CINTA

23 1 0
                                    

Tidak semua manusia mampu mengungkapkan cinta.

Setiap manusia mempunyai cara masing-masing untuk mengungkapkannya.

Sama ada dari bibir mereka mahupun dari hati mereka.

Ibarat ibu bapa yang mendidik anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.

Sebagai anak perantauan yang belajar jauh daripada ibu bapa, ku meletakkan sepenuh penjagaan ibu bapaku di bawah lindungan Yang Maha Kuasa.

Hanya itu yang aku mampu dari jarak yang jauh ini.

Mendapat berita bahawa bapaku demam sudah hampir 3 hari membuatkan hatiku tidak tenang dan tenteram. Disyaki pula demam denggi oleh doktor di klinik.

Hampir setiap jam, setiap detik, doaku untuknya tidak pernah putus.

Selang beberapa jam, analisis keputusan darah abah telah keluar. Platlet 176 spec 150 - 400. Alhamdulillah.

Mak abah,

في حفظ الله 💕

𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Where stories live. Discover now