+ 11

212 36 4
                                    

[ pencil | chapter eleven ]

+day eight

Yoonji berpusing ke kiri dan ke kanan. Blouse labuh yang tersarung di badannya, dia tilik melalui pantulan cermin. Taehyung yang sedang berdiri memeluk tubuh di belakang Yoonji dapat gadis itu lihat dengan jelas melalui pantulan cermin.

Senyuman dia langsung tidak pudar dari bibir sejak dari tadi. Apa yang dia suka sangat pun tidak tahulah.

"Wahai kakanda Taehyung, apakah yang kanda sedang menungkan itu? Tersenyum seperti kera busuk seorang diri pula itu, " Soal Yoonji sambil melihatnya melalui pantulan cermin.

Tubuh badan Taehyung tersentak daripada lamunan. Wajah Yoonji pada pantulan dia pandang lantas tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang putih bersinar.

"Kakanda tersenyum melihat kecantikan tuan puteri. Cantik blouse itu. Sesuai dengan orangnya juga"

Akhirnya mereka tertawa dengan lakonan mereka sendiri. Ah, ada-ada sahajalah. Barangan konon mahu jadi tuan puteri. Muka pun sudah ke laut apatah lagi mahu disamakan taraf dengan tuan puteri. Celah mana?

Usai membuka blouse yang disarungkan pada badan sebentar tadi, Yoonji menghulur semula kepada pekerja di situ. Bila disoal adakah dia mahu membeli, dia sekadar menggeleng.

Hati kata mahu tapi diri kata tidak mahu. Dia bukan apa, tapi bila diperiksa semula harganya, ah melebihi batas! Agaknya hanya orang berada sahaja yang mampu beli baju secantik itu.

"Eh? Kenapa awak tak beli? Bukan awak mahu ke baju itu? "

Yoonnj sekadar tersenyum manis ke arah Taehyung. Lengan dililitkan pada lengan Taehyung lantas beredar keluar dari kedai.

"Mahal," Yoonji berbisik perlahan pada Taehyung demi menjaga hati pekerja-pekerja di kedai baju ini.

Aku takut kalau aku terlepas cakap nanti dijadikan buah mulut diorang sahaja. Biasa lah, mulut orang bukannya kita boleh tutup, kan?, kata hati Yoonji

Taehyung, di sisi sekadar mengukirkan senyuman tanpa membalas kembali apa yang gadis itu katakan.

Baru saya tahu awak jenis yang berjimat, sayang, dalam diam hati Taehyung berbisik kecil.

❛✓❜ pencil | 김태형Where stories live. Discover now