+ 10

206 34 10
                                    

[Pencil | chapter ten]

+day seven

"Yah! Kim Taehyung. I want that too! "

Jeritan Yoonji bergema memenuhi segenap ruang kondominium miliknya. Tangannya tergapai-gapai ke atas dengan kaki yang dijengket semata-mata untuk popcorn yang dipegang Taehyung.

Dengan amannya Taehyung menyuakan popcorn ke mulutnya tanpa menghiraukan Yoonji yang masih berusaha menggapai popcorn yang dipegangnya tinggi.

"Ambil lah kalau awak nak. Sedap tau"

Yoonji mengetap gigi apabila diuji oleh Taehyung.

Oh, mentang-mentanglah dia itu tinggi lampai, sengaja nak menguji Yoonji yang sekecil cili padi itu.

Kau jangan ingat, hanya berbekalkan tinggi sepanjang 160 cm, Yoonji tidak boleh melawan engkau eh. Oh tidak, engkau silap. Of course dia mampu.

Yoonji tersenyum sinis saat satu idea bernas berjalan masuk ke dalam otaknya. Taehyung yang masih leka makan popcorn di depannya, dijeling maut lantas mengangkat kening kiri ke atas.

"Taehyung!"

Laung Yoonji sambil mencengkam kuat pinggang Taehyung yang berada pada paras dadanya.

Namun, nasib tidak menyebelahi mereka berdua apabila Taehyung secara tiba-tiba jatuh ke belakang menyebabkan Yoonji yang masih mencengkam lelaki itu turut ikut jatuh.

Masa bagaikan lambat bergerak tatkala itu. popcorn yang berada di pegangan Taehyung tadi sudah selamat melayang di langit. Habis isi-isinya turut terkeluar dari kotak popcorn itu.

Taehyung jatuh beralaskan sofa empuk berwarna kelabu yang sedia ada di ruang tamu kondominium itu. Manakala Yoonji turut selamat mendarat di atas badan Taehyung.

Wajah gadis itu tersembam elok pada dada bidang Taehyung. Tangan yang masih elok mencengkam baju lelaki itu, dicengkam kuat sehingga timbulnya urat-urat tangan.

Isi popcorn yang tadinya melambung di langit, jatuh secara drastik di atas mereka berdua. Habis lantai dan badan mereka ditaburi dengan isi popcorn.

"Tch"

Suara sengihan Taehyung menerjah masuk ke gegendang telinga Yoonji yang masih memejam erat mata.

Pantas kepala didongak memandang wajah Taehyung di depannya. Mata gadis itu terbentang luas melihat posisi yang dibuat mereka berdua.

Dengan segera dia berura-ura untuk bangun namun laju sahaja tangan Taehyung bergerak menghalang dengan memeluk pinggang ramping gadis itu.

Terpana Yoonji dibuatnya. Masa seakan berhenti. Taehyung menatap anak mata Hazel milik Yoonji yang seakan bergetar. Kerana berdebar barangkali?

Jantung Yoonji seakan dipam pantas tanpa dikawal. Perbuatan Taehyung betul-betul mampu menjatuhkan tahap malunya.

"Your eyes was freaking beautiful. Its shining really well when you're nervous"

How can he know that I was──, bisik hati Yoonji lantas meneguk air liur yang terasa kelat.

" I think, I can't let you go. Honey, let's stay all day just like this"

Suara Taehyung terlalu menggoda walaupun ton nya kedengaran perlahan.

"I-- I guess we have to clean my house because of the popcorn. Am I right? "

Pertanyaan Yoonji diakhiri dengan sengihan kekok. Taehyung sekadar tersenyum manis sebelum bertindak menyelit anak rambut Yoonji ke belakang telinga.

Her eyes give me peace, bisik hati kecil Taehyung dengan senyuman yang masih tidak lekang ditayang pada Yoonji.


❛✓❜ pencil | 김태형Where stories live. Discover now