Pt. 84

354 33 31
                                    

"Puan, janin puan dalam keadaan baik" Ujar doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas Jungwoo.

Jungwoo tersenyum lebar dan memandang Hanbin yang menemaninya.

"Doktor, dah boleh tahu jantina anak kami belum? " Kata Hanbin.

"Setakat ini masih belum, tapi kalau ujian darah boleh tahu. Selalunya akan dapat tahu jantina pada kandungan 5 bulan. Tapi belum tentu betul" Ujar doktor.

Hanbin mengganguk faham dan membantu Jungwoo untuk bangun. Doktor berikan gambar semasa imbasan tadi.

"Puan kena jaga peranakan tu. Sebab puan dah tiga kali mengandung walaupun masih muda. Yang lelaki pun jangan asyik nak fikir sedap je" Doktor memerli dan Hanbin menunduk malu.

"Jom kita ambil ubat untuk saya makan" Kata Jungwoo yang menyedarkan Hanbin.

Hanbin memegang tangan Jungwoo dan mengusap perut Jungwoo yang telah bulat sedikit.

"Anak appa, tak kira apa jantina kamu. Appa akan tetap sayangkan kamu macam abang dan kakak kamu" Ujar Hanbin dan mengusap perut Jungwoo tanpa henti.

"Chagiya, betul ke yang awak tak kisah ni? " Ujar Jungwoo sambil menatap Hanbin serius.

"Ya sayang, abang tak kisah tentang jantina anak kita. Sebab anak adalah anugerah terindah dalam hidup kita" Kata Hanbin lagi dan suruh Jungwoo duduk sementara dia ambil ubat di farmasi.

Jungwoo duduk di kerusi dan memegang pinggangnya yang sakit. Jungwoo biarkan seseorang duduk di sebelahnya sementara Hanbin ambil ubat.

"Jungwoo pun ambil ubat juga ke? " Tanyanya.

"Ha'ah, sebab Jungwo-- Eonnie! " Jungwoo terus memeluk kakaknya dan melaga pipi sebanyak tiga kali.

Renjun tersenyum melihat muka Jungwoo yang juga semakin tembam.

"Jungwoo dah berapa bulan? " Soal Renjun dan letakkan buku hijau (buku kehamilan) didalam beg.

"Baru 4 bulan, tapi budak ni dah ganas. Tendang sana sini, pusing sana, pusing sini. Agaknya bila dah keluar nanti jadi ahli sukan agaknya. Eonnie pula berapa bulan?" Jungwoo memandang Hanbin yang baru sampai.

"Oh noona, apa khabar?" Hanbin menunduk hormat dan duduk disebelah Jungwoo.

"Khabar baik. Oh ya, eonnie baru 3 bulan. Kalau eonnie tak gugur dulu. Eonnie sama dengan Jungwoo. Tapi perancangan tuhan lebih baik. Sekarang tiga sekaligus yang hadir dalam rahim eonnie" Ujar Renjun yang seperti mahu menangis tapi ditahan.

"Eonnie jangan sedih-sedih lagi tau? Kena happy je sebab emosi kita mempengaruhi anak dalam kandungan" Ujar Jungwoo dan membuat Renjun senyum semula.

"Noona dah beritahu Jihoon hyung belum? " Soal Hanbin.

"Belum, noona belum bersedia lagi. Haritu dia telefon tapi noona nafikan. Bukannya apa, noona taknak dia risau. Lagipun noona kena kencing manis masa mengandung ni. Takut dia terlampau risau sampai merosotkan kerja dia. Dahlah kena cucuk insulin kat badan setiap hari" Kata Renjun dan membaca mesej yang baru diterima.

"Oh, hari ni ada buat sambutan harijadi Gyeom kat rumah sana. Korang nak datang ke? " Ujar Renjun.

"Boleh juga, ubat dah dapat. Tinggal beli hadiah untuk Gyeom jelah" Kata Hanbin.

"Jom, eh Renjun eonnie dah dapat ubat ke belum? " Soal Jungwoo.

"Dah lama dapat. Eonnie cuma nak berborak dengan Jungwoo je" Renjun bangun dari kerusi dan jalan perlahan menuju ke parkir kereta.

Hanbin dan Jungwoo ikut dari belakang kerana takut sesuatu terjadi pada Renjun.

Renjun datang ke hospital seorang diri dan memandu kereta yang dihadiahkan Jihoon ketika baru berkahwin dulu.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now