4

48 135 38
                                    

"Kamu berdua tak penat ke asyik keluar masuk bilik disiplin cuma sebab pergaduhan kamu berdua yang semakin lama semakin menjadi - jadi ni?" omel pengetua.

"Alaa, dia punya salah lah, cikgu. Boleh dia bagi saya apron masa nak buat eksperimen?" adu Jungkook.

"Dah tu? Kau tak nak feeling jadi saintis ke pakai kot makmal? Ehh, aku ni cuma kesiankan kau je tau. Cukup baik aku sanggup pujuk makcik kantin bagi pinjam kau apron tu. Boleh pulak kau buang apron tu dalam singki?!" Jungkook berdecit geram.

"Heyy, Bongchan. Depan pengetua boleh lah kau acah bidadari baik semacam, belakang pengetua perangai mengalahkan setan!"

"Heyy, Jungkook. Tak ada orang yang perangai lebih setan daripada engkaulah, setan!"

"Sudah!" pengetua menggaru kepalanya yang licin berkilat akibat terlalu banyak berfikir.

"Saya tak tahu lagi macam mana nak buat kamu berdua ni berbaik tau." aku menggulingkan mata aku ke atas.

"Cikgu,  kalau perang dunia ke - tiga tercetus kat Korea ni pun belum tentu kita orang nak berbaik." Jungkook mencebik.

"Aku pun tak kesahlah kalau tak berbaik dengan kau. Huhh!" pengetua menggeleng.

"Sudah,  berhenti! Kamu berdua ni tak penat ke bermusuh?! Sejak sekolah rendah lagi saya dengar kamu berdua ni tak pernah berbaik. Bergaduh main tarik rambut sampai masuk parit, butang baju terbang sampai terkena spek cikgu, menjerit bertekak sampai mikrofon rosak. Sekarang ni? Pasal apron pun nak gaduh."

Aku dan Jungkook sama - sama menunduk.

"Saya bagi amaran terakhir. Saya dapat laporan kamu berdua buat hal lagi sekali,  saya takkan teragak - agak nak buat sesuatu yang teruk pada kamu berdua." Kamu berdua boleh keluar–"

Aku hanya mengangguk lalu mengikuti langkah Jungkook yang sudah keluar terlebih dahulu.

———Lovenemy———

"Wahh, mak cantik gila lukisan Jungkook!"

"Macam real siaa lukisan Jungkook–"

"Yeah you making me a girl with luv~"

Aku mencebik mendengarkan segala jenis pujian yang dilontarkan mereka yang lain melihatkan lukisan Jungkook.

Aku menunduk memandang lukisan Jungkook yang cuba aku tiru sebelum ini.

"Ni kerbau ke?" soal Jungkook menunding jari ke arah pokok sakura yang aku lukid.

"Taklah, tu pokok. Kau buta ke buat - buat buta?" Jungkook tergelak besar.

"Muka orang kau buat macam muka kambing, pokok pulak kau buat serupa dengan kerbau. HAHAHAA, ngam sangat!" aku mengetap gigi geram.

"Eee, apa masalah kau ni sebenarnya haa?!" Jungkook mengangkat bahu.

"Nothing,  cuma aku nak kata yang sebenarnya kau tak pandai melukis tapi acah nak jadi budak seni sebab terlalu minat."

"Dan engkau pulak sebenarnya tak pandai nak belajar tapi acah nak jadi budak sains sebab tak nak derhaka dengan mak."

"Longkang jugak mulut kau ni eh–"

"Mulut kau tak kurang dengan mulut longkang aku–"

"Tapi fakta mengatakan mulut perempuan lebih longkang daripada mulut lelaki sebab kaum perempuan ni suka makan kangkung."

"Tapi aku tak suka makan kangkung."

"Maksudnya kau lelaki."

"Aku agak kau suka makan kangkung, kan?" Jungkook mengangguk.

"Maksudnya kau perempuan."

"Aigoo, aigoo.. Elok masuk jelah minang si Bongchan ni kalau kau dah betul berkenan, Kook." usik Yugyeom tersenyum - senyum.

"Choiii! Kalaupun dialah lelaki terakhir yang ada dalan dunia ni, aku rela membujang sepanjang hayat aku tau!" jeling aku buatkan Jungkook turut mencebik.

"Aku pun tak hinginlah nak berbinikan mak tiri kejam macam kau, huhh!"

"Shh,  cikgu datang!" aku merengus tak puas hati. Nasib baik cikgu datang, kalau tak memang aku sesah Jungkook ni habis - habisan!

———Lovenemy———

"Bong, Kook, cikgu suruh amek nama siapa yang nak ikut pergi trip dekat air terjun Dobongsoon nanti. Kau orang berdua nak ikut? Tapi macam biasa arr, ada bayaran." soal Suyeon dengan tangan sedia memegang pen dan kertas.

"Siapa lagi yang ikut?" soal aku.

"Ermm, aku, Aera, Mochi, Doyeon, Boram banyak lagilah. Kalau kau orang ikut memang tak rugi sebabnya cikgu comel kita tu pun ikut sekali."
Terang Suyeon dengan senyumannya.

"Wahh, kalau macam tu aku nak ikut lah!" Suyeon tersengih. Pantas sahaja tangannya mencatat nama aku dikertas.

"Perempuan je ke?" soal Jungkook buatkan Suyeon menggeleng.

"Kan cikgu Baekhyun ada. Kau rasa?" Jungkook menggulingkan matanya ke atas.

"Maksud aku pelajar takkan perempuan je. Baik aku tak payah ikut kalau macam tu." jeling Jungkook buatkan aku mencebik. Kepalanya aku sekeh.

"Ehh, dah kalau tak nak ikut tu cakap jelah tak payah nak buat orang tunggu lama. Dah, Suyeon. Kau pergilah tanya orang lain. Dia tak—"

"AKU nAK IKUT!"

Aku merengus geram. Bencinyaaaa! Menyemak betul si anak Jebon ni, hurghh!

Lovenemy ; jjkWhere stories live. Discover now