5

38 109 40
                                    

Aku melangkah turun daripada bas sebaik sahaja bas tiba di destinasi yang dituju.

Badan aku regangkan ke kiri dan ke kanan. Ya ampunnn, 2 jam perjalanan sampai kematu pantat aku duduk je memanjang dalam bas beb!

"Bongg!" panggil seseorang buatkan aku berpaling mencari punca suara itu.

"Eo, Eunwoo."

Hahshsjjaj, aku tak tahu shibel Eunwoo ikut sekali trip ni HALAH HALAH! Dah lah aku tak bawa bedak muka mahupun lip balm langsung ajsjshh-

"Tak tahu pulak aku kau ikut sekali trip ni." Eunwoo tersenyum.

"Aku memang suka join trip macam ni. Lagi - lagi yang dekat dengan air. Rasa tenang.." aku mengangguk.

"Opps, maaf! Tersengaja." aku mengetap gigi memandang Jungkook yang berlalu pergi seperti tiada apa - apa yang berlaku lepas dia secara tersengaja melanggar bahuku.

Cramp jugaklah wehh bahu aku. Entah - entah bahu dia tu diperbuat daripada semen kot, keras gila!

"Biadap gila." Eunwoo menggeleng pelan menghantar kepergian Jungkook dengan pandangan mata tidak puas hati. Aku tersenyum kecil.

"Oh ya! Jom amek gambar nak tak? View kat sini cantik." Eunwoo mengangguk cuma.

Phone pantas aku keluarkan dari poket seluar.

"Yaaa, Jeon Jungkook! Tolong sini kejap." Jungkook melangkah malas mendekati aku dan Eunwoo.

"Tolong amekkan gambar kita orang dua." phone aku hulurkan pada Jungkook sementara aku dan Eunwoo terus mengambil tempat.

"1, 2, 3. Ok, dah." aku pandang Jungkook dengan kening terjungkit.

"Like seriously, takkan satu je? Lagilah." Jungkook merengus kasar.

Setelah selesai, Jungkook kembali menghulurkan phone kepada aku. Gambar yang Jungkook snap tadi aku tilik satu persatu.

"Weh, kau ni en. Harap je budak kelab fotografi tapi bila amek gambar haprak! Pandai - pandailah kau cari angle aduu-" Jungkook menggulingkan matanya neluat.

"Nak sangat angle carilah sendiri." tutur Jungkook sebelum berlalu pergi.

"Dah tu, jomlah kita kumpul sana. Cikgu dah panggil tu-" aku dan Eunwoo sama - sama menapak menuju ke arah tempat berkumpul.

"Baiklah! Untuk trip kali ni, kamu semua akan dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu empat orang satu kumpulan. Sebelum tu, Suyeon tolong pastikan semua orang yang mengikuti lawatan ada." arah miss Suzy.

"Semua ada 20 orang, cikgu!" miss Suzy mengangguk.

"Ianya kuantiti sebenar, kan?" soal miss Suzy lagi.

"Yaa, cikgu!" sebenarnya ramai lagi yang nak ikut trip ni tapi tempat yang dihadkan ialah 20 orang sahaja. So yeahh- Memandangkan Suyeon pengurusnya kami boleh bodek dia agagaga

"Ok. Saya dah berikan nama - nama kamu yang saya dah siap asingkan mengikut kumpulan yang saya kelaskan kepada Suyeon. Boleh tengok sendiri kat Suyeon-" aku pantas berlari anak menuju ke arah Suyeon.

Baru sahaja aku ingin mengintai membaca kertas yang dipegang Suyeon namun kertas itu pantas dirampas Jungkook.

"Eyy, khinzir je kau ni enn?!" Jungkook mengangkat bahu dengan poker facenya. Ayayayaysyaya!

"What the bitch-" Jungkook memandang ke arahku dengan dahi berkerut sebelum menenyehkan kertas ditangannya ke muka aku.

"KYAAAAAA!" kasut yang elok tersarung di kaki aku buka lalu aku humban tepat mengena ke kepala coconut Jungkook.

"Yaishh, pehal siaa masalah kau?!" kasut yang aku humban ke arah Jungkook tadi dia lontarkan kembali ke arahku.

Aku merengus geram. Kasut kembali aku sarungkan ke kaki. Tulisan pada kertas itu aku baca.

"What the bitch man! Kenapa aku kena sama team dengan- ajajajjajajashs!" kertas di tanganku terus dirampas Eunwoo.

"Eo, kau satu kumpulan dengan Jungkook, Yugyeom dengan Haemin. Aku.. Oww, dengan Suyeon, Junhoe dengan Yura." Eunwoo mengeluh pelan.

"Urm, kita tak sama teamlah, Bongchan." aku mengangguk lemah.

"Alaaa, sokaylah janganlah sedih. Kita masih boleh jumpa, kan?" Eunwoo tersenyum cuba menceriakan suasana.

Aku hanya mampu tersenyum kelat. Bukan tu yang aku sedihkan, tapi bila sekumpulan dengan Jebon tu yang menyedihkan! Sendunya alahai-

---Lovenemy---

"Cikgu, nak tiga puluh minit dah kita jalan. Kenapa tak jumpa lagi air terjunnya?" soal Bambam yang sudah tercungap - cungap cuba mengambil nafas. Nasib dialah bawa beg serupa nak berbulan madu sebulan.

"Kita dah sampai dah." ujar cikgu Baekhyun.

"Wahh, cantiknya air terjun!" Seungkwan, si kepohchi mula menghanat acah ada air terjun depan mata padahal cuma pokok semata - mata.

"Perjalanan dari sini ke air terjun kurang daripada 10 minit. Kita akan dirikan khemah kat sini dulu lepas tu nanti baru kita mandi air terjun." terang cikgu Baekhyun.

"Kamu boleh pilih lokasi khemah kamu sendiri yang penting jangan jauh sangat." jelas cikgu Baekhyun lagi.

"Weh, Jungkook! Sinilah buat apa kat sana!" laungku melihatkan lokasi khemah Jungkook pilih teramatkah jauh daripada khemah Eunwoo.

"Hey, bingai. Kau nak tidur sekali dengan kita orang lelaki ke haa?" aku mula termalu sendiri lalu berjalan mendekati miss Suzy.

"Miss, khemah budak perempuan mana?" miss Suzy berkerut dahi.

"Kan dah bagi ketua kumpulan tadi. Ada 5 semuanya." balas miss Suzy.

"Hahahahahahah, miss! Are you joking now?" miss Suzy tergelak lalu menggeleng.

"Mana adalah." wajah aku kembali bertukar muram.

"Miss, takkanlah kami nak share satu khemah dengan lelaki?!" miss Suzy mengangguk.

"Why not? Miss sendiri akan satu khemah dengan cikgu Baekhyun. Lagipun bukannya kamu semua berdua - duaan pun." aku merengus geram.

"Miss dengan cikgu husband and wife! Yang kita orang ni? Tak ada apa hubungan, cikgu." miss Suzy tersenyum.

"It's okaylah. Trust them." aku merengek tak puas hati.

Mula - mula kena satu kumpulan dengan Jungkook. Sekarang? Satu khemah pulak?!

Hurgh, I'm done!

Lovenemy ; jjkWhere stories live. Discover now