah sebelah kanannya. Dapat dia lihat Thorn sedang tidur sambil tangan kanannya menopang dagu. Solar menggeleng kepala melihat tingkah laku abangnya itu. Dia kemudian menyumbat earphone ke telinganya lalu memasang lagu 'Peace Be Upon You' yang dinyanyikan oleh Maher Zain pada telefon bimbit miliknya.

Halilintar hanya tersenyum sahaja. Dia kembali menghadap ke hadapan sambil mendengar koleksi lagu-lagu kegemarannya.


















~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now