~48~

1.8K 86 23
                                    

KEESOKKAN HARINYA

Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Kini semua staff yang bekerja di sebuah syarikat ini sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah masing-masing. Termasuk juga Gempa yang lain macam sibuknya kali ini.

Erin: Gempa?

Gempa: Aa? Y-Ya?

Erin: Kenapa cepat sangat ni? Gempa ada hal ya?

Gempa: Tak sangat pun. Uhmm..kenapa ya?

Erin: Akak nak bincang tentang perlantikan CEO baharu sebagai pengganti Tuan Hali. Gempa ada calon yang sesuai tak?

Terkedu lidah Gempa apabila nama suaminya disebut untuk digantikan orang baru. Dia tidak pernah menyangkakan hal ini kerana baginya, Hali masih lagi seolah-olah ada di situ.

Gempa: ....

Erin: Gempa?

Gempa: Eh? Uhmm...akak. Gempa masih tak sampai hatilah nak cari seseorang untuk gantikan tempat Halilintar.

Erin: Lhaa...kenapa pula? Orang tu gantikan tempat Tuan Hali sebagai CEO sahaja. Bukannya sebagai suami Gempa pun.

Gempa malu-malu seketika. Namun dia tergelak kecil.

Gempa: Heish! Gempa tak pernah pun fikir yang tu lah akak! Cuma...Gempa rasa eloklah kita tunggu seminggu dua dulu ya kak?

Erin memandang Gempa dengan pandangan gusar. Namun dia hanya mengeluh lalu menggangguk faham.

Erin: Hmmh...ok. Tapi nanti apa-apa hal Gempa lah yang akan handle. Boleh ke?

Gempa: InsyaAllah kak. Err...Gempa pergi dulu ya? Ada orang nak jumpa.

Erin: Oh, ok. Hati-hati, ya?

Gempa: Ok! Assalamualaikum, kak.

Erin: Waalaikumussalam.

Sebaik sahaja selesai memikul begnya, Gempa pun berlalu pergi untuk keluar dari pejabat. Gempa seperti tergesa-gesa untuk turun dan akhirnya dia tiba di tingkat bawah pejabat.

Dengan lari-lari anak Gempa menghala ke arah sebuah kawasan parking yang agak sunyi dan menuju ke arah sebuah kenderaan yang terdapat seseorang sedang menunggunya.

Gempa: Maaf! Awak tunggu lama ke, Fang?

Fang: Hn~ taklah sangat. Dah siap dah?

Gempa: Uuhh..y-ya. Tapi kenapa awak tak nak ajak Ying sekali?

Fang: ...kenapa aku kena ajak dia?

Gempa: Dia kan...isteri awak.

Fang memandang Gempa dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Sehingga Gempa berasa pelik.

Gempa: ...k-kenapa awak pandang saya macam tu..?

Fang: Taklah. Cantik kau hari ni. (senyum)

Fang masih setia memandang ke arah Gempa secara atas bawah. Gempa semakin merinding ketakutan lalu dia segera mengubah topik agar dirinya tidak dipandang lama oleh Fang.

Kalau tidak terpaksa, sudah lama Gempa akan cari kenderaan lain untuk dia naiki agar dia dapat mengelakkan diri daripada menaiki kenderaan Fang dan menumpangnya.

Tapi kerana sebab-sebab tertentu, Gempa terpaksa akur.

Gempa mahu naik bas, tetapi jika sanggup tunggu dan pulang lewat sehingga jam sekitar 6 petang amat bahaya untuk gadis seperti Gempa berada pada waktu itu. Kalau naik teksi, kena jalan 'amat' jauh kerana di area pejabat itu agak susah untuk texi masuk. Grab car apatah lagi. Nak masuk kena lepasi guard yang sebiji perangai macam Hali. Gempa nak tumpang juga Blaze atau yang lain tetapi khawatir mereka ada hal lagi penting. Nak tumpang kawan-kawan sepejabat hampir semuanya sudah berumah tangga. Yang bujang hanyalah lelaki sahaja.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now