Bab 2

102 31 8
                                    

"Dah puas tengok show?"

Tiba-tiba pelajar lelaki itu bersuara memecahkan kesunyian di ruang koridor itu.


Lagilah Yeera bertambah pelik. Kenapa tetiba mamat tu cakap sorang-sorang?

Macam tahu-tahu saja Yeera tengah mempersoalkan kewarasan pelajar lelaki yang masih lagi berdiri membelakanginya, dia mula bersuara.

"Siapa lagi yang ada dekat sini selain saya dengan awak, Cik President"


'Huh?! Macam mana dia boleh perasan kehadiran  aku?Kedudukan aku pun bukannya terbuka sangat.'

Yeera amat pasti kedudukan dirinya yang bersembunyi disebalik pasu bunga  besar gedabak milik kesayangan pengetua sekolah itu dapat menyembunyikan dirinya.

Yeera sudah panik. Mata dililaukan ke sana ke mari. Cuba mencipta alasan. Dia masih lagi mencangkung dibelakang pasu.


"Sudahlah tu prez. Saya dah lama tahu awak berada di situ lagi. Meh lah keluar"

terus melompat Yeera dibuatnya saat dia melihat pelajar lelaki itu memusingkan kepalanya sahaja memandang ke belakang.


'Tak sakit ke leher kau buat macam tu?' Hanya itu sahaja yang terlintas di fikiran Yeera.


Kalau perempuan lain, rasanya dah pengsan kot melihat kekacakan di wajah polos tanpa secalit emosi itu.


Yeera rasa macam pernah nampak pelajar lelaki itu... tetapi di mana?

Dia tersentak lalu dengan kalut dia menindakkan kebenaran yang telah terbongkar.

"Mana ada saya tengok show ke apa! Y-yang awak tu... kenapa tak masuk kelas lagi? Sekarang ni waktu pdp! Saya amik kang nama awak."

Yeera cuba menggunakan taktik ugutan yang dia selalu gunakan untuk menakutkan  rata-rata pelajar lelaki.

Dia amat pasti yang sekejap lagi pelajar lelaki yang dihadapnya melutut merayu sambil memeluk kakinya supaya namanya tidak ditulis dalam buku 'Death Note' nya.

"Awak nak tulis nama saya? Haaa, tulislah saya izinkan."






HUH?!


Adakah disebabkan  dia tidak korek telinga pagi tadi membuatkan dia tersalah dengar?


Atau dia berkemungkinan besar telah pekak sehinggakan mendengar benda yang salah?




"Prez kena ingat tau baik-baik nama saya. K-I-M T-A-E-H-Y-U-N-G. Keep that in your mind"


******

Aku dedicated chapter yini khas buat kau -maznahsingle thanks sebab support member bebeh 😘

[OG] Miss President is My Maid || KTHWhere stories live. Discover now