BAB 4

6.6K 592 14
                                    

"CIK Orkid datang tak petang ni?" tanya Ziana. Dia sudah mengemas barang-barang di atas mejanya untuk pulang. Tak sangka, pejam celik, pejam celik, dah seminggu Marissa bekerja di sini.

"Ada apa petang ni?" Marissa kerut dahi.

"Biasanya setiap hari jumaat kita orang akan spend time dengan office mate semua. Bos pun ikut sekali tau! Macam hari ni, kita orang dah plan nak main badminton. Jomlah, Cik Orkid... ikut sekali?"

Marissa diam seketika. Tangan yang tadi sibuk mengemas barang, mula terhenti. Wajah dipalingkan ke sisi, mula memikirkan ajakan Ziana sebentar tadi.

"Tengoklah macam mana, Ziana. Saya tak janji. Takut ada hal lain pula petang ni." Marissa melemparkan senyuman nipis. Usai saja kemas meja, dia memandang pintu pejabat Harraz. Sedar tak sedar, sudah hampir seminggu dia menjadi PA lelaki itu.

Dan dalam tempoh itu juga, dia mula belajar mengenali lelaki itu. Aneh, dari setiap sudut yang diperhatikan, Harraz bukanlah seorang lelaki yang boleh dikatakan kasanova. Tak pernah pula dia nampak lelaki itu mengusung mana-mana perempuan dalam tempoh seminggu ini. Atau dia yang terlalu awal menghakimi Harraz?

Ah, rungsing dibuatnya!

Dia menilik jam sementara menunggu pintu lif terbuka. Terbuka saja pintu lif, terpampang dua wajah manusia yang tidak asing lagi, Harraz dan Naim.

"Fuh, nasib baik ada Cik Orkid. Cik Orkid tolong teman bos ni kejap. Saya nak ke tandas ni. Bos tunggu saya dekat bawah tau!" Naim berkata lalu tak menunggu lama, kelam-kabut dia berjalan keluar.

Marissa tergelak melihat Naim yang kelam-kabut itu. Tanpa banyak tanya, Marissa masuk ke dalam lif dan mengambil tempat di sebelah Harraz.

Sepi mengambil tempat di antara mereka. Janggal.

"Kurang asam punya, Naim!" Harraz mendesis geram. Marissa disebelah hanya memasang telinga. Tak ada ura-ura untuk dia membuka mulut.

"Nak balik dah ke?" Harraz memulakan perbualan. Terasa kekok apabila masing-masing mengunci mulut.

Marissa hanya mengangguk sebagai jawapan pertanyaan lelaki itu. Senyap. Terasa lama pula lif ini membawa mereka turun.

"Petang ni kau join?" Sekali lagi Harraz bertanya. Tubuhnya sengaja dirapatkan di sisi wanita itu. Dalam diam, dia mencuri-curi pandang ke arah Marissa.

Marissa menjulingkan matanya. Banyak tanya pula lelaki ini. "Maybe tak, nak rest puas-puas dekat rumah."

"Oh, okey." Itu saja balasan yang diterima. Semakin menyirap Marissa dengan Harraz. Dalam mulut tu ada tongkong emas agaknya.

"Menyampah!" Marissa mengomel perlahan sambil berlalu keluar. Mulutnya masih tidak berhenti daripada membebel. Entah apa yang dibebelkannya itu. Tak usah tanya sebab hati dia memang tengah mendongkol geram.

Harraz memerhati langkah Marissa yang semakin menjauh. Terbit satu senyuman di bibirnya. Dia menggeleng melihat Marissa yang berjalan laju itu. Dengan mulutnya yang masih tidak berhenti bercakap, membuatkan Harraz tergelak perlahan. Comel!

•••

MARISSA menutup pintu kereta dengan kuat. Enjin kereta dihidupkan. Sementara menunggu keretanya panas, dia mengeluarkan botol mineral lalu diminumnya.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now