part 9

1.3K 70 2
                                    

PART 9

YAYA ALANA

Huargggg!!! Aku menggeliat sebelum duduk. Terkejut aku bila buka mata aku tak berada dalam bilik aku. Aku menoleh kiri dan kanan, kosong! Telinga aku menangkap bunyi dengkuran halus. Dengan malas aku merayap ke sebelah dan terkejut tengok Fildan terbangkang dekat lantai.

"Aku dah kahwin pula. Macam mana aku boleh lupa."

Aku imbas kembali kisah malam semalam macam mana kami berebut tempat tidur siap buka langkah kuda-kuda. Lepas makan malam semalam, Fildan terus ajak aku masuk bilik. Walau pun terdengar sindiran sumbang keluarga Fildan.

"Awak rehatlah awal sikit malam ni. Mulai sekarang kita kongsi segalanya termasuk katil."
"Siapa cakap saya nak kongsi katil?"
"Sayang kita dah kahwin tau. So...."

Aku sengaja dekat dengan Fildan buat gaya menggoda sikit. Jangan haraplah aku nak kongsi katil.

"Saya tak nak.. Kongsi katil!"

Dengan pantas aku melompat ke atas katil dan baring dengan dengan bantal-bantal aku letak di tepi supaya Fildan tak dapat tidur sebelah aku.

"Sayang, tu katil sayalah!"
"Ya tapi sayakan perempuan. Awak kena mengalah!"
"Takkan saya nak tidur dekat balkoni pula? Semalam dah lah sayang bagi saya tidur dekat beranda."
"Terserah! Kalau tak nak dekat luar, awak tidur dekat lantai." kataku menunjuk ke arah lantai.
"Sebab sayang tau!"

Fildan ambil cadar untuk alas baring dan juga bantal dan selimut. Kesian juga ku tengok, tapi takkan nak kongsi?

'Eh, tu laki kau lah!'
'Gila!'

Tersengih-sengih aku ingat kejadian semalam. Tiba-tiba aku teringat yang aku kena kerja hari ni. Sebab aku apply cuti hanya 3hari. Takkan aku nak berhenti tiba-tiba. Kak Jina pun tak tahu lagi aku dah kahwin. Takkan nak pindah tiba-tiba? Mulalah serabut kepala aku.

"Morning, sayang."

Fildan yang baru terjaga duduk sambil menggosok matanya. Nampaknya aku kena minta izin dengan Fildan.

"Awak, saya nak balik rumah saya. Hari ni saya kena kerja."
"Berhenti je lah, sayang. Okay?"
"Mana boleh macam tu. Saya kena kerja takkan tiba-tiba berhenti. Kak Jina lagi, dia tak tahu pun pasal kita dah kahwin. Semua berlaku terlalu cepat."

Fildan diam. Aku tahu dia tak nak bagi aku kerja sebab dia lebih daripada mampu untuk tanggung aku tapi aku tak nak!

"Awak... Bolehlah. Saya tinggal dengan Kak Jina sementara waktu ni. Saya janji tak lama. Awak bagi saya masa, boleh tak?" pujukku

Fildan berfikir sejenak.

"Janji tak lama?"
"Janji!"
"Awak kena jumpa saya tiap hari tak boleh menolak."
"Yes boss!"
"Tapi hari ni, cuti please... Saya nak bawa saya ke suatu tempat."
"Awak..."
"Lepas tu saya hantar sayang balik rumah Kak Jina." siap angkat kening lagi

Mahu tak mahu aku terpaksa bersetuju. Sebelum kami pergi ke tempat yang Fildan cakap, aku singgah butik untuk mohon cuti lagi sehari dengan puan Rida tapi di tolak.

"Awak baru kerja, tapi dh cuti panjang-panjang. Awak ingat ni butik awak? Kalau masih mahu kerja, awak tukar baju sekarang tapi kalau awak nak cuti, saya akan bagi awak rehat tak payah datang kerja lagi."
"Puan, saya ada hal penting."
"Hal awak bukan hal saya!"

Sungguh tak boleh bertolak ansur perempuan tua ni. Apa aku nak buat. Dekat luar ada Fildan sedang menunggu. Kalau aku pergi bermakna aku kehilangn kerja.

"Yaya, awak boleh cuti. Isi borang cuti nanti saya akan sign. Selesaikan urusan awak. And awak puan Rida, saya bayar gaji awak sebagai manager untuk bijak dalam pengurusan. How if, esok lusa awak dekat tempat Yaya dan mohon cuti pada saya kemudian saya buat macm apa yang awak buat pada Yaya tadi?" kata Erol yang muncul di belakang ku.
"Maaf, tuan."
"Yaya, masuk bilik saya."

PENGANTIN SAPUWhere stories live. Discover now