+ 05

247 39 5
                                    

[Pencil | chapter Five]

+day two

"Taehyung! Datang sini balik! "

Yoonji mengejar Taehyung sehabis mungkin akibat Taehyung bertindak menghabiskan cebisan terakhir kek berperisa red velvet yang sering menjadi kegemarannya.

Taehyung menjelir lidah kepada Yoonji yang sudah jauh ketinggalan di belakang. Kawasan padang yang lapang memudahkan mereka untuk berlari secara bebas tanpa halangan.

"Yah! Datang balik!, " Yoonji cuba untuk mengejar Taehyung yang sudah jauh ke depan namun apa kan daya, tenaga sudah habis digunakan.

Yoonji menekan perutnya yang terasa senak menggunakan jari-jemari tangan kanan. Dadanya sedari tadi berombak naik dan turun akibat pernafasan yang tidak teratur.

Akhirnya Yoonji duduk bersimpul di atas rumput sambil menekan perut yang terasa sakit. Taehyung yang melihat dari jauh mula berasa kasihan dengan gadis itu.

Secara perlahan, Taehyung mendekati Yoonji tanpa sebarang suara di bibir. Hanya deruan nafas sahaja dapat didengari dengan jelas. Taehyung duduk bercangkung di depan Yoonji.

"Yoonji, awak okay ke tidak?, " Soal Taehyung prihatin.

"Oo-okay, " Tersekat-sekat suara Yoonji disebabkan nafas yang tidak teratur.

"Tapi, huh── saya tidak oo--okay selagi awak tidak ganti sem--mula kek saya"

Rambut Taehyung ditarik Yoonji secara mengejut. Taehyung menjerit kesakitan dek kerana itu.

"Ganti balik!, " Yoonji meraung sambil menarik kuat ubun-ubun rambut Taehyung

"Arghhh!! Okay, okay, saya akan ganti balik, " Taehyung terpaksa menguatkan suaranya melebihi dari yang biasa akibat suara raungan Yoonji yang terlampau kuat sehingga mencapai tahap maksima

Secara automatik Yoonji berhenti menarik rambut Taehyung setelah mendengar perkataan yang terlalu dinanti-nantikan nya.

"Betul awak nak ganti?, " Yoonji menyoal tanpa melepaskan genggaman jari-jemari nya daripada rambut Taehyung.

Taehyung mengeluh dalam diam akibat penat menjerit kesakitan lalu mengangguk kecil.

Yoonji kembali tersenyum riang. Jari-jemarinya dilepaskan daripada terus menggenggam erat rambut lelaki itu. Daripada duduk bercangkung, Taehyung merebahkan dirinya dengan duduk bersila di atas rumput.

Lelah menguasai dirinya.

Tidak sangka perempuan di dunia ini terlalu ganas seperti dia, hati Taehyung berbisik kecil.

❛✓❜ pencil | 김태형Where stories live. Discover now