Pt. 89

278 32 20
                                    

Jihoon kini di unit rawatan rapi (ICU) dan dibenarkan untuk melawat Renjun
hanya 30 minit.

Dan Jihoon terpaksa memakai semua pakaian khas untuk masuk ke dalam. Sarung tangan, topeng muka, sarung kepala dan lain-lain untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Jururawat membawa Jihoon tempat dimana Renjun ditempatkan. Sebaik saja pintu dibuka.

Jihoon menitiskan airmata melihat badan isterinya penuh dengan wayar di badan dan juga terpaksa menggunakan bantuan pernafasan.

Jihoon cuba kuatkan diri dan duduk di kerusi sebelah katil isterinya. Jihoon memandang wajah pucat Renjun terlebih dahulu kemudian memegang tangan Renjun.

"Sayang, abang datang ni, nak tengok awak" Ujar Jihoon kepada Renjun yang terbaring lemah.

Jihoon melihat keadaan Renjun, Renjun tidak seperti menunjukkan tanda-tanda yang dia akan sedar. Cuma bunyi mesin hayat sahaja yang memenuhi bilik tersebut.

Jihoon mencium tangan Renjun berkali-kali sehingga puas hati lalu mencium kedua belah pipi Renjun.

Jihoon tidak cium terus ke kulit Renjun, sebaliknya topeng muka yang dipakai Jihoon menghalang kulit mereka bersentuhan.

"Sayang, abang dah berikan nama untuk kembar kita. Yang pertama Hwang Hana, kedua Hwang Hani, ketiga Hwang Hangyul. Awak dulu pernah cakap dengan saya, kalau awak mengandungi lagi, awak nak saya berikan nama pula" Ujar Jihoon sambil mengharapkan balasan.

Renjun tidak menjawab, sebaliknya hanya bunyi nafas tidak teratur yang membalas. 

"Isteri abang yang cantik, awak kena cepat sedar ya? Anak-anak kita mesti rindu sangat dengan awak. Kembar kita pun menunggu untuk jumpa awak" Jihoon mengusap rambut Renjun dengan lemah lembut.

Jihoon menangis dengan teresak-esak melihat keadaan Renjun. Jihoon takut sesuatu akan berlaku kerana doktor beritahu Renjun tidak akan sedar dalam waktu terdekat.

"Lee Renjun, maafkan abang sebab tak bertanggungjawab terhadap sayang. Abang bersalah terhadap sayang, sayang bangunlah, abang datang ni, nak temankan awak" Ujar Jihoon lalu menggengam tangan Renjun yang telah dicucuk infus.

"Sayang, abang tunggu sayang sedar tau. Nanti abang datang tengok sayang lagi ya. Abang nak melawat anak-anak kita ya" Jihoon terasa berat hati mahu tinggalkan Renjun berseorangan tetapi dia terpaksa, waktu melawat sudah tamat.

Seorang jururawat membuka pintu bilik dan menghampiri Jihoon yang berdiri sebelah katil Renjun.

"Encik, waktu encik sudah tamat. Doktor mahu memeriksa keadaan isteri encik" Ujarnya, Jihoon mengangguk faham dan melangkah keluar dari bilik tersebut.

Setelah Jihoon keluar, doktor dan jururawat masuk ke dalam dan periksa keadaan Renjun.

Jihoon menanggalkan pakaian yang dipakai dan berikan kepada jurutawat di sebelah. Jihoon menghampiri ibubapanya lalu memeluk mereka berdua dengan erat.

"Jihoon, Renjun dah sedar belum? " Soal Minhyun sambil mengusap belakang badan Jihoon.

Jihoon hanya mampu menggeleng dan mengesat airmata yang tidak berhenti dari tadi.

"Kesian menantu appa" Ujar Minhyun kerana sedih. Jisung menyuruh Jihoon duduk lalu menepuk bahu Jihoon supaya bersabar dengan semua yang berlaku.

"Bawa bersabar ya Jihoon? Kalau anak-anak kamu kuat, isteri kamu pun mesti kuat semangat " Jisung mengucup dahi Jihoon lalu menepuk bahu Jihoon semula.

"Kka-kalau Renjun.. Jihoon tak mampu maafkan diri sendiri" Fikiran Jihoon mula bercelaru kerana terlampau berfikir.

Minhyun memegang tangan anak tunggalnya dan berikan kata-kata nasihat kepada anaknya.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now