🌧️ [10] Terjumpa

4.4K 363 30
                                    

Halilintar dan adik-adiknya kini sedang menjamu selera makan tengah hari. Namun, Halilintar tertanya-tanya, kenapa adik-adiknya hanya senyap pada hari ini? Ada sesuatu yang menganggu fikiran mereka? Biasanya ada sahaja yang hendak digaduh walaupun hal kecil.

Halilintar berhenti mengunyah. Dia berdehem, menarik perhatian adik-adiknya. Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar menoleh ke arah Halilintar.

"Korang dah kenapa senyap membisu?" soal Halilintar acuh tak acuh sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar berpandangan antara satu sama lain. Mereka memberi senyuman tipis kepada Halilintar. "Takde ape.." balas mereka berlima serentak sebelum menjamah nasi mereka semula.

Halilintar yang mendengar balasan daripada mereka berlima, mengerutkan dahinya. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena. Dia menghela nafas panjang sebelum dia berdiri dan membasuh pinggannya. Dia cuba bersabar. Lambat laun dia akan tahu juga.

Selesai makan tengah hari, keenam beradik ini meluangkan masa di ruang tamu dengan menonton televisyen. Mereka menonton movie India bertajuk 'Ratsasan' yang mengisahkan tentang kes pembunuhan pelajar perempuan yang dikatakan pembunuh itu adalah seorang psiko. Para pembaca boleh mendownloadnya di Telegram. 😹

Ais sedaya upaya tidak melelapkan mata. Apabila tiba di pertengahan cerita, matanya terbuka lebar. Dia yang sedang baring dengan kepala diletak pada paha Blaze mula menukar posisi kepada duduk.

Blaze menghembus nafas lega kerana dapat juga dia bernafas tenang. Dia dari tadi menahan rasa sakit sahaja kepala Ais yang selamba sahaja jadikan pahanya sebagai bantal.

Taufan yang duduk di atas tikar mula mendekatkan dirinya ke arah televisyen apabila melihat aksi pelakon yang sedang berlawan dengan beberapa lelaki.

"Taufan, jangan dekat dengan tv tu.. Rosak mata nanti.." tegur Halilintar tegas apabila melihat adik pertamanya itu melihat televisyen dengan jarak yang dekat.

Taufan hanya tersengih sahaja sebelum mengundurkan dirinya ke belakang sedikit. Thorn yang berada di sebelahnya hanya menonton dengan penuh rasa berdebar.

Halilintar hanya menghela nafas sebelum berpeluk tubuh. Dia sebenarnya tak nak tengok tapi disebabkan Thorn dah buat muka comel kat dia, terpaksa dia turuti. Namun dia akui cerita ini menarik perhatiannya.

Setelah 1 jam 30 minit menonton filem itu, Halilintar mencapai alat kawalan jauh untuk membuka siaran berita. Dia mengerling sekilas ke arah jam dinding yang berbentuk bulat itu. Satu jam lagi dah nak masuk solat Asar, lebih baik dia berwaspada sebelum terlepas waktu.

🌧️🌧️🌧️

Keesokan harinya, Halilintar sudah mengambil keputusan pada awal pagi untuk melawat kawasan rumah Tok Aba memandangkan rumah banglo yang didudukinya itu tidak jauh daripada rumah atoknya. Ingin juga dia tahu perkembangan atoknya dan Ochobot. Sihat ke tidak atoknya?

Sejak rawatan haritu, dia merasakan dia perlu menjaga adik-adiknya buat sementara waktu. Tipulah kalau dia tidak merindui abang sulungnya itu. Tipulah kalau dia tidak sedih. Tipulah kalau dia mahu abangnya itu berada di sisi mereka semua. Namun, siapa dia mahu halang kemahuan abangnya itu. Fikirannya mula teringat akan kenangan terakhir bersama abang sulung.

"Hali.. Janji dengan aku, jaga mereka semua.." Gempa tersenyum sayu ke arah Halilintar yang sudah berkaca-kaca memandangnya.

Halilintar mengenggam tangan kanan abangnya. "T-tapi-"

Gempa terus mendakap tubuh adik pertamanya itu. Dia mengusap belakang adiknya untuk menenangkan adiknya yang sudah mula menangis. Dia tersenyum.

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now