YuSol

410 23 5
                                    

Hansol sedang menunggu Yuta di Jopping Cafe, sesekali dia merenung jam tangan yang melingkar dengan kemas pada pergelangan tangan.

"Haih, kenapa Yuta lama sangat. "Ujar Hansol, dia meraih cawannya dan menghirup latte. Rasanya sungguh menyelerakan.

Matanya ternampak pintu utama cafe dibuka, kelihatan Yuta masuk ke dalam cafe dengan pakaian penyamaran. Dia memakai mask hitam ,topi hitam ,baju putih dan seluar jean.

Dia melilau sekeliling, apabila matanya tertumpu dengan Hansol, dia tersenyum dan mendekati Hansol. Yuta menarik kerusi yang berada di depan Hansol lalu duduk.

"Hi. "Sapa Yuta, dia menanggalkan mask dan topinya. Rambut panjang Yuta terurai pada bahunya. Dia tersenyum memandang Hansol.

"Kau lambat. "Ucap Hansol, Yuta memanyunkan bibirnya.

"Maaflah sebab aku lambat. Tadi kitorang berlatih untuk persembahan di Jepun. "Ujar Yuta, seorang pelayan mendekati mereka dan mengambil pesanan Yuta. Setelah itu dia pun meminta diri.

"Baiklah kalau macam tu. Ok sekarang ni kau nak bagitau aku apa? "Ujar Hansol, Yuta tersenyum memandang Hansol. Dia memegang tangan Hansol yang berada di atas meja.

Hansol hanya membiarkan Yuta berkelakuan begitu kerana dia pun rindu dengan Yuta. Berkerja di bawah company yang tidak sama ada cabaran yang paling berat bagi mereka.

Mereka tidak sama syarikat seperti dulu.

"Takkan aku tak boleh keluar dengan kau. Aku rindu kau. "Ucap Yuta, dia memanyunkan bibirnya. Hansol tertawa kecil, dia memegang tangan Yuta. Digengamnya erat dan Yuta menyukai kehangatan yang diberi oleh Hansol melalui pegangan itu.

"Baiklah, lepas ni kita pergi jalan jalan en. "Ujar Hansol, mata Yuta bersinar apabila Hansol berkata begitu. Dia mengangguk kepalanya tanda dia setuju dengan cadangan Hansol.

Setelah itu, mereka pun berbual bual sehingga minuman mereka habis. Mereka melangkah keluar dari cafe setelah mereka membayar minuman.

"Kita nak pergi mana? "Tanya Yuta, dia dan Hansol sedang berjalan di bandar Seoul. Hansol terdiam, memikirkan tempat yang menarik untuk mereka meluangkan masa bersama.

"Namsan tower? "

"Aku dah dah pergi situ dengan member. "Ujar Yuta, Hansol tertawa kecil, dia memandang Yuta. "Tapi dengan aku belum. "Ujar Hansol.

Yuta tersenyum, dia mengangguk kepala dan mereka pun menaiki bas ke Namsan Tower. Tidak mengambil masa yang lama, akhirnya mereka telah pun sampai disitu.

"Aku ada nampak dalam video Hot and Young korang tu. Aku perasan kau letak nama Winwin dan nama kau pada padlock yang berbentuk hati. "Ujar Hansol, masa tu dia dan Yuta menuju kereta kabel.

Yuta tertawa kecil, mereka melangkah masuk ke dalam kereta kabel. "Kau tahu kan kau tu milik aku, tapi kenapa kau letak nama Winwin dengan nama kau pada padlock tu? "Ujar Hansol, dia menatap Yuta tajam.

Yuta hanya tertawa mendengar kata kata Hansol. Itu menyebabkan Hansol semakin geram dan dia berterusan membebel pasal itu. Nampak sangat dia jealous dengan kedekatan Winwin dan Yuta.

"Macam mana kalau Kun tahu, kau tahu kan yang Winwin tu kekasih Kun. Kenapa kau masih nakkan Winwin. "Ujar Hansol, Yuta masih tertawa. Dia menggeleng kepala.

"Kau jealous en. "Ejek Yuta, Hansol memutar bola matanya. Belum sempat dia mengeluarkan suaranya, Yuta mengucup pipinya. Itu membuatkan Hansol bungkam.

Dia memandang Yuta, kelihatan Yuta hanya tertawa kecil melihat wajahnya. "Aku dan Winwin kawan je. Aku tahu Winwin tu kekasih Kun. Jangan risau, hati aku hanya untuk kau. "Ujar Yuta, Hansol tersenyum sinis. Kereta kabel mereka pun terhenti dan mereka melangkah keluar dari kereta kabel.

Mereka menuju kedai padlock untuk membeli padlock. "Ni cantik, sama dengan warna rambut kau. "Ujar Hansol, dia menayangkan padlock yang berbentuk hati dan berwarna merah.

Yuta memandang padlock tersebut, Hansol benar. Padlock itu cantik. Jadi mereka membeli satu. Setelah itu mereka menulis sesuatu pada padlock itu.

"Kau tulis apa pada padlock tu? "Tanya Yuta apabila Hansol melekatkan padlocknya pada pagar yang dipenuhi oleh padlock lain. Hansol tersenyum memandang Yuta.

"Aku tulis, I hope i can stay with him forever till my last breath. "Ujar Hansol, Yuta tersenyum dan dia menayangkan padlocknya. Terdapat perkataan Jepun pada padlock itu.

"Apa yang kau tulis? Aku tak reti baca. "Ujar Hansol.

"Meeting you is the most beautiful accident, aishiteru Ji Hansol"ujar Yuta, dia tersenyum memandang Hansol. Hansol terkaku, dia tersenyum memandang Yuta.

"Nado saranghae. "Ujar Hansol, Yuta terkekeh dan melekatkan padlock nya pada gate. Setelah itu, mereka pun berjalan di waterfront sungai Han.

Hari semakin gelap dan mereka masih mahu bersama. "Lepas ni aku tak tau bila nak jumpa kau lagi. "Ucap Yuta, mereka berdua sedang berjalan beriringan. Hansol memandangnya, dia memandang tangan Yuta.

Dengan perlahan dia memegang tangan Yuta dan digengamnya erat. Yuta terkejut dengan kelakuan Hansol.

"Then, kita habiskan masa bersama hari ni sebab kita tidak tahu bila lagi nak jumpa. "Ujar Hansol, Yuta hanya mengangguk kepala.

Pada malam itu, tidak banyak pengunjung datang ke waterfront sungai Han. Jadi tidak ada peminat gila mengekori mereka dan mereka dapat bersiar siar dengan tenang.

Tiba tiba Hansol menghentikan langkahnya dan itu membuatkan Yuta ikut berhenti. Yuta berasa hairan.

"Kenapa berhenti tiba tiba ni? "Tanya Yuta, Hansol berdiri menghadap Yuta. Dia memegang kedua dua bahu Yuta. Tatapan mata mereka bertemu. "Kenapa ni? "Tanya Yuta, Hansol tersenyum.

Dengan perlahan dia mendekatkan bibirnya dengan bibir Yuta. Yuta hanya terkaku apabila bibirnya bersatu dengan bibir Hansol. Dia mula menikmati ciuman yang diberi oleh Hansol, dia melingkarkan lengannya pada leher Hansol untuk memperdalamkan lagi ciuman mereka.

Ciuman yang diberi oleh Hansol sangat lembut dan Yuta sangat menyukainya. Kalau boleh, dia nak masa berhenti dan dia masih ingin bersama Hansol.

Dia sangat sayang Hansol, dia menginginkan Hansol menjadi miliknya selamanya. Semasa Hansol mengumumkan yang dia nak meninggalkan SM, Yuta lah orang yang paling sedih pada masa itu dan berhasrat hendak mengikut Hansol keluar dari Sm tetapi Hansol melarangnya.

Hansol berjanji akan jumpa Yuta jika ada masa terluang. Dan Yuta mendengar cakapnya dan terus tinggal di Sm.

Ciuman mereka terlerai apabila Yuta merasakan dua kehabisan nafas. Yuta tercunggap cunggap, Hansol menarik pinggang Yuta dan terus masuk ke dalam dakapan Hansol.

Yuta merasakan kehangatan yang diberi oleh Hansol melalui dakapan. Sejujurnya Yuta sangat rindu dengan kehangatan dalam dakapan Hansol. Kalau boleh dia nak selamanya berada di sisi Hansol.

"Dah lambat ni, mari balik. "Yuta mengangguk kepala. Maka mereka pun menaiki teksi untuk balik ke dorm masing masing.

ⓨⓤⓢⓞⓛ

"Hyung dari mana tadi? Taeyong hyung cari tadi. "Ujar Haechan apabila Yuta masuk dorm. Dia sedang main game dalam telefonnya.

Yuta menutup pintu dan dia ternampak Taeyong berdiri di depannya. "Kau pergi mana tadi? Baru sekarang nak balik. "Ujar Taeyong, Yuta menggaru tengkuknya.

"Aku jumpa Hansol. "Ujar Yuta, Taeyong mengangguk kepala. "Lain kali bagitau mana kau pergi. Taklah kami tercari cari kau. "Ujar Taeyong lalu masuk ke dapur. Yuta hanya mengangguk kepala, dia pun melangkah masuk ke dalam bilik perkongsian dia dan Jungwoo.

Dia membaringkan dirinya di atas katil dia mengeluarkan patung kucing dari poket seluarnya. Senyuman mula menghiasi wajahnya apabila dia melihat patung tersebut.

Sebelum dia masuk ke dalam dorm, Hansol menghadiahkan patubg kucing kepada Yuta tadi dan semestinya Yuta suka.

Yuta memeluk patung kucing yang kecil itu dengan erat. Dia memejamkan matanya kerana kelopak matanya sudah berat. Akhirnya dia tertidur kerana keletihan.

End.

Req by
KimJiHee10

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now