Pt. 76

277 29 44
                                    

Selepas menidurkan anak-anak di tingkat atas, Jungwoo turun ke tingkat bawah dan pergi ke dapur untuk mencari makanan untuk mengisi perut.

"Sabar, eomma nak pergi makan lah ni" Jungwoo memegang perutnya dan buka peti ais melihat makanan yang ada.

"Aegi, dalam ada ayam, roti gandum, keju dan salad dengan tomato. Kalau eomma buat sandwich berkhasiat okay tak? Eomma buatlah, aegi duduk diam dalam perut eomma. Eomma nak pergi masak " Jungwoo mengambil bahan-bahan tadi dan letakkan di atas meja.

Jungwoo memakai apron dan berjalan perlahan kerana perutnya makin buncit. Jungwoo sudah masuk 4bulan lebih.

Jungwoo mengambil pisau dan memotong dengan berhati-hati. Sambil memasak sambil berborak dengan bayi didalam perut.

"Aegi, eomma rindu dengan appa kamu. Apalah appa tengah buat ya? Tengah angkat sampah kot. Yelah, appa kan kerja sebagai pekerja pembersihan dan eomma tak jijik pun asalkan appa kamu bekerja untuk sara kita" Jungwoo memanaskan kuali dan masukkan minyak lalu kacau ayam yang telah dipotong dadu.

Jungwoo suka berborak dengan anaknya dalam perut, kerana dia tahu. Anaknya sudah boleh mendengar suara ibunya.

"Aegi, eomma taktahu nak beri nama kamu apa. Tapi eomma nak J, taknak yang lain. Kalau tu, Jeonghan? Jinwoon? Jiwoo? Junwoo? Jana? Jungna?  Jinna?  Susahlah nak pilih nama kamu. Tapi eomma belum tahu jantina kamu, tak payah lah kecoh-kecoh sangat. Asalkan kamu sihat. Mesti kamu tak sabar nak jumpa abang dan kakak kamu" Jungwoo mematikan api dan susun roti dalam pinggan.

Dia letakkan ayam yang dimasak tadi dan dua kepingan keju dimasukkan. Jungwoo mengambil sos cili dan mayonis sebagai penambah rasa.

"Yeah, dah siap! Boleh makan kat depan sambil tengok kartun " Jungwoo mengambil air dan membawa dengan berhati-hati. 

Jungwoo duduk dan letakkan kaki di atas meja kerana lenguh. Jungwoo makan sambil tengok TV.

Knock knock knock knock!

Jungwoo mengalihkan pandangan di pintu yang baru diketuk tadi.

"Jungwoo oh Jungwoo, aku datang ni! " Katanya sambil mengetuk daun pintu lagi.

"Kejap, aku buka kunci! " Jungwoo letakkan sandwich tadi dan bangun dengan susah payah untuk buka kunci.

Jungwoo membuka pintu dan terserlah muka kawan baiknya, Namjoo.

"Awat datang? Tak pergi daftar universiti ke? " Jungwoo menarik tangan Namjoo supaya masuk dalam rumah.

"Hehe" Namjoo menggaru kepala yang tidak gatal. Jungwoo menggeleng melihat kawannya yang buat muka tidak bersalah.

"Ini, aku ada belikan tart telur. Kesukaan kau dari sekolah dulu" Namjoo berikan kotak berwarna ungu itu. Masih lagi panas kerana baru keluar dari ketuhar.

"Kau kalau nak minum, tolong ambil sendiri ya. Aku tak larat, sebab perut aku makin besar. Kaki aku pun dah mula bengkak" Jungwoo duduk di kerusi semula dan ambil satu tart telur untuk dimakan.

"Takpe, aku minum air jarang pun boleh" Balas Namjoo dan pergi ke dapur untuk layan diri sendiri.

Setelah kartun habis, Jungwoo tukar saluran dan menonton National Geography.

"Kamu tendang eomma, terkejut ke tengok cheetah ni baham rusa? " Jungwoo memegang perutnya yang asyik ditendang. Pada usia 4-5 bulan, bayi sudah boleh menendang dan hanya boleh dirasai oleh si ibu.

Namjoo datang dan duduk disebelah Jungwoo, tangannya mengusap perut Jungwoo.

Jungwoo hanya biarkan saja tangan kawannya yang menyentuh perut kecilnya.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now