🌧️ [19] Rumah lama

3.4K 285 76
                                    

Maaf buat korang yang baru baca cerita ni tertunggu-tunggu T^T

.
.
.

"Ni ke rumah lama kita? Nampak macam rumah Fang je.." Thorn menggaru kepalanya yang tidak gatal, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

"Haih.. Rumah yang lama tak diguna, memang macam ni Thorn.." balas Taufan sambil menepuk lembut bahu adiknya itu.

"Oohh.." Thorn hanya mengangguk faham.

Halilintar, Blaze, Ais dan Solar hanya memerhati sahaja gelagat mereka berdua itu.

"Dah, jom masuk.." arah Halilintar lalu mendapat anggukan daripada adik-adiknya.

Masuk sahaja rumah itu, keadaan agak gelap dan berhabuk. Yelah, takde penghuni kan. Blaze menyalakan api pada tangan kanannya.

Kelihatan beberapa rak, sofa dan meja yang masih tersusun elok. Yang berbezanya adalah sofa, rak dan meja itu dipenuhi dengan habuk.

"Hacchum! Alhamdulillah.." Ais menggosok hidungnya yang gatal. Sememangnya dia tidak suka tempat yang berhabuk. Hidung dia sensitif dengan habuk, sama macam Author haha.

"Hmm, kita berpecah.. Aku dengan Ais pergi ke tingkat atas.. Taufan dan Solar pergi ke dapur.. Blaze dan Thorn pula pergi ke setiap bilik di tingkat bawah ni.." tegas Halilintar berkata sambil menatap adik-adiknya satu per satu.

"Baik!"

🌧️🌧️🌧️

"Hmm, gelapnye.." ujar Thorn sambil perlahan-lahan mengikuti langkah Blaze yang berada di hadapannya.

Blaze hanya membiarkan sahaja adiknya itu. Dia meneliti kawasan bilik yang dipenuhi dengan buku-buku. Mungkin dia dan Thorn boleh jumpa petunjuk tentang pak cik tu.

"Argh! Lipas!!!" Laju sahaja Thorn memeluk Blaze.

Blaze terkejut. Dia menoleh ke arah Thorn yang kelihatan takut. "Weh, kau kenapa?"

"Tu....ada lipas kat bawah rak tu.." Jari telunjuk tangan kanan Thorn terketar-ketar menunjuk ke arah lipas yang sedang bergerak itu.

Blaze menjongketkan keningnya. Pantas sahaja dia melempar bola apinya ke arah lipas itu lalu lipas itu hancur terbakar tanpa belas kasihan. Innalillah😹

"Dah, dia takkan kacau kita lagi.. Dia dah jadi arwah.." Blaze meleraikan pelukan Thorn lalu sambung mencari buku-buku yang boleh diguna pakai.

Thorn menghembus nafas lega. Dia juga turut mencari buku yang boleh diguna bagi membantu siasatan mereka.

"Solar, salurkan kuasa kau kat lampu suluh ni.." Taufan menunjuk ke arah lampu suluh yang elok terletak di atas meja.

Solar akur lalu mengambil lampu suluh itu. Dia kemudian menyalurkan kuasanya lalu lampu itu menyala. Dia memberi lampu suluh itu kepada Taufan.

Taufan mengambilnya lalu melilau sekeliling dapur yang agak besar itu. Solar hanya mengikuti langkah Taufan dari belakang.

Jalan punya jalan, tak sedar mereka terpijak sebuah suis yang sederhana besar yang berada di lantai mereka pijak. Membulat mata mereka apabila lantai di bawah mereka pijak itu terbuka lalu mereka berdua terjatuh ke bawahnya.

"Waarrghhhh!!!!!"

🌧️🌧️🌧️

Halilintar dan Ais pula masih meninjau di sekeliling tingkat atas itu. Tingkat atas itu hanya mempunyai dua buah bilik sahaja. Bilik tetamu pula berada di tingkat bawah.

Sedang elok mereka memerhati keadaan sekeliling, tiba-tiba mereka terdengar suara orang menjerit.

"Waarrghhhh!!!!!"

"Hah?! Suara siapa tu?!" soal Ais cemas lalu menoleh ke arah abangnya.

Membuntang mata Halilintar apabila mengesan pemilik suara itu. "Tu suara Taufan dan Solar! Jom kita cari mereka!"

Ais hanya akur. Halilintar kemudian memegang tangan Ais lalu memecut ke dapur menggunakan kuasanya.

"Eh, abang Blaze dengar tak suara tu?" soal Thorn tatkala dia terdengar suara orang menjerit.

Dahi Blaze berkerut sebelum dia juga terdengar sesuatu. "Hah! Tu suara Taufan dan Solar! Jom!" Pantas sahaja dia menarik tangan Thorn lalu mencari punca suara itu.

🌧️🌧️🌧️

"Warghhhh!!!!!!!!"

PUMP

Taufan dan Solar selamat mendarat di atas sebuah bantal yang agak besar. Taufan dan Solar yang berpelukan kerana takut, akhirnya melepaskan pelukan dan menarik nafas lega.

"Fuhh.. Nasib baik kita masih hidup lagi.." ujar Solar sambil memandang ke arah Taufan yang sedang berdiri sambil menepuk bajunya yang terkena habuk.

Taufan hanya menggeleng kepalanya perlahan. Mata birunya sibuk meneliti kawasan di sekeliling mereka. Namun, disebabkan gelap, dia tidak nampak dengan jelas. "Solar, gunakan kuasa kau untuk terangi tempat ni.."

"Baik! Sinaran cahaya!"

Sebaik sahaja cahaya terhasil, dapat Taufan lihat, banyak mesin-mesin dan wayar yang bersambung. Tanpa sedar, ada satu mata berwarna merah sedang memerhatikan gelagat mereka berdua dari jarak jauh.

🌧️🌧️🌧️

"Mana diorang agaknya?" soal Ais apabila dia dan Halilintar berada di dapur.

Halilintar masih sibuk meneliti kawasan dapur itu. Mata dia tertancap ke arah satu suis yang sederhana besar. "Hmm, butang ape ni?"

"Eh, Halilintar? Ais?"

Halilintar dan Ais menoleh. Kelihatan Blaze dan Thorn turut berada di situ.

"Aku rasa Taufan dan Solar ada kat dalam ni.." ujar Halilintar menyebabkan Blaze, Ais dan Thorn berpandangan antara satu sama lain.

"Hm, tempat apa ni Taufan? Nampak macam tempat uji kaji je..." ujar Solar. Dia dan Taufan kini menghampiri mesin-mesin tersebut. Perasaan curiga mula menyelubungi diri mereka berdua.

"Aku rasa kita kat bilik bawah tanah.." Taufan meneliti skrin yang terletak pada sebuah mesin yang dihampirinya.

Solar juga turut berbuat perkara yang sama. Namun, dia perasan ada orang sedang memerhatikan mereka berdua. Dia pantas sahaja melihat ke kawasan orang yang mengintip mereka berdua.

"Kau nak pergi mana tu Solar?" soal Taufan apabila dia perasan Solar semakin menjauh darinya.

"Aku rasa, ada orang perhatikan kita.." Dengan senyap-senyap, Solar menghampiri sebuah bakul yang agak kecil yang hanya muat untuk sebiji bola keranjang. Kain yang menutupi bakul itu, direntap kuat oleh Solar.

"Arghh!!"

"Ahhh!!!"











~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now