Umji pov.
Sunyoul memberhentikan keretanya sebaik tiba dihadapan rumah aku. Aku membuka seatbelt lalu memandang Sunyoul. "Thanks hantar saya balik" ucapku disertakan senyuman.
Sunyoul mengukir senyuman manis. "You're welcome"
Aku berpaling mahu membuka pintu. Namun Sunyoul yang tiba-tiba bersuara buatkan aku kembali memandang kearahnya.
"Saya nak ajak awak dinner" beritahunya. Aku terdiam. Dinner? with Sunyoul?
Aku berfikir lama. Entah kenapa aku rasa Jimin akan marah kalau aku terima. Tapi... aku dengan jimin dah tak ada apa-apa.
"erk.. saya.."
"Saya datang jemput awak" ujar Sunyoul muktamad yang aku akan dinner dengan dia malam ni walaupun aku belum jawab setuju.
Aku mengukir senyum. Setuju jelah.
Aku membuka pintu dan keluar dari kereta Sunyoul. Sunyoul menurunkan tingkap kereta. "Pukul 7 saya datang jemput awak!" laungnya. Aku mengangguk.
Sunyoul tersenyum lantas memandu keretanya pergi. Satu keluhan aku lepaskan.
Dengan langkah lemah, aku berpaling kebelakang dan membuka pagar rumah. Aku berhenti sekejap setelah masuk kedalam rumah aku. Seisi rumah yang gelap, aku perati dengan pandangan redup.
Perlakuan jimin terhadap aku diperpustakaan tadi sikit pun tak buat aku marah pada dia. Malah aku tahu aku yang salah. Aku yang buat dia jadi macam tu. Hm
Aku pergi kearah bilik dan masuk kedalam. Beg aku turunkan dari bahu dan letak entah kemana. Kemudian Aku duduk bersandar pada almari. kedua mata aku pejam rapat.
Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi titisan air hujan menitik diluar. Mata aku kembali terbuka. Aku memandang kearah tingkap bilik.
Hujan turun agak lebat.
Minta² hujan tak berhenti biar batal dinner dengan Sunyoul malam ni. k tabaik.
***
Author pov.
Jimin melempar pandangan ke luar tingkap. Langit yang menangis ditenung dengan fikiran yang melayang.
Satu keluhan jimin lepaskan. dia berpaling dan berjalan keluar dari biliknya.
Pintu utama dituju.
Belum sempat dia keluar, Ma'am gukjoo menegur. "Tuan muda nak kemana?"
"Keluar" jawab jimin ringkas tanpa menoleh memandang Ma'am gukjoo.
"Tapi diluar sedang hujan" ujar Ma'am gukjoo risau.
Jimin menjeling "Ada payung kan" balasnya dingin. Kemudian berjalan keluar dari pintu utama.
Ma'am gukjoo mengeluh.
Selepas Umji tiada dirumah itu, Jimin semakin tak dengar kata. Entah apa yang harus mereka lakukan untuk mengembalikan Jimin semasa Umji ada.
***
[ asrama wanita ]
Satu kotak kecil dibuka oleh Seulmin. Terdapat banyak gambar serta objek lainnya yang penuh dengan kenangan.
Kenangan persahabatan dia dan minnie yang hancur kerana dirinya yang pabo.
satu gambar ditarik keluar. senyuman seulmin mekar melihat wajah gembira dia, minnie dan raemin di dalam gambar itu.

YOU ARE READING
i'm slave leader gangster ; jimji
Romance+ when a gangster falls in love with his own servant