Pt. 75

296 33 48
                                    

Johnny membuka matanya perlahan, dia pandang Taeyong yang masih lagi tidur disebelah.

Johnny memegang kepala kerana pening dan kejutkan Taeyong.

"Taeyong, bangunlah. Aku nak mandi ni. Lampin aku dah penuh" Johnny menggoyangkan bahu Taeyong.

Taeyong mengangkat kepala dan mengosok mata berkali-kali lalu menguap.

"Auch.. " Johnny pegang pada luka pembedahan dan mengetap gigi cuba menahan sakit.

"Kau okay tak? Boleh mandi ke ni?, aku tengok kau macam sakit sangat ni" Taeyong membantu Johnny untuk duduk.

"Takde apa-apa, mungkin aku salah tidur sampai luka aku sakit balik" Balas Johnny.

Taeyong mengganguk dan mengangkat Johnny perlahan masuk ke dalam bilik air. Butang baju Johnny dibuka dan diletakkan dalam bakul.

Taeyong mengambil satu kain untuk menutup badan Johnny daripada terlalu terdedah.

Rambut Johnny dibasahkan dan dicuci supaya tidak berbau. Ketika Taeyong membasuh rambut abangnya, Taeyong terjumpa sesuatu dan ketawa.

"Asal kau ketawa? Pelik sangat ke gaya rambut aku? " Johnny memukul tangan Taeyong. Taeyong masih lagi tidak dapat tahan tawa.

"Kau ada uban weh, sana sini pula tu. Ini kalau dapat buang ni seronok" Taeyong berhenti ketawa dan ambil air untuk disiram pada badannya.

"Aku dah tua, memanglah ada uban. Macam kau takde uban pula" Johnny menyilangkan tangan dan mengulingkan mata.

Selepas mereka selesai, Taeyong memakaikan baju baharu dan sikat rambut Johnny supaya segak.

"Mu sikat rambut aku belah tengah, mampus mu aku kerjakan nanti" Bebel Johnny semasa Taeyong menyikat rambutnya.

"Lek lah, aku sikat rambut kau cantik-cantik. Tiptop punya" Balas Taeyong dan berikan cermin.

"Ermm, okay lah. Kau sikat tepi" Johnny beri cermin kepada Taeyong semula.

Taeyong angkat selimut sehingga paras pinggang Johnny.
Johnny baring dan tengok staff hospital masuk untuk hantar makanan.

"Terima kasih" Johnny menunduk dan pegang sudu untuk makan. Mereka beri  ikan salmon panggang, epal merah yang telah dipotong, nasi perang dan satu mangkuk kecil sup rumpai laut dengan satu botol air mineral.

Taeyong perhatikan saja Johnny makan dengan berselera. Taeyong menelan air liur melihatnya.

"Maaf, aku lupa yang kau belum makan. Nak kongsi tak dengan aku?" Johnny letakkan sudu dan pegang tangan Taeyong.

"Gwenchanna, kau perlu makan banyak supaya cepat sembuh. Aku setakat tak makan sarapan, apalah sangat " Taeyong menggeleng.

"Jangan mengada, nah" Johnny ambil sedikit ikan salmon dan nasi lalu berikan kepada Taeyong.

Taeyong buka mulut dan telan.

Selepas Johnny makan, Taeyong bersihkan mulutnya dengan tisu.

"Terima kasih sebab jaga aku semalaman. Kau banyak tolong aku" Johnny senyum lebar dan pegang tangan Taeyong dengan erat.

Lucas membuka pintu dan menolak meja besi yang diatasnya dipenuhi ubat sapu,kapas,antiseptik, dan sarung tangan.

"Johnny hyung makin okay?" Lucas datang ke katil dan mengusap rambutnya perlahan. Johnny mengganguk perlahan.

"Ini hyung, Lucas belikan sarapan untuk Taeyong hyung. Terima kasih sebab belanja sarapan kelmarin" Ujar Lucas dan berikan plastik putih itu kepada Taeyong.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now