Bab 2

3K 308 118
                                    

PEJAM celik pejam celik, sudah seminggu hari persekolahan berlalu. Dan sudah seminggu jugalah Ariana dan Naim menjadi tablemate. Nak tak nak, Ariana kena reda juga Naim duduk bersebelahannya. Nak buat macam mana, dah tak ada tempat kosong lagi untuk dia duduk. Terpaksalah hadap muka Naim tu. Haih.

Ariana mengeluh.

Naim di sebelah dipandang dengan ekor mata. Kemudian buku Matematiknya pula diintai. Saja nak check jawapan Matematik dia. Nak tengok betul ke tak. Namun, makin lama dia tengok, makin dekat dia dengan buku Matematik Naim. Pelik. Jawapan dia dan Naim sama. Tapi, jalan kerjanya lain-lain. Ariana mula bengang.

          "Yang kau ni dah kenapa? Usyar jawapan aku pulak. Nak tirulah tu." Dengan sinis Naim berbicara. Sejurus itu buku Matematiknya ditutup apabila Ariana makin mendekat dengan buku tersebut.

          "Ergh. Setakat usyar tu apalah sangat. Dahlah jalan kerja pun salah. Takde masa aku nak tiru," balas Ariana lalu menjeling Naim tajam.

          "Wah! Habis jalan kerja kau tu betul sangat ke? Entah-entah jalan kerja kau yang salah. Ada hati nak judge jalan kerja aku."

Dam!

          Meja kayu dihadapan dihentak kuat. "Eh! Kau ingat kau siapa nak cakap jalan kerja aku salah? Macamlah kau tu pandai sangat," amuk Ariana. Rakan sekelasnya yang sedang memandang hanya diabaikan.

          "Heh. Macam kau tu layak sangat nak cakap jalan kerja aku salah." Naim pula membalas. Matanya dijeling ke atas. Masing-masing tak nak kalah. Kepala batulah katakan.

          "Kau ni kenapa? Asyik nak cari pasal je dengan aku!" jerit Ariana. Penumbuknya makin dikepalkan.

          "Masalahnya, kau yang cari pasal dulu!"

Dam!

Naim pula yang menghentak meja.

          "Bunga Ariana! Ahmad Naim!" Suara nyaring Cikgu Shida mula muncul memenuhi seisi kelas. Tangannya dicekakkan di pinggang.

Ariana dan Naim apalagi? Terus terdiam bila terdengar suara tersebut. Bukan setakat dia orang berdua je, satu kelas terdiam. Terkejut punya pasal.

          "Kalau rasa awak berdua nak bergaduh, pergi bergaduh dekat luar kelas. Pergilah sekarang! Tadi nak bergaduh sangat, kan?" marah Cikgu Shida. Matanya dicerlung tajam ke arah dua orang anak muridnya itu.

Ariana dan Naim cepat-cepat bangun dari duduk tatkala suara nyaring itu bersuara lagi. Itu pun, sempat lagi dia orang berdua berbalah mulut sewaktu ingin bergerak ke luar kelas.

          "Kau punya pasallah ni kita kena berdiri dekat luar kelas," kata Naim dengan perlahan sambil tangan disilangkan ke dada.

          "Eh! Aku pulak. Salah kau la. Kau yang buat aku marah." Ariana pula menyilangkan tangan ke dadanya. Tak puas hati.

          "Tapi, kau yang mulakan dulu. Siapa suruh usyar buku Matematik aku."

          "Halamak! Aku usyar je pun. Bukannya nak tiru kau. Kau je yang lebih-lebih," jerit Ariana tanpa sedar.

          "Ariana! Naim! Berdiri dekat luar pun nak gaduh ke? Tak serik-serik lagi?" Cikgu Shida muncul di muka pintu. Tangannya masih setia dicekakkan di pinggang.

          "Amir, Nabil, tolong bawakan ke sini kerusi kawan awak berdua ni," suruh Cikgu Shida sambil memandang ke dalam kelas.

Ariana dan Naim sudah membulatkan mata. Terkejut. Kerusi kayu yang diletakkan oleh Amir dan Nabil di hadapan dipandang risau.

          "Cikgu nak awak berdua angkat kerusi tu sekarang. Selagi tak diam, selagi tulah angkat kerusi tu. Kalau rasa nak angkat meja pulak, bergaduhlah lagi," arah cikgu Shida lalu berlalu masuk ke dalam kelas.

Lambat-lambat, Naim dan Ariana angkat juga kerusi yang berada di hadapan mata. Fuh. Beratnya tu tak relaks. Lenguh tangan dibuatnya.

          "Kau la ni! Tak pasal-pasal kena angkat kerusi," rungut Ariana.

          "Shh! Baik kau diam sebelum kena angkat meja pulak," marah Naim dengan nada perlahan. Wajah Ariana dijeling sekilas.

          "Eleh. Nak jeling-jeling pulak," bebel Ariana seorang diri lalu tersenyum sinis. Kemudian, tiada lagi perbalahan mulut yang berlaku antara mereka berdua.

𖧷 𖧷 𖧷

"DAYAH! Dayah! Tengok tu." Deane menarik tangan ketuanya ke hujung koridor lalu menunjukkan jari telunjuk ke arah sesuatu.

          "Apa ni? Dah kenapa?" tanya Hidayah dengan kelam-kabut sambil mencari-cari arah yang sedang ditunjukkan oleh Deane.

          "Ariana kena denda guys." Fasha pula menyampuk dengan gelak ketawa.

          "Heh. Padan muka dia. I dah lama tunggu dia kena denda macam ni. Lega sikit hati I," ujar Hidayah. Ariana yang sedang berdiri di tengah-tengah koridor itu dipandang tajam.

          "Itulah pasal. I tak puas hati betul dengan Ariana tu. Nak kata cantik, takdelah cantik mana pun. I lagi cantik dari dia." Terkumat-kamit mulut Deane mengutuk Ariana.

          "I pun tak faham dengan Harith tu. Entah apalah yang cantik sangat dekat si Ariana tu sampai nak puji-puji dia depan I," tambah Fasha. Disebabkan Harith puji minah tu, terus dia minta putus dengan Harith. Apa dia kesah?

          "Eh kejap! You all nampak tak lelaki dekat sebelah Ariana tu? Siapa dia tu?" tanya Deane kepada dua orang rakannya itu.

          "Yalah. Agak-agak apa nama dia eh? You rasa single ke tak? Kalau single, bolehlah I try dia." Fasha mula menggeletis.

          "No! Dia I yang punya okey. I cop dulu. Hmm... jom lalu sana. I nak tahulah apa nama dia." Hidayah mula menonong ke hadapan diikuti dengan Fasha dan Deane.

Tatkala mata Hidayah bertembung dengan mata Ariana, dia terus menjeling gadis itu. Namun, apabila dia pandang saja mata Naim, lantas senyuman ayu dia tayangkan. Nametag lelaki itu diperhatikan.

Ahmad Naim.

Senyuman Hidayah tidak lekang di bibir. Berkali-kali nama Ahmad Naim itu disebutnya. Kemudian, lantas tandas yang berada berhampiran ditujunya. Nak story-mory dengan dua orang ahli Bling Gurlz yang lain, Fasha dan Deane.

Dalam masa yang sama, ada seorang pelajar lelaki yang asyik memerhati geng Bling Gurlz itu. Kepalanya digeleng-gelengkan melihat aksi mereka bertiga.

          "Bengong punya minah sumi."

Mu'azzin Paling AnnoyingWhere stories live. Discover now