Chapter 50

819 116 144
                                    

Went from one conversation to your lips on mineAnd you said, "I never regretted the day that I called you mine"So I call you mine

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Went from one conversation to your lips on mine
And you said, "I never regretted the day that I called you mine"
So I call you mine

Can I call you mine?

----------------------------

Min Young meneliti kaunter dapur yang dipenuhi makanan buat makan malam. Telapak tangannya dilap pada apron yang dipakai.

Min Young berpuas hati dengan hasil tangannya dalam menyediakan makan malam untuk dirinya dan sang suami.

"Wow, wow~ Ada bau makanan lah~~" Secara tetiba Namjoon menerjah Min Young dari belakang. Nasib tak terkena penumbuk si isteri.

Namjoon mengambil tempatnya. Dia memerhatikan belakang Min Young di sinki dapur.

Lama dia merenung tubuh isteri sendiri. "Kau tahu aku suka perempuan ikat ponytail macam kau." Tiba-tiba Namjoon memecahkan keheningan.

Min Young terus menoleh. "Apa?" Dia menyoal semula. "Aku suk ━━" Namjoon tersentap.

Pantas sungguh jari Min Young membuka ikatan rambutnya, terus dia membiarkan rambutnya melepasi paras bahunya.

"Apa? Cakap sekali lagi?" Namjoon tahu, Min Young dengar apa yang dia katakan tapi segaja si gadis menyoal seakan-akan dia langsung tidak mendengari kata-kata sang suami.

"Takde apa-apa lah." Terus hilang mood si Namjoon.

Sang gadis mengambil tempat berhadapan Namjoon. "Oi! Cakap kasi habis lah! Kenapa kau suka eh?" Min Young menjongketkan sedikit keningnya.

Bertentang mata dengan sang suami yang asyik menongkat dagu.

Wajah si isteri ditenung seketika. "Ouh, aku akan cakap sebabnya bila aku jumpa gadis yang ikat ponytail saja ye." Namjoon tersenyum manis pada si isteri.

"Ceh! Sembang kau boleh bawa ━━" Mulut Min Young sudah disumbat dengan kimbap sayuran.

"Diam. Aku nak makan." Amaran sang suami membuatkan Min Young menyampah. Setan punya suami.

Si gadis mengunyah makanan yang disumbat sang suami. Matanya ralit menilit setiap hidangan yang dia buatkan buat mereka berdua.

Timbul satu perasaan yang sudah lama terpadam dimindanya.

Hasrat pertamanya sebaik dia mengetahui kebenaran tentang Rayyan, dia mahu pulang semula ke Korea.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now