¿¿Q&A!!

1.4K 73 73
                                    

Hollaaa~ xD Hahaha! Ceria semacam akak sepanjang chapter bederet ni!

Mula-mula, akak nak tanya sekali lagi! Best tak story yang akak tulis ni? Ini story pertama akak yang memang akak tak ubah langsung dari awal publish! Syukur rasanya akhirnya buku ini sudah berada di pengakhiran. Haa...ini sudah chapter last dah ni. Harap korang sudilah lepaskan buku ini berakhir macam tu saja ya? X,D

Ok kita tak payah cakap banyak sebab akak akan cakap lebih baaaaanyak dalam QnA kali ini.

Macam...tak ada sambutan sangat tetang QandA tu. Mungkin sebab tertunggu sangat nak tahu pengakhiran cerita ni kan? Jadi seperti yang korang sudah tahulah. Cerita dia habis dengan Happy Ending. ^^

Ok, tak payah basa-basi lagi. Jom, akak tolong bagi soalan dan jawapan terus. Soalan-soalan ni memang jarang orang tanya tapi ia berkait dengan story ini. ^^

Jom mulakan!

P/S: Berkemungkinan besar semua jawapan yang ada tidak ada di dalam story asal cerita ini sebab akak tak sempat nak selitkan.

.
.
.
.
.

1. Siapakah yang Halilintar suka sebenarnya?

- Ok, in simple words, Hali hanya suka Gempa saja. Memang sejak dari awal hingga akhir hanya Gempa ada di mata Hali.
- Taufan? Macam ni pula ceritanya. Akak pernah mention yang bila ke mana sahaja Taufan dan Hali berada, pasti Taufan akan heret Gempa sekali. Haaa...itu kerana Taufan sengaja mahu Hali terus-menerus sukakan Gempa.
- Pada awalmya Hali baru niat nak move on dari Gempa sebaik sahaja dia dan Taufan akan menikah, tetapi dibatalkan niatnya apabila dia mendapat amanah dari Taufan untuk mencintai dan meraih Gempa kembali.

2. Sewaktu kehilangan Hali, apa yang terjadi sebenarnya?

- Haa..yang ni pun ada di mention di dalam story. Tapi akak akan terangkan lebih detail dekat sini.
- Selepas ditembak bom, Hali sempat melompat keluar dari bot dan nak kata memang nasib menyebelahinya, awal-awal lagi Hali sudah meletakkan fonnya di dalam plastik kalis air dan ia selamat berada dalam poket kot nya yang dibutton rapat. Nasib Hali katakan. ^^
- Hali ada luka-luka kecil dan sederhana sikit pada wajah dan badannya kerana bom itu dan dia memang dapat rasakan yang orang bom itu memang sedang target dia untuk dibunuh. Oleh kerana Hali tak nak sesiapa terkorban, Hali membuat keputusan untuk berenang menjauh dari kawasan bom dan segera menelefon bodyguardnya. Dengan cepat bodyguardnya iaitu Iwan dan Stanley datang dan selamatkannya.
- Hali mengarahkan mereka membawanya ke sebuah pulau yang tertulis nama keluarga Hali di sana untuk menghilangkan diri. Malang sungguh Fang. Dia terlepas pandang bawaha keluarga Hali bukanlah keluarga kaya semata-mata. Tetapi keluarga yang punya agensi rahsia tersendiri yang akak tak masukkan ke dalam story.
- Jadi, Hali membuat keputusan untuk menghilang buat sementara waktu kerana dia ingin melihat apa niat sebenar orang-orang itu. Hali siap upah bodyguardnya untuk mencari orang bawahan untuk mengintip orang itu sehingga Hali ketahui, yang 'kepala' kepada orang-orang itu ialah Fang.
- Walaupun Hali biarkan saja, tetapi Hali sentiasa memerhatikan gerak-geri isterinya walau di mana sahaja Gempa berada. Tak kira Gempa keluar dengan sesiapa pun Hali tahu kerana begitu banyak orang bawahan yang diupah Hali untuk mengintip isterinya sendiri. (Padanlah Gempa selalu rasa ada orang sentiasa perhatikan dia... =^=')
- Dan sehinggalah hari ke-4 kehilangan Hali, Fang ingin melamar Gempa telah sampai ke telinga Hali. Jadi Hali membuat keputusan untuk pulang pada malam itu juga. Dia tidak mahu Gempa dimiliki oleh orang lain sedangkan suaminya masih hidup. (Dia punya cemburu tu lain macam! :v)
- Dan sebaik sahaja Hali pulang, dia membiarkan sahaja dirinya diketahui oleh orang bawahan Fang bahawa dia masih hidup. Dia mahu lihat apa rancangan Fang yang seterusnya.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now