Eldre P.O.V
"...jadi sekarang tanpa buang masa kita minta pasangan pengantin untuk tandatangan borang pendaftaran perkahwinan."
Jadi saya pun maju pigi meja yang dikhaskan untuk sign.
"Pengantin perempuan lagi..." Bilang itu juruacara bila tiada gerakan dari si Necolle.
Adalah beberapa minit si Necolle mematungkan diri, baru dia bangun itu pun selepas mama dia pigi bisik-bisik. Dan dengan muka yang terpaksa dia pun sign.
"Okay, pengantin sudah sign, saksi pun sudah sign jadi ini bermakna Eldre Albert Lim dan Necolle Nelson sah sudah sebagai suami isteri. Dan saya difahamkan majlis makan-belanja dorang akan dibuat pada tarikh yang ditentukan kemudian. Tapi apa-apa pun, kita bagi tepukan gemuruh sebagai tanda tahniah untuk kedua mempelai ini dan semoga mereka kekal bahagia hingga ke anak cucu." Bilang itu juruacara majlis, dan tetamu yang datang pun tepuk tangan.
"Jadi sebelum kita tutup ini, ada apa-apa tambahan kah lagi dari mana-mana pihak?" Tanya itu juruacara majlis, kalau tidak silap uncle si Necolle bah juga ne, kira mentua saya juga lah.
"Errmmm... Saya mahu tambah sikit saja lah..." Itu ketua kampung, memulakan bicara. Ini beliau yang paling banyak bercakap ne hari, dari hal berian, sogit sampai ke nasihat perkahwinan dia yang bagi ulasan dan penerangan.
"Macam yang hadirin sedia maklum, Encik Eldre suami kepada si Necolle sudah bayar sogit atau denda pelanggaran atas adat dorang sebelum ini. Oleh itu, saya harap selepas ini jangan lagi ada orang ungkit ini benda, ini isu sudah selesai hari ini tidak perlu lagi kita cakap-cakap. Peringatan untuk semua, pihak keluarga pengantin buli dakwa tu kalau kamu terus mahu ungkit dan kasi sebar hal lepas dorang, dorang sudah buka buku baru jadi kamu semua pun patut pandang ke depan juga. Bah itu sajalah tambahan dari saya."
Angguk-angguk saja tetamu mendengar.
"Jelas arr semua, bah kalau tiada apa lagi mo ditambah jadi saya simpulkan yang perbincangan kita ne selesai lah sudah kan? Sekali lagi selamat pengantin baru untuk pasangan baru kita, dan sesiapa yang bulum makan tu boleh lah menjamu selera, hidangan sudah tersedia di bahagian canopy sana." Bilang itu juruacara.
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Inilah terjadi sama hidup saya sekarang, punyalah sibuk urus sana sini untuk majlis kahwin saya sama si Jess, sekali hari ini si Necolle pulak yang saya kahwin. Tanpa perlu fikir pasal baju, photographer, cathering , lokasi kahwin... Tapi tetap jugalah mo standby duit sebab mo bayar berian sama sogit segala, beli cincin lagi... Syukur lah juga bapa sama abang si Necolle pun ada hulur duit bikin tambah-tambah bikin beli barang-barang dapur untuk jamuan kecil kami hari ini, pasal tukang masak tu orang kampung sama keluarga si Necolle saja yang tolong masak.
"Bah Eldre, bawalah kawan ko pigi duduk di meja khas di luar tu, sudah kena standby lauk untuk kamu." Bilang mama si Necolle aka mother in law saya. Dua mama sudah saya sekarang ne.
"Okay ma..." Jawab saya, macam kekok pula panggil MIL as mama bah... Sebab baru ini kali saya jumpa dia ne.
"Eh? Mana si Necolle?" Tanya saya, macam tadi dia masih duduk di sebelah saya, sekali tiada sudah ne. Betul-betul saya tidak perasaan pergerakan dia.
"Dia rehat di bilik, biar lah dia dulu... Kamu tu pigi makan, nanti gastrik kalau lambat." Bilang si MIL.
Dan tanpa buang masa saya bawa si Brandon untuk pigi di meja khas di luar yang si MIL cakap tadi. Lupa pulak bagitahu, masa perbincangan tadi kena buat di ruang tamu rumah dorang saja. (Siapa yang selalu ikut rombongan menunang atau tunang-kahwin dapat bayang lah tu suasana).
STAI LEGGENDO
You, Me, Us~~~
Storie d'amore🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞 DILARANG PLAGIAT/CIPLAK!!! Kisah suka, duka dan konflik rumahtangga Necolle dan Eldre. Sejauh manakah mereka mampu bertahan? *KANDUNGAN DEWASA DAN UNTUK BACAAN 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA* Story ini ditulis sepenuhnya dalam diale...
