winter ❜ 0 6

87 12 10
                                    

JUNGKOOK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JUNGKOOK

Rantai berbentuk sayap yang dipakaiku, aku tenung melalui pantulan cermin sambil mengusap perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rantai berbentuk sayap yang dipakaiku, aku tenung melalui pantulan cermin sambil mengusap perlahan.

Saat ianya bersinar, sapu tangan yang sentiasa berada di sisi aku turut bersinar. Sapu tangan tersebut bertukar warna daripada putih kepada biru tanda aku inginkan ketenangan.

Aku memejam mata untuk mendapatkan keamanan. Namun, keamanan tersebut hanyalah buat sementara tatkala Jimin menerjah masuk dengan jeritan kecil di mulutnya.

Manusia ini nak apa sebenarnya?

"Yah, Jeon Jungkook"

"Wae?, " Soalku mendatar lalu memejamkan mata kembali untuk mencari keamanan yang hilang.

"Macam mana kau boleh muncul depan dia? Kau tahu kan, kalau kau muncul depan aku, rantai yang aku pakai ini akan bersinar"

"Jadi? "

"Ahh, aku tak nak lah dia tahu yang aku ini kawan dengan──, " Kata-katanya terhenti apabila aku bertindak merenungnya. Dia meneguk air liur.

"Kalau kau tak nak aku terbangkan engkau hantar masuk bilik, baik kau sendiri keluar sekarang"

"Ani, kenapa kau buat aku macam ini? Aku tak nak lah dia tahu yang aku ini kawan dengan──"

"Jangan sebut siapa aku. Aku tak nak pembantu-pembantu engkau dengar"

"Dalam rumah ini tinggal kita berdua saja. Diorang semua dah balik. So, relax. Siapa engkau, aku tak akan bongkar kan"

Aku kembali memejam mata setelah keadaan usai tenang. Bila aku dapat merasakan dia belum lagi keluar dari bilik aku, aku mula bertanya.

"Tak nak keluar ke? Aku tengah mencari keamanan ini"

"Ouh, kau tengah berdoa ke? Sorry kacau, " Ucapnya lalu melangkah perlahan keluar dari bilik aku sambil mengusap tengkuknya.

Aku mengeluh sekali lagi tatkala mendengar pintu terkatup. Aku merenung kosong ke hadapan.

Kenapa misi kali ini susah? Kenapa aku kena jaga dia sedangkan tunang dia boleh jaga dia?

Ouh, aku lupa yang tunang dia pun dijaga. Memang patut pun dia pun kena dijaga. Tunang tak dapat nak jaga dengan baik. Masing-masing jenis cuai dalam percintaan.

Sekarang ini, macam mana aku nak ajar si simen itu tentang cinta? Aku tengok dia okay saja. Macam fasih sangat tentang cinta.

Setia? Dia memang setia pada yang satu. Jadi, apa lagi yang perlu aku ajar? Semua dia fasih sendiri.

Misi yang sungguh pelik.

Aku kembali memejam mata, cuba untuk membuang seribu pertanyaan di kepala.

Tenang, I need calmness right now.

"Abang, sampai hati abang buat sayang merana macam ini kan? "

"Abang tak sayangkan saya ke? Abang, tolong cakap abang sayang"

"Ss--sayang. Ss--sayang sangat-sangat, " Kataku bergetar akibat cekikan dia yang terlalu kuat sehingga mampu membuatkan wajahku bertukar biru-kebiruan

Dia ketawa mengilai.

"Kalau abang sayang, kenapa abang seksa jiwa dan raga sayang? Kenapa abang buat sayang macam tunggul? Abang, abang kena ingat tau yang sayang saya untuk abang, dah hilang, " Katanya sinis

Riak wajahnya yang tadi kelihatan manja dan penuh kasihan bertukar sinis dan jahat dalam sekelip mata hanya kerana ayat terakhirnya.

Iya, dia Psycho yang aku sayang tapi dia hanya mampu nampak kejahatan aku.

Curang? Sakit kan jiwa dan raga seperti yang dikatakannya?

Segalanya adalah imaginasi dia. Aku tak pernah buat semua itu tapi dia nampak aku seperti aku pernah buat semua benda itu. Sebab itu dia seksa aku. Sehingga nyawa terakhir aku.

Mata yang dipejam, dicelik sepantas kilat. Sakitnya mengingatkan kisah lama. Sebenarnya itu tujuan terakhir aku berada di sini. Tapi disebabkan tugasan baru, segalanya berubah.

❛ ᵀᴼ ᴮᴱ ᶜᴼᴺᵀᴵᴺᵁᴱᴰ ❜

◌ this is my last update. Thank you, next.

Belle, sudah baca jangan dilupakan pula bentuk bintang itu, ya? Rajinkan lah tangan itu untuk tekan, ya? Thanks 🖤

Winter •° Jjk ft. PjmWhere stories live. Discover now