3

50 161 20
                                    

"Apalah nak kena dengan kamu ni, Bongchan?! Tak ada kerja lain ke nak cekik anak orang bagai?!" aku menunduk hanya menadah telinga mendengar omma membebel.

Omma ni tak cool lah. Tengok appa? Rileks je dia biarpun tahu aku cekik si budak Jungkook tu sampai berbekas leher.

"Nasib baik omma Jungkook baik hati tak nak besarkan hal ni sampai ke balai polis tahu tak?! Aigoo, Bongchan.." omma menggeleng kesal.

"Sudahlah,  anak kita cekik budak Jungkook tu mungkin ada sebab. Awak tahu apa?" aku memandang appa dengan pandangan minta simpati.

"Appa, tskk–"

"Stop, jangan nak buat drama pulak kat sini! Sekarang ni, omma nak kamu minta maaf dekat Jungkook dengan omma dia sekali." arah omma.

"Eyyy, tak nak lahh! Dia punya salah,  dialah yang kena minta maaf dengan Bong." aku berpeluk tubuh berpaling daripada memandang omma. Nak tunjuk yang aku tengah merajuk. Huhh!

"Ohh, tak nak tak apa.." wajah aku mula disinari cahaya Nur mendengarkan ayat omma.

"Jangan balik rumah malam ni." cahaya Nur yang terang menyinari menyerikan wajah aku tadi kian mendung ditutupi awan hitam.

"Fine,  Bong minta maaf." aku melangkah lemah mendekati ke arah aunty Jeon dan Jungkook yang duduk di hujung koridor.

"Bong minta maaf sebab buat anak aunty macam ni." aku menunduk 90 darjah untuk beberapa saat.

"Ehh, tak apalah. Aunty tahu kamu buat dia macam ni bukan tak ada sebab. Bukannya aunty tak tahu mulut Jungkook ni puaka macam mana.  Kadang aunty sendiri pun rasa nak lempang dia." seloroh aunty Jeon buatkan aku tertawa kekok.

"Omma,  dia cekik Kook tau!  Boleh omma maafkan dia senang - senang je? Patutnya omma report je dia pergi balai polis terus tau!"  rengek Jungkook menjeling ke arah aku.

Aku menggulingkan mata aku ke atas. Kenapalah dia tak mati je tadi, hurgh!

"Dia buat macam tu pun sebab mulut kamu tu laser sangatt–" bibir Jungkook yang termuncung itu dicubit Puan Jeon geram.

"Oh yaa, Bongchan.  Malam ni kalau sudi datanglah rumah aunty. Kita dinner sama - sama. Ajaklah keluarga sekali." ajak Puan Jeon tersenyum manis.

"Omma! Janganlah ajak diaaaaaa–" rengekan manja Jungkook cukup buatkan aku semakin meluat berada di sini lama - lama.

"Ehemm,  tak apalah aunty. Nanti bukan setakat saya berbekas leher Jungkook tu, silap - silap besok lusa boleh terputus dari badan." Puan Jeon tergelak buatkan aku ikut sama tergelak fake.

Tapi sumpah,  aku memang tak bergurau.

"Yelah,  kalau dah berbaik nanti bukan setakat datang rumah tinggal sebilik pun tak apa, kan?"

Eh, ewah! Aunty Jeon ni alahaii. Gurau lembuttt nampak–

"Eee,  omma pleaselah! Duduk sebelah dia pun dah serupa neraka." jeling Jungkook dengan muka meluat.

Eish, eishhh! Kalau aku tak fikir omma dia ada depan mata memang aku dah lama aku eyy eyy!

"Saya minta diri dulu auntyyy!"

Langkah pantas aku atur pergi sebelum aku tercekik Jungkook lagi sekali.

Muka yang terasa panas aku kipas - kipas. Nafas aku hembus kasar. Engko tunggu, Jeon Jungkook. ENGKO TUNGGU!

———Lovenemy———

"Kau seriuslah? Kau masih tak rasa bersalah walaupun lepas cekik aku sampai leher aku jadi macam ni?" aku mengangguk.

"Yep, aku tengah serius. Dan jujur, aku tak rasa bersalah."  Jungkook menolak lidah ke ruang pipi.

"Takk! Masalahnya sekarang ni, kenapa aku nak kena pakai apron sedangkan kita sekarang ni kat dalam makmal?!"  Jungkook mula menyuarakan ketidakpuashatiannya.

"Kau ni memang jenis budak yang tak kenang diuntung, kan? Cukup baik makcik kantin sanggup pinjamkan kau apron ni cuma sebab kot makmal tak cukup tau. Tak bersyukur ke boleh buat eksperimen dengan kita orang?!"  Jungkook merengus kasar.

"Aku lagi rela tak buat eksperimen ni daripada jatuhkan maruah kelelakian aku dengan pakai apron berbunga ni waktu buat eksperimen!" apron yang tadinya sudah diikat cantik - cantik mengena di tubuhnya Jungkook lempar ke dalam singki.

"Cehh,  bercinta pun dengan lelaki ada hati nak persoalkan tentang maruah kelelakian bagai." provok aku buatkan Jungkook semakin naik angin.

"Ikut suka kau je kan mengata buruk pasal aku?!" Jungkook bercekak pinggang buatkan aku turut sama bercekak pinggang.

"Dah memang semua fasal kau buruk aku nak buat macam mana?" Jungkook menjungkit kening.

"Dah tu? Kau ingat kau cantik? Melukis pun macam kambing."

"Jeon Jungkook!"

"Noh Bongchan!"

"Kyaishh!!" rambut Jungkook aku tarik geram buatkan Jungkook turut sekali membalas.

"JEON JUNGKOOK! NOH BONGCHAN!"

Lovenemy ; jjkWhere stories live. Discover now