part 11

1.4K 75 3
                                    

PART 11

RANIA

"Nia, buka pintu ni! Tak baik buat macam ni. Abang ipar Nia masih baru dekat sini. Kenal-kenallah."

Aku berdiri buka pintu dn tarik tangn mak aku masuk. Patutlah berat sangat hati aku nak balik kmpung rupanya ini yng aku akan nampak.

"Nia, semua tengah makan tu. Nia tak nak makankah?"
"Mak, kenapa mak tak cakap Yaya tu kahwin dengan Dato' Fildan?"
"Kenapa? Cakap kah tak cakapkah kan sama je. Bukan kamu kisah pun."
"Tapi yang ni Nia kisah, mak!"
"Nia jangan buat hal. Kenapa ni? Mak tak faham."
"Dato' Fildan tu boss Nia, mak."
"Bos? Jadi, dia..."
"Ya! Lelaki yang Nia cerita dekat mak. Lelaki yang Nia cinta."

Mak menekup mulutnya seolah tak percaya. Kenapa dalam banyak-banyak orang, Fildan yang kahwin dengan Yaya? Aku bermatian halang dia dari kahwin, dalam diam dia dah kahwin. Dengan perempuan yang paling aku benci!

"Dah, anggap je Nia tak ada jodoh dengan Fildan. Sekarang Fildan dah jadi abang ipar, Nia. Jom, keluar makan."

FILDAN AQRAM

Berliur aku tengok makanan yang Yaya masak malam ni. Tak sabar tunggu mak dan ipar aku yang dari KL tu keluar makan sekali.

"Awak dengan abah kena makan lebih sikit malam ni."
"Tak payah pesan. Memang dah plan nak makan lebih."
"Hah, keluar pun. Ingatkan nak berkubang dalam bilik tu. Duduk makan sekali, Nia."

Aku tak pernah nampak ipar aku yang seorang ni. Masa kahwin pun dia tak ada pulang. Masa inilah yang sesuai kenal dengan ahli keluarga Yaya. Aku menoleh untuk pelawa dia makan sekali.

"Jom, duduk makan se...ka..li? Rania?"

Semua yang ada di situ buat muka terkejut. Dan aku adalah orang yang paling terkejut dengan apa yang aku lihat. Rania, adik Yaya?

"Kenalkah?" tanya abah
"Dato' Fildan ni bos Nia, bah."

Aku cepat-cepat tengok Yaya, takut juga aku kalau nanti dia salah faham. Nasib baik Rania cakap aku bos dia. Kalu dia cakap benda lain habislah!

"Keciknya dunia ni, kan? Huh, lepas ni Fildan bolehlah tengok-tengokkan Nia dekat KL, sebab Nia ni tinggal seorang je."
"In sha Allah, bah."

Yaya tak bercakap sepanjang kami makan tu. Tengok dari luar, aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Yaya dan Rania. Tapi masih awal untuk aku bertanya. Tapi melihat Rania di sini saat ini buat aku sedikit tak sedap hati. Sebab aku tahu,dia sukakan aku.

Lepas makan, aku dengan abah duduk di beranda. Tiba-tiba aku teringat pengorbanan aku tidur dekat beranda ni. Aku tersengih.  Sekarang dah jadi isteri aku pun. Tapi masih juga jual mahal.

"Macam mana kamu berdua?"
"Okay je, bah. Cuma anak abah tu, jual mahal sangat."
"Kamu sabar je dulu. Nanti dah lama bersama, dia pandailah rindu kalau tak nampak laki dia ni."
"Betul juga cakap abah tu."

Tengah asyik berborak dengan abah, Yaya datang dan duduk sebelah abah. Dia salam tangan abah dan pandang aku.

"Awak, saya masuk tidur dulu. Kalau awak nak tidur, nanti masuk je."
"Syukur, tak tidur dekat beranda." kata ku lalu Yaya mencebik dan berdiri untuk masuk
"Yaya!"
"Ya, bah."
"Belajar panggil suami kamu manja sikit. Awak, awak tak romantislah."
"Tak biasa, bah."
"Biasakan. Kalau tak nak mamy dady, panggil je 'abang', kan Fildan panggil Yaya, sayang?"

Yaya angguk dan pandang aku tajam. Mesti dia fikir aku mengadu dekat abah ni. Perempuan terlebih berfikir! Dia kemudian masuk dan kami sambung bercerita sampai pukul 11malam.

"Abah mengantuk dah ni. Fildan masuklah tidur. Memandu jauh tadi, mesti sakit pinggang."
"Yalah, Fildan ke bilik air sekejap."

Abah masuk ke bilik selepas memakaikan adik-adik selimut. Sementara aku masuk ke dapur sebab terasa pundi kencing aku dah penuh. Bila aku keluar, terkejut aku tengok Rania tercegat dekat depan bilik air.

PENGANTIN SAPUWhere stories live. Discover now