🌧️ [16] Masih kawan

4K 338 35
                                    

Ais dan Solar kini sedang menuju ke arah rumah Ying. Seperti adik-beradik mereka, topi dan hud diturunkan bagi mengelakkan wajah mereka dicam.

Tiba sahaja di hadapan rumah Ying, Ais menekan loceng rumahnya. Beberapa kali ditekan, namum tiada balasan.

Ais dan Solar berpandangan antara satu sama lain. "Kau rasa dia ada kat mane?" soal Ais.

"Mungkin kat rumah Yaya?" teka Solar sambil tangan diletak pada dagunya.

Ais menggeleng. "Tak, sebab Thorn bagitahu aku yang Yaya ada kat gerai Tok Aba.."

"Dah tu?" Berkerut dahi Solar. Manalah dia tahu Ying tu ada kat mana. Lainlah kalau ada GPS macam diorang.

Ais memegang dagunya lagak berfikir. Dan secara pantas, ada sesuatu yang laju melanggar bahu Ais. Tersentak Ais. Matanya membulat. Dia memerhati di sekelilingnya.

Solar turut terperasan. Dia juga turut memerhati sekeliling. Kali ni, benda laju tu melanggar bahu Solar pula. Wajah Solar menunjukkan tidak berpuas hati.

Ais menghalang Solar daripada melakukan serangan. Ais memejamkan matanya seketika. Apabila tahu ada sesuatu bergerak ke arahnya, automatik matanya dibuka. "Tembok ais!"

"Aduh!" Benda itu terlanggar tembok ais yang dibina oleh Ais.

"Bekukan dia!" Ais membekukan kaki 'benda' itu. Dia menghela nafas pendek.

Solar memandang tidak percaya ke arah 'benda' itu. "Ying?!" Kedua-dua belah tangannya digenggam kemas namun sempat Ais menahannya sebelum adiknya itu melepaskan amarahnya.

"Tchh.." Ying memandang tidak puas hati ke arah mereka berdua.

"Aku dah agak dah itu kau.." ujar Ais seraya menoleh ke arah Ying. Dia cuba berlagak tenang. Perkara sebenar perlu dibongkar.

"Apa lagi yang lu nak?! Lu tak sedar kah yang lu ni musuh aku!" ujar Ying. Dia mendengus geram. Dia cuba melepaskan diri namun kakinya tersekat pada bongkah ais.

"Sabar sabar.. Kitorang datang ni nak bagitahu cerita sebenar.." ujar Solar, cuba menenangkan Ying.

Ais mengangguk setuju. "Kau patut tahu yang semua tu fitnah.. Kitorang hilang 2 tahun sebab terpaksa menerima rawatan.. Kitorang ada jangkitan kuman pada paru-paru.. Jadi, kitorang ambil rawatan di luar negara dengan bantuan ayah kitorang.." ujarnya panjang lebar.

Ying mendiamkan diri seketika. "Asal lu tak bagitahu yang lu nak pergi luar negara?"

Solar memutarkan bola matanya tanda menyampah. "Dah korang mula benci dengan kitorang, takkanlah kitorang nak rapat pula?"

Ying tersengih malu. Ada benar juga katanya. "Sorry sorry.."

Solar tersenyum sinis. "Heh, setakat maaf tu tak boleh ubah apa-apa pun.." Dia mula berpeluk tubuh.

Ais menyiku lengan kanan Solar. Solar memandang tidak puas hati ke arah abangnya.

Ais menggeleng kepala sebelum memandang ke arah Ying. "Jadi, kau percaya tak dengan fitnah semua tu? Kau kata kau kawan kitorang, tapi sanggup percaya tanpa usul periksa.. Dahlah, kau duduk jelah kat situ.. Solar, jom balik.."

Solar hanya mengangguk dan membuntuti langkah abangnya itu.

Baru sahaja Ais dan Solar membelakangi Ying, suara Ying telah menghentikan niat mereka. "Okey okey! Aku minta maaf! Sorrylah.. A-Aku tak sangka pulak akan jadi macam ni.. Aku percayakan lu berdua.."

Ais dan Solar berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang ke arah Ying yang turut memandang ke arah mereka.

Mereka berdua melemparkan senyuman nipis. "Baguslah kalau macam tu.." ujar mereka berdua. Mereka berdua menghembus nafas lega.

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now