30: Akhir [√]

3.3K 594 250
                                    

Oxyjeon • jjk

Oxyjeon • jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Bab penamat ff Oxyjeon.

Komen dan votes sangat dihargai. ❤

-----------------------------

[4 Bulan Berlalu]

Aku membetulkan kedudukanku di kerusi tersebut. Kunyahan makanan beransur perlahan apabila pergerakan kecil berlaku dari dalam perut. Spontan jemariku mengusap perutku yang sudah mencecah angka 7 bulan.

Sejak kebelakangan ini, kemain aktif bayi comel di dalam rahimku ini. Senyumanku bertambah lebar tatkala pandangan mataku bersatu dengan Namjoon.

"Budak dalam perut kau tu dah tak sabar nak lihat muka mummy dia yang cantik. Belum lagi tatap wajah ahjussi kacak dia ni."seloroh Namjoon.

Bunyi besi garfu dan sudu saling berlaga menghidupkan semula kegelisahan yang ditanggung aku dalam diam.

Niat mahu menanya, aku bimbang Namjoon pula berasa aneh dengan firasat diriku ini.

Aku telan air liur. Telapak tanganku didaratkan di atas tangan kanan sahabat baikku. Dengan pantas, kepala lelaki itu mendongak semula ke atas.

Tangannya digunakan untuk menongkat dagu lalu dia menjengketkan keningnya.

"Aku jamin ada jawapan selagi kau tak bangkitkan isu tentang suami kau. Please, Minji."suara Namjoon ditekan sedikit menandakan dia ingin mengelak topik status keberadaan suamiku itu.

Aku segera menggelengkan kepala. Mataku meliar ke sekeliling. Bibirku didekatkan ke cuping telinga Namjoon.

-------

"Saya risau,  Namjoon. Firasat saya kuat mengatakan ada sesuatu yang menemani saya setiap malam. Bukan setakat tu je, dia sentuh saya Namjoon. Lepas dia kiss,  terus lesap. S-saya mimpi aje kan?"

Namjoon mengesat hujung bibirnya dengan helaian tisu. Anak matanya menikam tajam ke arah wajah Minji.

"Kau sempat tengok wajah dia? Pukul berapa dia datang?"soal Namjoon.

Minji menayangkan riak wajah gugup. Bibirnya digigit tanda resah melanda diri. Sedaya upaya dia cuba menenangkan diri supaya statusnya yang sedang sarat mengandung ini tidak terganggu.

"T-tak. Saya buka mata je, dia hilang. Selalu dia muncul tengah malam."tuturnya sejujur mungkin.

Namjoon tersenyum sumbing. Gelas berisi air suam diletakkan di sebelah pinggan Minji.

[C] Oxyjeon | jjkWhere stories live. Discover now