Luwoo

543 27 31
                                    

Actually original idea dia aku nak buat fiction 'Let Me Love you' ni chaptered tapi aku malas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Actually original idea dia aku nak buat fiction 'Let Me Love you' ni chaptered tapi aku malas. Hahaha.. Lagipun banyak lagi fiction aku yang chaptered tak habis lagi, so aku buat oneshot la Luwoo fiction ni. Harap memuaskan ya! Dan cover di atas tu untuk cover fiction Let Me love you tu.
Recommend song; Let Me Love you by WayV,talking to the moon by Bruno Mars, Pulang by Insomniacks dan She will be loved by Maroon 5












Warn! Switchgender and maybe ada sedikit kekerasan.

Let Me Love You

Jungwoo membuka matanya, dia memandang sekeliling. Semuanya putih, kepalanya rasa sakit. Dia cuba untuk duduk tetapi dia tidak mampu kerana masih lemah.

Jungwoo pun terbaring kembali di atas katil. Dia mendengus perlahan.

"Oh, kamu dah bangun. "Ucap seseorang yang sedari berada di sampingnya. Jungwoo mengerut dahi, lelaki itu memakai pakaian dokter. Matanya ternampak nametag lelaki itu.

Dr. LEE Taeyong.

"Kenapa aku boleh ada di sini? "Tanya Jungwoo. Taeyong sedang mencatat sesuatu pada sekeping kertas. "Kamu accident dua minggu lepas dan koma selama dua minggu. Hari ini kamu baru sedar. "Ucap Taeyong, dia meletakkan kertas kerjanya di atas meja kecil.

Jungwoo baru teringat, dia accident sebab kekasih dia nak langgar dia. Kekasihnya tidak menginginkan dirinya lagi setelah mendapat orang baru. Jungwoo berasa menyesal mengenali lelaki yang menjadi kekasih.

"Apa yang terjadi dengan Ryan? "Tanya Jungwoo. Taeyong menatapnya seketika sebelum menggeleng kepala. "Dia dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan cuba membunuh. "Ujar Taeyong.

Jungwoo hanya mengangguk kepala. "Cik Kim. "Jungwoo mendongak apabila Taeyong memanggil namanya. "Saya nak tanya, siapa nama cik? "Tanya Taeyong.

"Kim Jungwoo. "Taeyong mengangguk kepala sambil mencatat sesuatu dalam kertas kerjanya. "Cik Kim tahu sekarang tahun berapa? "

"2019." Taeyong hanya mengangguk kepala. Nampaknya Jungwoo tidak hilang ingatan, bukan apa. Bahagian kepalanya terhentak pada jalan raya pada kejadian itu. Darah keluar tidak henti dan Jungwoo bernasib baik kerana masih di beri peluang untuk hidup.

"Baiklah Cik Kim, Cik Kim rehat dulu ya. Saya minta diri. "Taeyong pun keluar dari bilik tersebut. Tinggalah Jungwoo sendirian di dalam bilik itu.

Jungwoo tidak menyangka yang Ryan mengkianatinya hanya dia mendapat orang baru. Kenapa Ryan sanggup buat dia begitu?

Semasa dia kecil, dia selalu membaca cerita dongeng terutamanya sleeping beauty. Dia selalu mempercayai cinta sejati tetapi semuanya berubah setelah orang tuanya bercerai.

Ibunya curang dan meninggalkan dia dan papanya. Mulai dari hari itu, Jungwoo tidak mempercayai cinta sejati. Baginya cinta sejati hanya muncul dalam kisah dongeng yang selalu dibaca semasa kecil.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now