KUAT

33 1 0
                                    

Bismillah,

Hampir setahun setengah sudah berlalu. Hari demi hari, detik demi detik, aku sudah mulai mampu menyesuaikan diri di Ardhul Kinanah ini.

Cuti semester sudah bermula. Masing-masing membuat keputusan untuk bertemu keluarga di watan tercinta.

Melihat ahli beitku yang bertungkus lumus mengemas bagasi masing-masing yang terletak di atas almari mereka.

Sebak. Sedih.

Mengiringi mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sambil melambai tangan kepada mereka. Tidak semena-mena air mata membasahi pipi.

Aku percaya bahawa ini yang terbaik buat diriku. Tiap susunan Allah itu indah. Ada hikmah di sebaliknya.

Beberapa hari yang lepas, natijah imtihan telah keluar. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan kerna memberi keputusan yang terbaik untukku. Keluarga dan para sahabat tidak putus-putus memberi semangat dan ucapan tahniah kerana berjaya melalui tahun pertama dengan jayanya.

Tatkala aku sedih kerna tidak dapat pulang ke Malaysia, masih ada insan tercinta yang memberi semangat kepadaku supaya terus kuat dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan di tanah Mesir ini.

Terima kasih untuk segalanya.

Aku cinta semuanya.

Jumaat, 9.56 p.m.
Kaherah, Mesir.

𝙴𝙺𝚂𝙿𝚁𝙴𝚂𝙸 𝙹𝙸𝚆𝙰Where stories live. Discover now