🌧️ [11] Terbongkar

4.6K 357 31
                                    

Halilintar yang tidak sedar dirinya diekori, laju sahaja membuat keputusan untuk balik ke rumah setelah membeli sebuah buku.

Tiba sahaja di rumah, dia mencari kelibat adik-adiknya. Kelihatan Blaze sedang berbaring di atas sofa sambil bermain PS4. Halilintar yang melihat hanya menggeleng kepala melihat kerenah adiknya itu. Dia mula melangkah menuju ke bilik bacaan.

Blaze yang tengah bermain game, merasakan sesuatu yang aneh. Dia mula berasa tidak sedap hati seolah ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Dia berhenti bermain seketika. Dia berdiri kemudian berjalan mendekati tingkap rumahnya yang memang terbuka luas. Dan secara tiba-tiba, dia ditolak sesuatu yang kuat.

"Aghhh!!!" Blaze terdorong ke belakang sehingga terjatuh. Punggungnya yang sakit diusap perlahan. Dia mengerang kesakitan sebelum memandang ke arah punca yang menolaknya sehingga jatuh.

Memandangkan bilik bacaan hanya berdekatan dengan ruang tamu, tidak mustahil Halilintar tidak dapat mendengar jeritan Blaze. Dia mula berasa tidak sedap hati.

Dengan menggunakan kuasa kilat, dia menghilangkan diri ke ruang tamu. Dapat dia lihat Blaze sedang baring kesakitan. Dia terkejut.

"Blaze!!" Halilintar mendekati Blaze yang sedang terbaring. Blaze cuba duduk sambil dibantu oleh Halilintar. "Kau okey tak?!!" Blaze membalas dengan anggukan kecil.

Halilintar memandang tajam ke arah si pelakunya. Matanya tajam seperti pisau. Rupanya kerja ini adalah kerja Fang. Fang tertawa sinis sambil memandang mengejek ke arah Halilintar dan Blaze. "Hahahaha!! Lemah! Jari bayang!" Kini, sasarannya pada Halilintar pula.

Halilintar dengan pantas mengelak semua serangan Fang. Fang memang mencabar kesabarannya. Dia mengeluarkan dua bilah pedang halilintarnya. Dia menggunakan kuasa kilatnya untuk mengelak semua serangan Fang dan mendekati Fang.

BOOM!

Bunyi letupan berlaku tatkala pedang Halilintar bertembung dengan jari bayang Fang. Mereka berlaga seketika. Masing-masing tidak mahu mengalah.

"Kau!! Macam mana kau tahu aku ada kat sini?!" Halilintar menggertap giginya, tidak berpuas hati. Dia menekan lagi pedang halilintarnya yang menghadang serangan Fang.

"Heh, aku ikut kau.. Kenapa?" soal Fang sinis. Fang beriak selamba seraya menguatkan lagi serangannya.

Kemarahan Halilintar meningkat secara mendadak. Dia mengalirkan arus elektrik ke arah Fang. Fang tersentak. Dia tidak sempat mengelak lalu mengenai renjatan elektrik itu. "Arghh!!!"

Halilintar memandang kosong ke arah Fang yang pengsan. Dia mendekati Blaze semula. Dia tercungap-cungap lalu cuba mengawal pernafasannya semula. Dia menghela nafas panjang.

"Korang!" Halilintar dan Blaze menoleh. Halilintar tergamam.

Kelihatan Ais sedang memapah Taufan. Tetapi, Ais, Taufan, Thorn dan Solar diacu pisau oleh dua orang lelaki bertopeng hitam.

Blaze tersentak melihat dua orang lelaki yang dikenalinya. Jari telunjuk tangan kanannya dihala ke arah dua orang lelaki itu. "Tu kan lelaki kelmarin!" Pantas sahaja dia menekup mulutnya menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Dia menampar mulutnya sendiri akibat terlanjur cakap. Macam manalah boleh terlanjur cakap. Dia takut-takut memandang ke arah Halilintar yang kini memandang ke arahnya.

Berkerut dahi Halilintar mendengar balasan daripada Blaze. "Apa maksud kau lelaki kelmarin?" Dia menatap dalam-dalam anak mata adiknya itu.

Blaze menelan air liurnya. Dia menggeleng kepala laju sambil kedua tangannya dihayun kanan dan kiri. "Takde ape! Takde ape!!"

Halilintar memandang tajam ke arah Blaze menyebabkan Blaze kecut perut. Blaze memandang ke arah Taufan yang kebetulan memandang ke arahnya.

Taufan memberikan isyarat kepada Blaze dengan anggukan memberi kebenaran kepada Blaze untuk menceritakan kepada Halilintar. Rasanya dah tiba masa abang kedua mereka ketahui perkara kelmarin. Lagipun abang mereka ada hak untuk ketahuinya.

Blaze menghela nafas. Dia menatap ke arah abang keduanya itu yang turut memandang ke arahnya. "Kaki Taufan yang berbalut tu, bukan sebab terseliuh.. Tapi sebab kitorang diserang oleh dua orang lelaki tu.. Kaki Taufan...erm...err...di-ditusuk oleh pisau.." ujar Blaze takut-takut.

Membuntang kedua-dua mata Halilintar mendengarnya. Kedua-dua tangannya digenggam erat, menahan amarah. "Kenapa tak cerita kat aku kelmarin?!" Dia menatap tajam ke arah Blaze yang kini mula gelabah.

Gulp. "T-Taufan yang suruh j-jangan bagitahu sebab tak nak k-kau risau.." balas Blaze. Mungkin lepas ni dia akan ditumbuk oleh Halilintar, huhu.

Halilintar memejamkan matanya. Dia tak boleh juga salahkan mereka. Dia pun salah sebab dia takde masa tu. Kedua-dua belah matanya dicelik luas. Anak matanya menikam tajam ke arah dua orang lelaki tu. "Kau lepaskan adik-adik aku!!"

Blaze menghembus nafas lega. Mujurlah dia tidak ditumbuk. Hampir-hampir dia nak berlutut pada abangnya supaya tidak menumbuknya. Dia memandang ke arah dua orang lelaki yang mengurung adik-beradiknya. Dia menatap tidak puas hati kr arah dua orang lelaki itu. Apa juga yang dua orang lelaki itu mahukan daripada mereka? Harta? Makanan? Pangkat?

"Hahahaha!!! Kenapa? Takut aku bunuh diorang ke? Heh..." sinis sahaja lelaki tinggi yang bertopeng hitam itu menjawab. "Nak aku cederakan lagi budak ni?" Lelaki itu memaksudkan Taufan. Matanya dihala ke arah Taufan yang turut memandang ke arahnya.

Pisau yang berada pada leher Taufan membuatkan Taufan seram sejuk. Perasaan takut mula menyelubungi diri. Dia menelan air liur dengan perasaan takut apabila lelaki itu mula mendekatkan lagi pisau itu pada lehernya.

Thorn yang berada di samping Solar turut diacukan pisau mendekati lehernya. Tubuh badannya meremang memikirkan jika dia selamat. Dia menggetap bibirnya, menahan tangisan daripada didengar oleh adik-beradiknya.

Ais dan Solar mula gelabah kerana takut pisau itu mengenai leher adik-beradik mereka. Mereka berdua menggetap bibir mereka.

"JANGAN!!!!" jerit Halilintar. Tangan masih digenggam, menunjukkan urat-urat timbul pada tangannya. Dia menatap membunuh ke arah lelaki yang mengacu pisau itu.

"Heh, sayang juga kau ni kat adik kau.. Aku ingatkan kau ni hati batu.." Dengan selamba, lelaki yang bertopeng hitam itu membuka topengnya dan wajahnya ditunjuk kepada mereka semua.

"Pak cik?!" Halilintar terkedu. Lelaki itu adalah pak cik mereka, merupakan adik kepada ayah mereka. Dia menatap tidak percaya ke arah lelaki bergelar pak cik itu.











~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now