🌧️ [17] Kantoi

4.3K 334 32
                                    

Thorn dan Fang berlari mendapatkan Taufan yang sedang mengatur pernafasannya. "Abang Taufan okey tak?!" Thorn membantu Taufan untuk berdiri.

Taufan membalas dengan anggukan. Dia memandang ke arah kelibat Yaya yang menghilang. Dia mengeluh panjang.

"Boboiboy! Kau okey tak?!" Ochobot mendekati Taufan dan memeriksa tubuh badannya.

Taufan tersenyum. Dia mengusap kepala Ochobot. "Aku okey.."

Ochobot terus sahaja memeluk tubuh Taufan dan Thorn. Tersentak mereka berdua. "Jangan tinggalkan aku lagi.. Aku rindu.."

Taufan dan Thorn berpandangan antara satu sama lain sebelum mereka tersenyum lembut. Perlahan-lahan mereka membalas pelukan Ochobot. Fang yang melihat hanya tersenyum lega.

🌧️🌧️🌧️

"Eh, tu kan Yaya!" Ais menunjuk ke arah Yaya yang sedang terbang.

Ying terkejut. "Haah! Tu dialah! Aku kena kejar dia!" Dengan laju, Ying menggunakan kuasanya untuk mengejar Yaya.

Ais dan Solar berpandangan antara satu sama lain sebelum mengangguk setuju dengan wajah yang serius. Mereka berdua berpegangan tangan sebelum mereka turut mengikuti langkah Ying. Dengan bantuan kuasa Solar, dia dan Ais segera mengejar langkah Ying yang semakin laju.

🌧️🌧️🌧️

"Kenapa?! Kenapa semua ni terjadi?!" jerit Yaya sepuas hati. Dia kini berada di sebuah padang yang luas, yang tidak ada seorang pun di situ.

"Yaya!" Yaya menoleh. Kelihatan Ying menuju ke arahnya. Yaya pantas sahaja memeluk tubuh Ying. "Ying! Aku tak kuat! Disebabkan dia, mak aku diculik! Disebabkan dia, kita semua menderita kat sini!"

Ais dan Solar yang sudah tiba bersembunyi terlebih dahulu di sebalik batu yang besar. Terkejut mereka mendengar pengakuan Yaya. Mak cik Wawa diculik? Siapa yang culik?

Ying menggosok belakang Yaya. "Sabar Yaya.. Aku punya mak pun kena culik! Tapi, ni semua bukan salah dia.. Ni semua salah si pakcik tu!" Dia cuba menenangkan Yaya yang sudah basah lecun itu.

Ais dan Solar berpandangan antara satu sama lain. Jelas wajah mereka sekarang sedang bingung apa yang jadi sekarang. Mereka menoleh semula ke arah Yaya dan Ying.

Yaya melepaskan pelukannya. Dia mengesat air matanya kasar. Dia mengenggam erat kedua-dua tangannya. "Diorang dah tahu yang Tok Aba pun kena culik?"

Ais dan Solar yang mendengar tergamam. "APE?!!!!" Mereka berdua terus sahaja keluar dari tempat persembunyian mereka.

Yaya dan Ying terkejut tatkala mengetahui Ais dan Solar mendengar perbualan mereka. Yaya dan Ying berpandangan sesama mereka sebelum memandang semula ke arah Ais dan Solar.

"Okey, dah kantoi.." ujar mereka berdua. Mereka berdua mengeluh.

Ais dan Solar memandang ke arah mereka berdua dengan pandangan tajam. Kedua-dua mereka berpeluk tubuh. "Mind to explain?"

"Huh.." Nampaknya takde pilihan lain. Yaya dan Ying terpaksa beritahu perkara sebenar, tapi mereka kena berkumpul dahulu supaya semua orang tahu apa yang terjadi sepanjang dua tahun Boboiboy tidak ada bersama mereka.

🌧️🌧️🌧️

"Jadi, boleh korang terangkan apa yang jadi?" Dingin sahaja suara Halilintar. Dia berpeluk tubuh memandang ke arah empat orang rakannya yang kini berada di hadapannya bersama adik-adiknya.

Fang, Gopal, Yaya dan Ying berpandangan sesama sendiri. Mereka mengambil nafas, cuba mengumpul kekuatan. "S-sebenarnya.. Seminggu lepas korang pergi, kitorang kena serang.." ujar Fang takut-takut.

"Siapa yang serang?" soal Halilintar. Matanya tidak usah dikatakan, tajam seperti pisau malah lebih tajam berbanding pisau.

Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar hanya sekadar mendengar. Kata abang kedua mereka, biar dia yang soal mereka berempat tu. Lagipun emosi abang mereka tu tak stabil.

"Entah.. Tapi dia tak berseorangan.. Dalam tiga atau lima orang macam tu.." balas Yaya pula sambil mengingat kejadian pada 3 tahun lepas.

Taufan memandang ke arah Halilintar. "Aku rasa tu pak cik.."

"Tapi, kenapa dia buat semua ni? Hanya sebab harta?" Blaze mengenggam kedua-dua belah tangannya. Dia cuba menahan geram.

Halilintar menghela nafas. "Lepastu?" Dia menoleh semula ke arah rakan-rakannya.

"Pada awalnya diorang serang je.. Tapi lama-kelamaan, mereka dah mula culik orang.. Dah culik appa aku.." Sedih sahaja Gopal berbicara. Dia menunduk.

Fang menggosok bahu Gopal, cuba menenangkannya. Dia faham perasaan Gopal.

"Termasuk Tok Aba?" Amarah yang nak meletus, ditahan oleh Halilintar.

Fang, Gopal, Yaya dan Ying mengangguk serentak. "Boleh dikatakan, mereka culik penduduk di sini.." ujar Yaya ringkas.

Tiba-tiba sahaja dinding rumah tu pecah dan retak. Mereka semua memandang ke arah Blaze.

"Sabar Blaze.." Ais cuba menenangkan Blaze. Dia mengurut bahu abang keempatnya itu.

"Jadi, apa patut kita buat?" Soalan daripada Thorn menyebabkan mereka semua terdiam.

🌧️🌧️🌧️

"Lepaskan kami!!!" jerit pak cik Kumar sambil memegang tiang penjara itu. Dia memandang marah ke arah seorang lelaki yang menjaga penjara itu.

"Diamlah!! Korang patut bersyukur sebab bos aku tak bunuh korang!" marah lelaki itu sambil menatap tajam ke arah pak cik Kumar.

Pak cik Kumar mendengus geram sebelum kembali duduk di atas tikar mengkuang yang terdapat dalam sel penjara itu. Dia mengeluh.

"Sudahlah Kumar.. Tiada guna kalau kita melawan.. Silap-silap kita yang kena.." tegur Tok Aba dari bilik sebelah.

Bilik sel penjara yang mereka duduki itu tidaklah sebesar mana. Besarnya hanya sebesar bilik stor sahaja.

"Aiyoyo, encik Aba cakap memanglah senang.. Tapi, siapa mahu jaga anak saya? Si Gopal itu bukan boleh harap.. Dia itu suka tidur saja.." Pak cik Kumar mengeluh tatkala terkenang akan anaknya.

Tok Aba memutarkan bola matanya. "Sabarlah Kumar.. Lambat laun kita akan keluar juga.. Aku yakin cucu aku akan datang ke sini.."

"Deyy, betul kah dia akan datang? Saya tidak percaya.." Pak cik Kumar menafikan.

"Hm, suka hati kaulah Kumar.. Dahlah, aku nak tidur.." Tok Aba membaringkan dirinya pada tikar yang disediakan.

Pak cik Kumar hanya mengangkat bahu sebelum termenung pada tingkap kecil yang memaparkan bintang-bintang yang bertebaran pada langit.

"Encik Aba"

Tok Aba membuka semula matanya apabila mendengar seseorang memanggilnya. "Kenapa cik Wawa?"

"Saya harap anak saya, Ying, Gopal, Fang dan cucu Tok Aba, datang selamatkan kita.." ujar Cik Wawa yang duduk di sebelah bilik Tok Aba.

Tok Aba tersenyum. "Ya jangan risau.. Lagipun, tempat kita dipenjara ini adalah di bawah rumah lamanya sahaja.."

Tidak lama selepas itu, Tok Aba terlelap dibuai mimpi. Biarlah masa yang menentukan. Yang pasti dia dan yang lain akan selamat.














~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now