Pt. 69

290 35 60
                                    

Hanbin meletakkan tapak tangan di perut Jungwoo lalu mengusap perlahan-lahan yang sebolehnya. Hanbin tersenyum lebar dan menitiskan airmata kerana terlampau gembira.

"Hello sayang.. Ini appa tengah cakap ni. Nanti kamu jangan nakal-nakal tau dalam perut eomma. Kesian eomma sakit" Selepas berborak dengan perut Jungwoo, Hanbin mencium perutnya sekejap.

Jungwoo tidak lekang senyum dari tadi kerana asyik teringat reaksi Hanbin semasa mengetahui dirinya berbadan dua untuk kali ketiga.

Junghae dan Miyeon telah tidur sebilik dengan ibubapanya. Mereka sekarang berada di pangkuan ayah mereka.

"Eomma, ayam eyut ni de aegi? (dalam perut ni ada aegi (bayi)" Soal Junghae kerana pelik selepas melihat Hanbin cium perut ibunya.

"Iya, dalam ni ada adik kamu berdua. Tegur sapa dengan adik dalam perut eomma kejap" Jungwoo mengambil tangan Junghae dan Miyeon lalu diletakkan di atas perutnya yang masih kempis.

Junghae mengigit bibir kerana tidak rasa sebarang pergerakan dalam perut Jungwoo seperti semasa mengandung Miyeon. Miyeon tarik tangan kerana tidak suka dipaksa-paksa.

"Eomma, aegi tak yak pun (aegi tak gerak pun)" Junghae menggeleng dan menggoyangkan tangan Jungwoo.

Hanbin dan Jungwoo tergelak kecil. Anak mereka sangat polos dan comel ketika hairan dan pelik.

"Memanglah, adik kamu baru 2 minggu. Nanti bila perut eomma besar macam dah 5-9 bulan. Kamu dah boleh rasa gerakan adik kamu" Kata Hanbin sambil mengerakkan tangan membuat perut besar.

"Echa? (besar)" Junghae mengerutkan dahi melihat Hanbin. Tak lama kemudian Junghae senyum.

"Echa! Echa cam eomma uyu. Eomma uwatan Yeonyeon! (Besar, besar macam eomma dulu. Eomma keluarkan Miyeon" Junghae tepuk tangan dan ketawa kerana teringat semasa Jungwoo mengandungkan Miyeon.

Sekali lagi mereka ketawa bersama. Junghae telah petah berkata-kata sehingga semua benda nak dicakap dan ditanya.

Diluar bilik mereka, Kun dan Lucas mendengar perbualan mereka sekeluarga. Mereka berdua berpandangan dan senyum kerana tidak apa-apa perkara buruk berlaku kepada Jungwoo dan anak-anak. Hanbin pun telah jadi penyayang dan cintakan Jungwoo sepenuh hati.

"Jom kita masuk bilik. Sejuk hati aku dengar diorang ketawa tadi" Bisik Lucas kepada Kun supaya orang didalam bilik tidak dengar.

"Samalah, harap hari yang akan datang pun macam ni juga. Hanbin dah berubah 100% sejak masuk penjara. Jungwoo pun dah cintakan suami dia" Kun tersenyum dan melangkah satu-satu supaya mozek yang dipijak tidak mengeluarkan bunyi.

Lucas juga ikut apa yang dilakukan Kun. Lagipun mereka perlu bekerja pada esok hari.

Hanbin perhatikan Jungwoo yang sedang bermain dengan anak-anak. Hanbin mengangkat tangan dan membelai rambut panjang Jungwoo.

Kemudian, Hanbin memegang dagu Jungwoo sehingga Jungwoo pandangnya dan Hanbin terus cium dahi isterinya.

Hanbin amat sukakan bau badan Jungwoo walaupun Jungwoo tidak berapa suka sabun badan sejak disahkan hamil.

"Sayang, abang nak minta maaf pada semua yang abang buat selama ni. Abang akui, abang pernah nak bunuh sayang sebab nak rampas anak kita. Lepastu cakap sesuatu yang gila dekat sayang walaupun abang di penjara masa tu. Boleh tak sayang maafkan abang atas semua kesilapan abang selama ni? Abang mengaku, abang ni budak sekolah juvana. Keluar masuk kelas pemulihan tu perkara biasa. Abang pernah hisap dadah sebab pengaruh kawan-kawan, minum alkohol dibawah umur lagi. Keluar dari pusat pemulihan, abang berjanji dekat cikgu kat sana nak berubah. Taknak buat hal tapi tu sekejap je. Beberapa tahun lepastu abang culik sayang dengan sepupu abang yang sama jahat dengan abang. Abang minta maaf, I'm so sorry sayang. I'm so sorry"

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now