2 (hukuman)

460 45 28
                                    

Satu persatu dayang menghidangkan makanan berbagai jenis pada setiap putera puteri permaisuri. Raja? dia tidak kelihatan disini. Mungkin ada urusan?

Dokyeom : Ni la hyung (bisik pada Joshua sebaik sahaja Sowon menuangkan air pada permaisuri Kim)

P. Kim : Cukup.
Sowon : nae..
Taeyeon : Kau tidak meletakkan racun kan?
Sowon : hm?
Mingyu : mestilah tak, Sowon kan baik orangnya. kan Sowon?

Sowon menatap Mingyu ngeri. Kan dah kantoi bahawa mereka berkenalan tadi.

Suho : Kamu kenal dengannya?

Mingyu tidak menjawab dan sengaja menyibukkan dirinya sendiri dengan pakainnya. Suho membiarkan adiknya itu. Malas disoal banyak kali.

Tiba saat Sowon menuangkan air pada Suho, Suho sengaja menganjakkan cawan membuat air teh panas itu tertuang pada tempat lain

Suho : aw! Kau buta?!

Sowon menatap Suho tidak percaya. Semua anak mata sedang menatapnya sekarang termasuk ketiga tiga permaisuri.

Sowon : oh jeoseonghamnida..

Sowon bow dan memegang cawan itu agar tidak diubah lagi lalu menuangkannya dengan hati hati. Kemudian, dia ke Ken yang berada di sebelah Suho. Sowon tidak melihat wajah namja itu yang senyum sebagai balasan "terima kasih" begitu. Sedangkan, namja itu jarang senyum pada yeoja.

Ken : Menjadi dayang, rambutmu perlu diikat.
Sowon : ah nae.. mianhaeyo..

Sowon menuang air pada permaisuri Lee dan dokyeom. Mereka dengan baik hati mengucapkan terima kasih begitu juga Mingyu dan Elijah. Joshua, hanya diam.

Elijah : Tunggu dayang berambut cerah itu!

Sowon berhenti berjalan dan membalikkan tubuhnya.

P.Kim  : sudah, kamu semua jangan menggangu aktiviti makan!

Maka, Elijah pun memberi isyarat suruh Sowon pergi sahaja. Tidak jadi dibuatnya.
Sowon pun dengan senang hati, pergi.

Seulgi : hey! macam mana boleh tertumpah eo? kau malah melakukan banyak kesalahan!
Sowon : mianhae unnie.. itu tidak sengaja.
Seulgi : heish.. sudahlah. Ini
Sowon : hm?
Seulgi : Buat diikat rambut aneh mu itu.
Sowon : hehe.. nae unnie. Kei dimana?
Seulgi : masak
Sowon : lagi? tanpa henti?
Seulgi : semestinya. Lepas tengah hari, akan tiba petang, kemudian malam, kemudian pagi.
Sowon  : heol, apa dia tidak tidur?
Seulgi : tidur malam nanti. Waktu begini dia tidak akan berhenti bekerja.
Sowon : mesti penat kan..
Seulgi : begitulah hidup disini Sowon-ah..

Seulgi : inginku membantu dengan rambutmu?
Sowon : Oh joha
Seulgi : gaya yang sama denganku?
Sowon : terserahmu unnie.
Seulgi : Gurae.. bukan didapur, mari pulang ke bilik.

Sowon pun menyusul sang Seulgi menuju ke bilik dimana dayang dayang tidur.

Seulgi : aku membayangkan bagaimana wajahmu jika rambutmu hitam
Sowon : na? biasa sahaja.
Seulgi : oh jadi rambutmu pernah hitam?
Sowon : Ya unnie. Ini cuma warna alas yang ku warnai di kedai.. ini.. Blonde!
Seulgi : oh.. belon?
Sowon : hahahaha.. aniya..
Seulgi : tch. cakapnya yang benar!
Sowon : Betul lah tuu!

sowon : unnie! Itu kenapa?
Seulgi : mana? eoh...

seulgi : ah. biarkan saja. jangan ikut campur hal mereka.

Seulgi menarik tangan Sowon supaya mempercepatkan langkahnya. Namun, Sowon berhenti dan menarik lengannya dari Seulgi.

Sowon : sekejap..
Seulgi : Sowon, kita boleh dihukum kerana cuba mengintip!
Sowon : tapi itu.. mereka sama sama isteri Raja kan? kenapa malah dilakukan begitu.. ?
Seulgi : yah.. nanti juga kau tahu. Sudahlah Sowon... jom! ish!

Prince(s) ✔Where stories live. Discover now