Pt. 87

355 38 35
                                    

Selepas mengosok gigi dan membasuh muka, tibalah masa untuk yang masih bersekolah untuk masuk tidur.

Hansung, Yong dan Taehyeong berborak-borak terlebih dahulu. Mereka masih lagi belum rasa mengantuk.

Donghyeon yang duduk di atas katil lalu mengambil buku di tepi meja lalu membacanya. Selepas habis baca, Donghyeon letakkan di meja semula dan perhatikan sepupunya.

Yang ada di bilik ini hanya empat orang saja kerana Juno, Taehan dan Gyeom tidur bersama ibubapa mereka.

Taehan dan Juno masih lagi perlu dipantau setiap masa kerana kecederaan mereka.

"Korang tak rasa bersalah ke buat macam tu huh? " Soal Donghyeon kepada mereka sehingga mereka berhenti berborak.

"Buat apa? Kitaorang berborak je dari tadi. Tak buat apa-apa yang bahaya pun" Balas Hansung kepada Donghyeon.

"Jangan berpura-pura lah, aku tahu apa yang berlaku" Donghyeon menjeling tajam mereka.

"Woi Donghyeon, cuba beritahu kitaorang. Apa yang kitaorang dah buat?" Soal Taehyeong yang agak kurang ajar kepada Donghyeon.

"Sampai hati korang buat Juno sekeluarga macam tu kan? Apa salah keluarga dia sampai korang hina dan larang mereka makan bersama kita? Apa hak korang untuk buat macam tu?!" Amarah Donghyeon tidak dapat dibendung lagi.

"Juno bukannya saudara kandung kita. Dia tu cuma sepupu tiri kita je. Kau pun tahu yang keluarga Juno tu sangat menyusahkan? Pakcik Jeno dah tak boleh kerja sebab cacat, Makcik Siyeun pula mengandung pada waktu yang salah. Dan, habis gaji appa kita digunakan untuk bayar yuran sekolah Juno setiap bulan. Belum lagi barang-barang diorang dah habis! " Ujar Yong yang membuatkan Donghyeon memang sakit hati.

"Aku cucu pertama, aku kena prihatin dengan sepupu aku tak kira lah kandung atau tiri. Kita patut beri semangat, bukan benci atau menghina diorang. Korang patut beruntung sebab korang tak terima nasib yang sama seperti Taehan. Dapat balasan cash atas perbuatan dia dekat Juno" Ujar Donghyeon sinis.

"Donghyeon, kau tak layak kata macam tu kat kitaorang. Pangkat kitaorang lagi tinggi daripada kau sebab appa kitaorang adalah abang appa kau! " Hansung mula kurang ajar.

"Aku tahu pangkat aku, tapi aku cucu pertama. Kau kena ingat, aku tua lima tahun daripada korang dan ada lebih banyak kelebihan daripada korang. Lebih-lebih lagi daripada segi harta atok" Kata Donghyeon yang membuatkan mereka terkejut.

"Bbe-berani.. kau.. " Taehyeong mengepal tangan menjadi penggenggam.

"Kau jangan nak cabar kitaorang, Juno dan keluarga dia memang tak layak dapat simpati dari kitaorang " Ujar Yong lagi.

Donghyeon tersenyum sinis, dia membawa telefon, tempat pengecas dan bantal serta selimut ke luar. Dia tak mahu tidur dengan sepupu-sepupunya yang talam dua muka.

Sebelum Donghyeon keluar, dia sempat berkata kepada mereka bertiga.

"Oh ya, Taehan yang tanggung semua kesalahan. Apa perasaan Pakcik Taeil kalau tahu satu lagi anak dia buat hal dan, macam mana kalau Pakcik Taeyong tahu yang anak-anak dia buat hal yang sama juga? Mesti menyeronokkan tengok korang kena hukum " Donghyeon tersenyum sinis lagi sekali sebelum menutup pintu dan memilih untuk tidur di ruang tamu.

Bilik mereka berada di tingkat 3.

" Daniel Lee takguna Donghyeon!!! " Jerit Taehyeong sambil memaki sepupunya.

Donghyeon menuruni tangga dengan berhati-hati kerana bawa selimut dan bantal untuk tidur di bawah. Bernasib baik almari bajunya telah dikunci, jika mereka mahu gunting atau koyakkan baju Donghyeon, tidak ada masalah.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now