Pt. 83

279 37 46
                                    

Juno melihat jam di dinding, sudah pukul 9 malam. Ibubapanya dan yang lain-lain belum balik lagi dari beli barang.

"Mana eomma dengan appa ni? Mereka tak pernah balik lambat. Oppa dah mengantuk ni" Juno menepuk peha adiknya dan menguap kerana mengantuk.

Jena tidur di dakapan abangnya, tidur lena selepas diberikan susu oleh Mark tadi. Juno meletakkan adiknya di katil bayi.

Juno nak ke katil dan menepuk tilam dengan tangan supaya tiada habuk sebelum tidur.

"Ada hal kot, itu sebabnya mereka balik lambat" Kata Juno pada sendiri dan baring di tengah-tengah katil. Bahagian kiri dan kanan selalu Siyeun dan Jeno baring.

Juno menutup mata dan masuk ke dalam alam mimpi. Juno tidak tahan mengantuk.

Pintu rumah dibuka perlahan dan orang yang baru balik itu melangkah perlahan supaya tidak membangunkan penghuni yang telah tidur.

Juno terdengar suara orang bercakap, Juno bangun dari katil lalu memakai selipar rumah. Juno membuka pintu dan pergi ruang tamu.

"Hyung? " Juno menggosok mata dan menutup mulut apabila menguap. Taeil menolak kerusi Taehan supaya dekat dengan Juno.

"Kenapa tak tidur? " Soal Taeil dan mengusap rambutnya. Taehan ketawa melihat muka baru bangun Juno.

"Juno dah tidur tadi. Kemudian terdengar bunyi pintu dibuka. Juno ingat eomma dengan appa dah balik. Itu sebabnya Juno keluar dari bilik" Juno menuap dan mengosok mata.

"Oh. Diorang belum balik lagi? Diorang pergi mana?" Soal Taeil lagi.

"Eomma dengan appa ikut nenek, Makcik Haera, Makcik Hyejin, dan Pakcik Johnny pergi beli barang tadi petang. Sekarang dah pukul 9.30 pun belum balik lagi" Juno duduk di sofa dan mengosok mata lagi supaya segar.

"Kalau macam tu, Juno tidur lah. Diorang ada hal lah tu" Kata Taehan.

"Malas, nak tunggu eomma dan appa balik. Hyung balik, siapa bagi izin?" Soal Juno kepada sepupunya.

Baru Taehan nak balas, Taeil telah menjawab soalannya.

"Pakcik Lucas yang bagi izin. Taehan hyung boleh berjalan dengan bantuan tongkat tangan. Tapi Taehan balik dengan kerusi roda ni sebab dia masih lemah lagi" Balas Taeil.

Juno mengganguk dan menunggu ibubapanya. Junghee masuk ke dalam rumah setelah selesai menjawab panggilan di luar.

"Mari makan ubat kemudian tidur. Pakcik Lucas kata Taehan kena banyak berehat" Junghee mencium rambutnya dan mengusap kepalanya.

"Taehan nak berborak dengan Juno" Taehan menggeleng dan mencebik bibir tidak mahu.

"Hyung kena ikut cakap Pakcik Lucas dengan eomma hyung. Hyung kena banyak berehat" Kata Juno dan menguap kerana mengantuk tapi berdegil mahu menunggu kepulangan ibubapanya.

"Juno, kenapa kamu tak masuk bilik? Dah lewat malam ni, kamu kena tidur" Junghee menepuk bahunya.

"Juno nak tunggu eomma dengan appa"  Balasnya malas.

"Kalau macam tu, kami masuk bilik dulu. Bye" Junghee mengambil barang Taehan dan menolak kerusi roda Taehan.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik, manakala Taeil masih di ruang tamu.

"Juno, terima kasih sebab belikan hadiah untuk Taehan. Lain kali jangan susahkan diri hantar sampai ke hospital. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku pada kamu di luar sana" Taeil memegang kedua tangannya. Juno memandang Taeil, matanya mula berkaca-kaca.

"Juno nak ambil hati hyung. Hyung benci dengan Juno. Juno fikir, kalau belikan hadiah untuk hyung. Hyung tak bencikan Juno lagi" Juno mula menitiskan airmata. Taeil segera memeluk anak saudaranya dan memberikan ciuman di pipi.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now