pengenalan

1.2K 58 33
                                    

jangan skip tau, nanti baru korang lebih faham.

watak utama : Sowon

Sowon sangatlah suka benda benda yang mistik. Dia juga mudah percaya jika dikaitkan dengan mistik. Contohnya, "sowon. Batu tu dulu pernah bercakap. Tapi lepas kena sumpahan, dia sudah tidak boleh lagi" . dia dengan mudahnya percaya, lalu menyimpannya. Kononnya nak pulihkan sumpahan batu tu. Padahal itunhanya batu biasa yang tiada keunikannya.

Nak dipendekkan cerita, based on this story.. Sowon telah bertemu dengan guru yang handal tentang ilmu ilmu begini. Berjalan di atas air, terapung, terbang.. tetapi dia memilih untuk belajar ilmu teleportasi. Belajar dengan sangat tekun. Dia baru sahaja belajar untuk pergi. Belum belajar cara untuk kembali pulang. Malah, kerana tidak tahu dan perasaan ingin cuba.. jadi dia terus teleport ikut pikirannya. Gila, dia memikirkan Paris tetapi sesat di zaman prasejarah!

Raja Joseon : Raja Gungmyeon

Lelaki yang berumur 63 tahun. mempunyai 3 orang isteri dan 7 orang anak. Setiap anaknya berbeza umur dan rupa paras. Persamaannya, mereka semua tampan dan cantik. Baik? tidak kesemuanya. Isteri- isterinya tinggal di dalam kawasan istana tetapi ruang yang berbeza begitu juga anak-anak mereka
Gungmyeon sangatlah tegas, kejam dan serious. Tiada yang boleh buatnya ketawa. Dia sangatlah serious dalam apa jua. Malah belas kasihan juga tiada di dalam dirinya. Sangat tegas dengan prinsipnya. Melakukan kesalahan kecil pun perlu disebat.

Isteri pertama Gungmyeon - Kim Ji Ryeong

berumur 45 tahun dan mempunyai tiga orang anak. Bemarga Kim. Dia sangatlah tegas, kasar dan kejam.. Tidak sama dengan madunya yang lain. Dia juga kadang menyiksa isteri Gungmyeon sekali gus madunya yang ke tiga kerana cemburu padahal madu yang ketiga tidak melakukan kesalahan.

anak pertamanya : Kim Taeyeon (umur 30 tahun)
Seorang kakak yang sama perangainya dengan sang omma. Kadang dia sering menghukum seseorang yang dia tidak suka sesuka hatinya sahaja. Dia menyukai seorang pemuda dari rakyat biasa, tapi itulah.. mereka tidak dapat ditakdirkan bersama walau pun orang cakap. Cinta tidak pandang pada darjat. Tetapi raja Gungmyeon memandang disebaliknya.

Anak kedua : Kim Suho (berumur 28 tahun)
Sangat pintar dan suka melukis. dia juga suka menyanyi di depan bapanya atau ibunya. Sangatlah penyayang dan berbeza 180° dengan ibu dan bapanya. Segalanya lengkap. Tetapi dia juga bersikap tegas dan tetap pendirian. Malah tetap dengan prinsip undang undang. Yang salah perlu dihukum walau salahnya sekecil zarah. Berupa paras tampan yang dapat menggugurkan iman wanita. cie

Anak ketiga : Kim Mingyu (Berumur 22 tahun)
Seorang yang nakal. Suka mengusik dan kadang super hyper. Selalu dihukum bapanya kerana tidak mendengar cakap. Dilarang keluar istana, tetapi dia keluar juga. Tidur di atas pokok.. kuda tidak diikat, lalu terlepas dan hilang. Dia juga berbeza dengam adik beradiknya yang lain. Dia tidak pernah menghukum orang malah membiarkan mereka. Dan kadang dia juga join buat salah. Paling tinggi di antara adik beradiknya yang lain serta adik tirinya yang lain juga.

Isteri kedua : Lee Dal Gi
berumur 42 tahun. Seorang yang biasa biasa sahaja. Tidak tegas, tidak cerewet, tidak pemalu. Entah apa dia. Tetapi dia sangat menyukai haiwan dan makanan. Dia amat menyayangi anak anaknya dan membela mereka walau apa jua berlaku.

anak pertama : Lee Elijah (berumur 29 tahun)
Elijah berupa paras cantik. Tegas tetapi baik hati. Dia selalu bergaduh dengan Kim Taeyeon, anak pertama Raja Gungmyeon oleh hal hal tertentu. Semestinya bila Kim Taeyeon sesuka hatinya menghukum dayang disitu, dia akan membela dayangnya dan mereka bergaduh. Dan kadang tanpa aba aba Taeyeon terus menghukumnya sedangkan dia tidak salah. Maka, dia dimarahi Raja Gungmyeon free begitu sahaja. Dia suka menari ballet dan bermain violin.

Anak kedua : Lee Jae Hwan (berumur 27 tahun)
Boleh dipanggil Ken. Sangat serious dan wajah yang cool. Tidak menyukai kekotoran. Ramai dayang yang terpikat dengan ketampanannya tapi tidak dihiraukannya. Dia juga tidak meminati soal percintaan. Dia sangat ramah dengan Mingyu dan Suho. Ken juga selalu mengikuti perperangan walau bapanya melarang.

Anak ketiga : Lee Seokmin (berumur 22 tahun)
boleh dipanggil Dokyeom. Kawan paling rapat Mingyu yang perangainya pun lebih kurang sahaja dengan Mingyu. Mereka selalu tidur di atas pokok kerana banyak buah. Malah, kadang suka tidur di atas bumbung dan tiada siapa dapat cari. Suka mengusik anak dari isteri ketiga yang juga teman mereka tetapi lebih sopan dan perangainya berbeza.

Isteri ketiga : Hong Wenju
berumur 32 tahun. Sangatlah prihatin, lemah lembut, sopan dan cantik. Sudah berkahwin tetapi masih menjadi idaman namja. Dia juga pandai memasak dan tidak mengharapkan makanan istana. Sangat menyayangi anak tunggalnya. Dia amatlah baik hati dan tidak memberitahu satupun tentang hujah yang dibuat oleh isteri pertama. Memukulnya dan bermaki makian di ruangnya. Isteri kedua pula sentiasa menolongnya untuk itu.

Anak pertama : Hong Jisoo (berumur 24 tahun)
boleh dipanggil Joshua. Sangatlah sopan. Bow pada semua orang walau sepatutnya orang yang bow padanya. Sangat mencitai flora dan fauna. Suka menangkap ikan dan memanah dan suka bernyanyi. Joshua sangatlah suka bersendirian tetapi waktu bersindirian itu sangatlah jarang ditemui kerana Dokyeom dan Mingyu sering mengganggunya tetapi dia tidak pernah memarahi mereka dan sesiapa pun. Sangat menyayangi ibunya dan siap membuka sayap melindungi ibunya walau apa pun.

watak sampingan akan tiba nanti dan bila bila masa sahaja. huhu

Prince(s) ✔Where stories live. Discover now