+ 07

247 36 30
                                    

[Pencil | chapter seven]

+day four

Angin sejuk yang bertiupan di siang hari menyebabkan kain Yoonji mudah menjadi berat.

Gadis itu berjalan seorang diri di tepi persisiran pantai. Angin yang menerpa langsung tidak diendahkan. Rambut yang sedari tadi menampar wajahnya lembut, berulang kali diselitkan ke belakang telinga.

Dia mengamati suasana sunyi yang hidup tanpa seorang penghuni itu.

Sesunyi hatinya yang hidup tanpa penghuni yang lain.

Kasut di tangan kemas dipegang. Deruan angin ombak yang bertiup kencang ligat menyapa gegendang telinganya

"Yoonji! "

Badan Yoonji berhenti secara drastik akibat terkejut mendengar namanya dilaungkan. Seperti kilat Yoonji berpaling ke belakang.

Figura Taehyung yang sedang lincah berlari dapat dilihat dari jauh. Senyuman kecil Yoonji simpulkan di bibir. Comel melihat karenah Taehyung yang semangat berlari bersama ais krim yang dipegang di tangan.

Aiskrim tadi bertukar tangan setibanya Taehyung di depannya. Tercungap-cungap lelaki itu mencari nafas dek kerana kepenatan.

"Kalau sudah tahu badan itu cepat penat, tidak usah berlari. Nasib angin di sini sejuk. Tidaklah awak berpeluh sangat nanti"

Bebelan Yoonji langsung tidak dihiraukan oleh lelaki itu. Aiskrim Vanilla milik Yoonji yang sudah semakin cair dijilat Taehyung tanpa amaran. Tercengang gadis itu dibuatnya.

"Bebel itu bebel juga. Aiskrim di tangan jangan dilupakan. Nasib saya perasan aiskrim awak meleleh, kalau tidak berlengas lah tangan awak jawab nya"

"Mana ada saya membebel, " Naik berkerut seribu wajah gadis itu menegakkan keadilan ke atas dirinya.

Taehyung ketawa kecil.

Ada-ada sahajalah jawapan si gadis untuk membela diri. Perkara itu sudah lali dalam kamus hidup seorang perempuan. Alasan sudah sebati dalam kehidupan mereka.

"Iyalah Min Yoonji. Semuanya awak yang betul. Balik-balik perempuan sahaja yang betul. Lelaki? Semuanya salah ya? "

"Memang pun. Semua lelaki sama sahaja. Tidak boleh dipakai. At least kami sebagai kaum wanita bukan seperti kaum lelaki. Buat perempuan seolah pakaian mereka. Mahu, ambil. Bila sudah tidak mahu, buang begitu sahaja"

"Eh? Cakap untuk siapa itu? Untuk saya? Saya tidak terasa pun lah, cik Yoonji. Saya ini hanya lelaki dalam kertas. Perasaan lelaki yang wujud di dunia ini, semuanya saya tidak rasa. Cinta? Mahu mempermainkan wanita? Tidak ada langsung niat itu terlintas dalam kepala saya"

Hati Yoonji seolah dibelah dua. Sakit mendengar kata-kata terakhir Taehyung.

Kuat membebel juga gadis kecil molek ini, kata-kata itu hanya mampu diluahkan oleh si hati milik Taehyung namun bukan di mulut lelaki itu

❛✓❜ pencil | 김태형Where stories live. Discover now