Chapter 49

947 113 484
                                    

And maybe for you I wasn't already made meBut you designated me and you resumed meI'd be calling your name in this universe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


And maybe for you I wasn't already made me
But you designated me and you resumed me
I'd be calling your name in this universe

My hearts on fire for your love

---------------------------

Rutin sepasang mempelai yang bagaikan kucing dan anjing diteruskan, berdua-duaan berjalan di taman yang indah pemandanganya. Berjalan seiiringan sambil asyik melayan perasaan masing-masing.

Sorang macam ini perangainya, sorang begini. Dua-dua sama sahaja tingkah lakunya setiap kali bersiar-siar di taman pada subuh hari. Mulut sentiasa lancang mengeluarkan kata-kata ketidakpuasaan hati.

Perbalahan di dalam hubungan sepasang suami isteri Kim ini tidak akan pernah reda, sentiasa adanya isu yang mahu diperbangkitkan. Tidak kira dari apa segi.

"Kau jangan nak memandai guna jalan pintas! Nanti sesat macam haritu, siapa yang susah!!?" Sang suami mengungkit kisah yang berbulan lepas telahpun berlalu.

Min Young berdegus kuat tanda tidak puas hati. "Aku tak suruh pun kau ikut aku kan?! Kau yang terkinja-kinja macam beruk nak ikut aku."

"Mestilah aku kena ikut! Kalau apa-apa yang jadi macam mana? Macam kau kungfu orang dengan batang paip tu??!" Sang gadis menangkat keningnya.

"Mana kau tahu tentang tu?" Namjoon terdiam.

Dia dah terlepas kata. Si gadis menikam anak mata sang jejaka. Namjoon menegup salivanya. Habis jika Min Young tahu akan apa yang dia telah lakukan.

"Jawab soalan aku...." Ketajaman pandangan si gadis membuatkan Namjoon terus terduduk di bangku taman.

Sang jejaka mencari setiap alasan dimindanya. Dia buntu mahu jawab apa pada si singa bunting.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, matilah engkau, Kim Namjoon.

Tak tentu hala anak mata sang suami bergerak, tak berkemampuan sang suami mahu melawan kuasa choleric si isteri yang datang secara tiba-tiba. "Aku dah agak..." Min Young tersengih kecil.

Namjoon makin cemas. Mengapa dekat sangat wajah mereka berdua! Tambah pula, mereka berada dikawasan terbuka.

"Kau yang reka lalat elektronik tu kan?" Namjoon terkelu, irisnya melihat si gadis dengan wajah tergamam.

Tak habis-habis lagi tentang lalat yang masuk dalam bilik air si gadis semalam.

"Bangang!" Telapak tangan Namjoon selamat menghentam dahi si isteri. Serta-merta tubuh Min Young menjauhinya disebabkan inersia yang dikenakan.

"HAH KAU MENCARUT!" Herdik Min Young. Sang suami berpeluk tubuh, belakang disandarkan pada bangku.

Walaubagaimana pun, Namjoon bersyukur kerna isterinya tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now