Pt. 70

332 32 28
                                    

"Tangan ni kena jaga elok-elok. Tak boleh angkat benda-benda berat kalau nak cepat elok" Kata rakan sekerja Lucas, Doktor Kim setelah menjalankan sinar-x (Xray) pada tangan Hanbin.

"Terima kasih Kim, agak-agak berapa lah lah tangan dia yang patah ni nak sembuh? " Lucas menyoal lalu pandang tangan kanan Hanbin yang telah disimen tebal.

"Kau kan doktor juga, mestilah ambil masa setahun lebih nak sembuh sepenuhnya. Nasib baik tangan dia patah tajam, tak terpatah jadi dua. Tak pasal-pasal kena bedah masuk besi. Lainkali tanya dulu jangan main belasah. Kan dah susah" Terang Doktor Kim lagi, dan menasihatkan Hendery dan Xiaojun yang berdiri di sebelah Hanbin.

Mereka berdua hanya mengganguk perlahan mendengar kata-kata doktor. Xiaojun mengusap belakang badan Hanbin.

"Hyung minta maaf" Ujar Hendery dan Xiaojun bersamaan. Hanbin hanya senyum dan mengganguk kerana dia telah lama memaafkan abang iparnya.

"Ini preskripsi ubat, nanti ambil kat farmasi ya. Tangan yang kena simen tu kalau nak mandi jangan lupa pakai plastik. Nanti terkena air boleh jadi busuk" Tuturnya lagi, Lucas memapah Hanbin bangun dan menunduk berterima kasih kepada Doktor Kim sebelum keluar dari bilik.

"Hanbin, biar hyung yang bayarkan ubat tu. Tunggu dulu kat sini" Ujar Hendery lalu meninggalkan mereka bertiga. Xiaojun mengikut Hendery dari belakang kerana mahu membayar harga ubat itu sekali.

"Hyung, macam mana dengan Jungwoo? Saya takut dia tak tidur lagi sebab risaukan saya tak balik-balik" Hanbin mengerakkan bahu Lucas dengan tangan kiri. Lucas menepuk bahu Hanbin supaya bersabar sedikit lagi.

"Mesti dia dah tidur lepas tidurkan anak-anak. Jangan risau lah, sekarang kita tunggu Hendery dengan Xiaojun balik dari farmasi" Balas Lucas. Hanbin diam dan cuma menonton iklan bahaya denggi di kaca televisyen.

Xiaojun dan Hendery pulang tak lama kemudian. Lucas dan Hanbin bangun dari kerusi untuk balik ke rumah.

"Berapa harganya?" Soal Lucas kepada mereka berdua yang baru pulang. Xiaojun dan Hendery masukkan dompet dalam baju dan memandang mereka dengan muka pasrah dan sayu.

"100 ringgit" Xiaojun menarik nafas sebentar lalu melepaskan.

"Gaji seminggu aku tu" Balas Hendery pula dan menggeleng kepala perlahan apabila teringat yang harga yang mereka perlu bayar tadi.

Lucas terketawa kecil, dia menepuk bahu adik-adik tirinya.

"Aku dah cakap yang hospital swasta mahal. Korang cakap korang boleh bayar" Lucas ketawa lagi dan menarik tangan Hanbin untuk pulang ke rumah.

"Bukannya apa, gaji aku sebulan dalam 3,500 takpun kalau bonus adalah dalam 4,000. Aku terkejut  sebab yelah  ubat-ubatan je harga sampai beratus" Balas Hendery lalu membuka pintu kereta.

"Hospital swasta mana ada subsidi macam hospital kerajaan. Sebab tu bil hospital swasta lagi mahal dari kerajaan " Balas Lucas lagi sekali dan duduk sebelah pemandu.

"Sebab tu kau kaya ya Lucas? Dahlah pakar bedah terbaik pula tu" Kata Xiaojun dan menghidupkan enjin kereta terlebih dahulu sebelum bergerak.

"aku takdelah kaya sangat, aku pakar bedah pun. Sampai sekarang masih membujang takde jodoh. " Balas Lucas pasrah. Xiaojun menepuk bahunya supaya bertenang. Hendery tiba-tiba sebak.

Kata-kata Lucas benar-benar menyakitkan hati buat yang masih membujang. Mereka rasa mahu saja tampar Lucas.

"Hyung, walaupun umur hyung dah meningkat. Tapi perancangan tuhan tu cantik. Mungkin hyung-hyung semua belum ada jodoh, tapi hyung dapat keluarga yang memahami dan baik, kawan sekerja yang prihatin. Percayalah suatu hari nanti ada juga permaisuri dalam hati hyung-hyung semua " Kata Hanbin yang cuba menaikkan semangat mereka semua.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now