SHC 16

2.2K 251 21
                                    


Sebulan kemudian

" yah ! "

" Jalan cepat sikit boleh tak ? Benda kalau tak menyusahkan aku memang tak sahkan minah dobi ni ! "
Jungkook membebel sambil memerhatikan Yeonha yang terkial-kial menyarung kasut.

Sambil tu juga Jungkook dah  tayang muka menyampah sampah dia tu.

Kalau bukan sebab Tuan Jeon yang dari semalam dah pesan agar menjemput Yeonha untuk dibawa ke hotel , dah lama aku suruh si Namjoon je yang ambik.

Dahlah bawa Yeonha naik kereta yang paling aku sayang. Kereta ni limited edition !

Kalaulah nanti si Yeonha naik lepastu ada kesan yang tak diingini berlaku pada kereta tu memang aku mengamuk la.

Budak macam Yeonha nak bagi duduk sebelah aku ? Macam tempah bala pula. Low class macam tu ada hati nak tumpang aku.

Argh,serabut kena kahwin paksa macam ni !

" Cepatlah! Terkial-kial. Kau ingat aku driver persendirian kau ? Baik aku suruh kau naik teksi je . "
Bebel Jungkook dengan gaya sombong.

Yeonha sudah mara mendekati Jungkook dengan pandangan tajamnya .

Dia ni memang nak cari pasal dengan aku ke pagi-pagi buta macam ni ?
Eiiii , kau tunggu !

" Terhegeh-hegeh. Kau pandang apa ?! "
Tak habis lagi si Jungkook bebelkannya.

Yeonha berdiri sama tinggi dengan Jungkook sambil berpeluk tubuh.

" Kau ni dahlah jebon. Muka macam gayung jamban dalam tandas aku tu. Kau jangan cakap banyak boleh tak ?! Dah tahu aku terhegeh-hegeh tak payahlah datang ambil. Tu pun bongok. Ada otak tak nak fikir ! "

" Kau cakap aku bongok ? Kau ni kan...eiii ! Kau siap ea. Kau tunggu ...! "
Jungkook memberi amaran dengan tangannya betul-betul hinggap dekat batang hidung Yeonha.

Dan dia terus bergerak menuju ke kereta .

" Eleh—aku tak takutlah. "
Jawab Yeonha dengan jelingan mautnya.

" Kau berdiri apa lagi dekat situ ! Jangan bagi kepala aku semak boleh tak ?! "

" Sabar boleh tak.  Omma, appa dengan Seokjin nak pergi naik apa ? Kau agak-agaklah, takkan kita berdua je nak pergi ? "
Soal Yeonha dengan muka selamba.

Padahal dari tadi Jungkook rasa nak meletup kepala otaknya.

" Kau nak semua anak beranak kau naik dengan aku ? Kau ingat kereta aku kereta prebet sapu . Main angkut semua orang. Aku nak angkut kau pun sebab terpaksalah ",
Bebel Jungkook sebal.

" Wah-wah mulut kau bukan main sedap ea ! Buka mulut kau tu aku nak sumbat dengan batu ni ! "
Marah Yeonha cuba menggapai kepala Jungkook.

Manakala Jungkook menahan tangan Yeonha sehinggakan tangan Jungkook terpaksa berpaut pada pinggang rampingnya.

" Oii Yeonha, kau tertinggal...opps ! Aigoo ! "

Terkejut Seokjin sambil menutup kedua-dua belah matanya. Sebelah tangannya  terdapat satu plastik hitam.

Jungkook dan Yeonha terpaku.
Laju sahaja Jungkook melarikan pegangan tangannya.

" Err, hyung dah siap ke? Lama kami tunggu. cakap nak pergi sekali ? "
Auta si Jungkook menyebabkan Yeonha dah ketap gigi geram.

Bongok !
Tadi kau cakap lain sekarang cakap lain !

Hala, syial!

" Kau tunggu aku ke ? Oi Yeonha, kau tak bagitahu Jungkook ke kami pergi dengan kereta lain ? Baru je tadi omma pesan. Aigoo..."

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now