Pt. 74

315 33 125
                                    

Sebenarnya Johnny dengan Taeyong kembar. Tapi diorang tak popular sangat macam kembar Jaehyun dan Winwin. Triple Renjun, Jeno dan Haechan.

Disebabkan Yuta dengan Johnny rapat, aku terlupa yang diorang bukan kembar yang lahir pada waktu sama. Tapi kalau lahir pada tahun sama tetap dikira kembar kan? 😂😂

Keesokan harinya, Puan Jung tidak berhenti menangis selepas beberapa hari. Tuan Jung mengosok belakang badannya supaya terima apa yang berlaku kepada mereka.

Mereka berdua balik rumah sementara untuk mandi kemudian pergi ke hospital menunggu mayat Betty disiapkan sebelum memberi penghormatan terakhir.

Mereka akan pergi ke gereja dan ke krematorium untuk pembakaran mayat.

"Anak saya.. yang saya mengandungkan dia sembilan bulan.  Dah tiada sekarang ni.. Dia lah satu-satunya anak yang kita ada" Puan Jung meletakkan kepala di bahu Tuan Jung.

"Saya tahu.. tapi saya rela dengan ketentuan tuhan. Kita semua akan pergi juga suatu hari nanti" Tuan Jung mencium rambut isterinya. Puan Jung memeluk gambar Betty yang telah dihias.

Pekerja-pekerja hospital membawa keluar keranda Betty dari bilik mayat dan masukkan ke dalam van yang telah ditempah.

Puan Jung tidak mampu menangis lagi, airmatanya telah kering sejak beberapa hari yang lalu.

"Kita iring anak kita ya? " Tanya Tuan Jung. Puan Jung hanya mengangguk lemah dan masuk ke dalam kereta untuk pergi ke kereta.

Setelah sampai, keranda diusung  diletakkan paling bahagian depan.

Puan Jung meletakkan gambar tadi di sebelah kerandanya. Keranda itu dibuka supaya tetamu boleh menatap wajahnya untuk kali terakhir.

Di sana, beberapa jam sebelum Puan Jung dan Tuan datang. Kawasan dalam rumah beribadah itu telah dihuni oleh ahli keluarga dan sahabat handai.

"Mama, Younghee belum minta maaf lagi kat mama. Kenapa mama tinggalkan kami semua. Kasihan adik Nayoung, dia dah tak boleh merasa susu badan mama lagi" Younghee menyentuh wajah ibu tirinya dan menangis teresak-esak. Dia terlalu sedih dan terkilan tidak dapat meminta maaf buat kali terakhir.

Mereka semua melihat muka Betty dan ada yang takut dan geli sehingga mengundurkan diri di kebelakang.

Disebabkan wajah Betty tercucuk kaca semasa kemalangan, wajahnya berubah buruk.

Puan Jung melihat wajah anak tunggalnya dan mengusap muka lembut. Lalu mencium seluruh muka Betty dengan penuh kasih sayang.

Begitu juga dengan Tuan Jung, mereka mengendahkan rasa takut itu semasa mengecup wajah anak mereka.

Haera mendapat giliran untuk memberi penghormatan terakhir terhadap madunya. Haera menyentuh tangan Betty dan mengusap rambutnya.

Betty dipakaikan gaun yang pernah dipakai ketika perkahwinannya dulu. Betty menulis wasiat tentangnya dan mereka tunaikan.

Haera mendekatkan kepala dengan telinga Betty tujuan untuk berbisik.

"Kakak dah maafkan semua kesalahan kamu, kakak rela berkongsi suami dengan Betty. Terima kasih sebab bahagiakan suami akak, tambah zuriat Johnny. Akak taktahu bagaimana mahu beritahu kepada suami kita berdua bila dia sedar. Keadaan Johnny kritikal, ambil masa untuk dia sedar semula" Haera cuba menahan airmata daripada menitis. Haera berhenti bercakap di telinga Betty dan beri peluang kepada orang lain untuk melihat.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now