BAB 5

6.3K 566 31
                                    

TERMENGAH-MENGAH Marissa selepas menghabiskan perlawanannya. Dia bergerak menuju ke bangku di mana dia meletakkan begnya tadi. Sebotol air mineral dikeluarkan lalu diteguk rakus.

"Aduh, penatnya!" Dia mengelap peluh yang mengalir dengan menggunakan tuala kecil yang dibawanya.

"Habislah pulak!" Marissa mengomel sendirian. Air mineral tadi habis diminumnya. Sudahlah dia masih ada lagi satu perlawanan.

"Nah!" Harraz menghulurkan air mineral kepada Marissa. Tanpa banyak bunyi, Marissa mengambil botol tersebut. Orang dah bagi, takkan dia nak menolak pula?

"Thanks..."

"Wow! Cik Orkid main tadi, memang macam ni!" Naim mengangkat ibu jarinya. Terkesima dia melihat Marissa bermain tadi.

Marissa tergelak kecil. "Biasa-biasa jelah, Naim. Ini pun dah lama saya tak main. Termengah-mengah dibuatnya!"

"Dia memang pandai main daripada dulu lagi, Naim." Harraz menyampuk.

Naim dan Marissa memandang pelik. Bunyi macam dah lama kenal je ni?

"Aku teka jelah..." Harraz menyambung. Baru tersedar yang dia sudah silap cakap.

"Dah, jom sambung!" Harraz berlalu pergi. Marissa pula masih terkenang dengan kata-kata Harraz tadi.

Dia kenal aku ke? Getusnya di dalam hati.

Marissa mengetepikan dulu persoalan yang berada di mindanya. Ziana sudah melambai-lambai ke arahnya. Tanpa berlengah lagi, Marissa berjalan masuk ke dalam gelanggang itu.

•••

"TAHNIAH Cik Orkid! Memang terbaik habislah tadi!" Seorang demi seorang mengucapkan tahniah kepadanya. Mana taknya, setiap pusingan Marissa mendahului mata. Sehinggakan ke final, Marissa juga yang menjuarai.

"Nasib je tu dia menang, takkanlah bos kita senang-senang kalah kan? Sebelum ni, setiap pusingan bos yang akan mendahului. Jangan nak perasan diri tu hebatlah!" Natalia, seorang gadis gedik bersuara. Sejak Marissa mula bekerja ni, makin ketara perasaan bencinya terhadap Marissa.

"Apa masalah kau, Natalia?" Naim bersuara. Dia perhatikan saja Natalia ni. Makin lama, makin ketara perangai buruk yang ditunjukkan.

"Hai Naim, kau pun back up si Orkid ni ke?" staf-staf yang lain hanya memerhati. Tak kuasa diorang mahu masuk campur. Harraz pula hilang entah ke mana selepas perlawanan tamat.

"Kalau aku back up Cik Orkid pun, ada masalah dengan kau ke?"

"Aku tak ada masalah dengan kau! Tapi dengan perempuan ni!" Natalia menuding jari ke arah Marissa.

"Talia, dahlah tu! Tak payah cari masalah dekat sini! Ramai orang tengoklah!" Laila, rakan baik Natalia bersuara. Dia pula yang segan melihat Natalia sebegini.

"Korang semua pergilah minum-minum dulu... Mungkin Cik Natalia ada benda nak cakap dengan saya..." Marissa yang hanya diam dari tadi mula membuka mulut. Dia tersenyum memandang Naim yang kelihatan risau itu.

"So, memandangkan semua dah pergi, cakaplah apa benda yang kau tak puas hati tu?" Marissa beriak selamba. Sempat lagi dia memainkan jarinya antara satu sama lain.

"Aku nak kau jauhkan diri daripada Encik Harraz!"

Marissa tergelak mendengar kata-kata Natalia. Jauhkan diri daripada Harraz? Dia tak salah dengar kan?

"Motif?"

"Encik Harraz hak milik aku!" Begitu yakin Natalia bersuara. Sekali lagi butir-butir ayat Natalia mengundang tawa Marissa. Namun, kalini ketawa yang berbunyi sinis.

"Aku tak tahulah kau ni bodoh atau buat-buat bodoh. Tapi nampak gaya adalah sikit kebodohan kau ni! For your info, aku, Orkid Dhialisa ialah seorang pembantu peribadi kepada Harraz Daniel. Kau mesti tak tahu skop kerja aku macam mana kan? Meh sini aku bagitau kau... Ke mana Harraz Daniel pergi, apa yang Harraz Daniel buat, semua tu berkaitan dengan aku. Jadi, kalau kau rasa sakit hati dengan kerja yang aku buat, kau boleh bagitahu dekat Encik Harraz sendiri. Alang-alang tu, luahkan sekali perasaan kau!" Panjang lebar Marissa berkata. Natalia pula makin panas hati. Merah padam wajahnya.

"Lagi satu, kau rasa Encik Harraz tu nak dekat kau ke? Balik rumah, kau cermin diri kau puas-puas. Ingat Natalia, kau tak kenal aku siapa! Tapi aku kenal siapa kau! Sekali lagi kau buat hal dengan aku, aku tak teragak-agak nak bagitau satu dunia, siapa kau sebenarnya!"

Dia memandang Natalia atas bawah. Marissa melemparkan senyuman sinis sebelum dia berlalu pergi dari situ. Puas hatinya melihat wajah Natalia yang memerah tadi.

Natalia memandang langkah Marissa. Dalam hatinya ada sedikit gentar apabila Marissa mengugutnya sebegitu. Tidak menunggu lama, Natalia pula berlalu pergi. Mukanya masih lagi membahang. Kata-kata Marissa tadi melekat kuat di fikiran.

•••

"KAU nak makan dekat mana?" Harraz menyoal Marissa disebelah.

"Mana-mana pun boleh..." Marissa membalas.

Petang tadi, semasa dia kembali ke tempat parkir keretanya, kelihatan kedua-dua tayar hadapan kereta wanita itu pancit. Kebetulan pula Harraz masih belum pulang. Jadi lelaki itu mempelawa Marissa untuk naik bersamanya.

Dalam diam, Marissa tersenyum senang. Rancangannya harini berjaya.  Sebenarnya, Marissa yang menyuruh Iqbal memancitkan tayar keretanya. Motif? Dia mahu mendekati Harraz Daniel.

"Okey, dah sampai." Harraz mengangkat handbrake.  Marissa melihat tempat yang dibawa oleh Harraz. Pasar malam! Sememangnya itu tempat kegemaran dia.

"Encik Harraz ni tahu-tahu je saya suka berjalan dekat sini," ujar Marissa gembira. Hilang segala niatnya tadi apabila dia menjejakkan kaki di pasar malam itu.

Harraz melihat Marissa yang tersenyum manis itu.

I know you better, than yourself. Ayat-ayatnya itu hanya terluah di dalam hati saja.

"Kita makan Char Kway Teow nak?"

"Nak!" balas Marissa teruja. Kembang kempis hidungnya bau asap makanan yang menyelerakan itu.

Harraz memimpin tangan Marissa menuju ke gerai Char Kway Teow. Dia risau jikalau gadis itu hilang dari pandangan matanya. Sudahlah orang bersesak-sesak. Tambahan pula, Marissa tidak membantah.

"Char Kway Teow kerang dua ya, bang! Teh o ais limau satu dengan limau ais satu. Limau ais tu kurang manis!" Harraz membuat pesanan.

"Mana Encik Harraz tahu saya minum limau ais kurang manis?"

"Aku agak je... Lagipun dah malam macam ni tak eloklah minum benda manis sangat, kan?"

Marissa mengangguk faham. Entahlah, dari petang tadi dia berasa sedikit sangsi dengan Harraz. Nak kata Harraz kenal dia? Mustahil kerana sebelum ini mereka tidak pernah pun bersemuka. Hatta, Lisa juga tidak pernah kenalkan dirinya kepada Harraz. Mungkin semuanya kebetulan saja.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now