~45~

1.2K 88 6
                                    

Seminggu berlalu selepas mereka honeymoon, kelihatan Hali dan Gempa sedang masuk ke dalam kereta dan mula bertolak keluar dari rumah di awal pagi hari.

Ya, waktu bekerja kembali lagi. Dan mereka kini sedang bertolak ke pejabat bersama selepas bersalaman dengan Ruby.
.
.
.
Tiba Di Pejabat

Hali keluar dari pintu lif diikuti Gempa dari belakang. Mereka berdua masuk ke dalam pejabat dan disambut hormat oleh para pekerja sepertimana pertama kali Gempa menjejakkan kakinya di sana.

Hali berhenti di hadapan pintu pejabatnya yang mana berdekatan dengan meja kerja Gempa. Hali memandang Gempa yang sedang menunduk menatap meja kerjanya.

"Ada sesuatu yang pelik dengan bini aku hari ni..."

Hali memandang Gempa lama sebelum dia buat keputusan untuk mengabaikannya saja lalu berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Sementara itu, Gempa.

Gempa's POV

Kenapa aku rasa tak sedap hati sangat ni..?

Sejak semalam aku hadapi mimpi tu, perasaan aku jadi tak sedap dan fikiran aku terus menerus risaukan sesuatu.

Adakah...mimpi itu akan menjadi benar?

Entah kenapa, seperti tayangan filem yang rosak mimpi itu bermain-main di dalam otak aku.

Mimpi yang mana...

Halilintar pergi meninggalkan aku.

Arrghh! Serabutnya kepala! Kenapa tiba-tiba? Tak cukup lagi ke aku sudah kehilangan ibu bapa aku, Kak Taufan, Tok Aba...dan sekarang Halilintar pula?

Ya Allah....apa yang harus aku buat?

Bila diingat balik akan mimpi itu...

Aku sedang berjalan di ruangan kawasan putih. Putih yang menyakitkan mata. Aku melihat kawasan sekeliling aku. Tiada sesiapa.

Aku mencari dan menjerit berharap agar sesiapa sahaja dapat menemui dan menjumpai aku.

Tapi tidak.

Lain pula jadinya. Kawasan putih itu tiba-tiba bertukar kelabu dan diakhiri dengan kegelapan yang menakutkan.

Aku jadi panik. Tidak tentu arah hendak kemana.

Sehinggalah...kawasan itu bertukar menjadi kaca yang pecah. Retak dan hampir menjatuhkan serpihannya kepada aku.

Aku cuba berlari di kawasan itu. Berharap agar dapat menemui petunjuk di sebalik mimpi itu. Tetapi tidak. Aku tak menemui apa pun.

Melainkan...

1 bayang hitam yang tiba-tiba berdiri di depan aku. Matanya merah menyala memandang ke arah aku.

Dan perlahan, ia menghampiri aku dan ingin menyentuh aku. Saat itu juga entah kenapa aku berkeras untuk tetap di situ. Membiarkan bayang hitam yang menakutkan itu menghampiri aku.

Dan semakin dekat.

Semakin dekat.

Dan akhirnya ia ingin menyambar aku. Aku memejamkan mata erat.

Sebaik sahaja aku membuka mata, kawasan hitam tadi kembali bertukar putih. Bayang hitam yang aku lihat tadi sudah pun menghilang.

Namun ada sesuatu yang menganggu pandangan aku.

Susuk tubuh seorang lelaki. Sedang berdiri membelakangi aku.

Aku berlari cuba mendapatkan lelaki itu.

Dan akhirnya aku terkejut dengan tiba-tiba hadirnya beberapa bunyi das tembakan.

Aku melihat lelaki itu menjadi mangsa tembakan. Aku cuba lari mendapatkannya dan sebaik sahaja aku menghampirinya. Lelaki itu berpusing ke arah aku dengan keadaan yang amat lemah.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now