Bab 5

2.3K 296 90
                                    

HABIS berjalan satu pusingan padang, Ariana lantas mengambil tempat di salah sebuah bangku berdekatan. Novel Dheo’s yang dipegang sedari tadi mula dibuka untuk menyambung bacaannya. Macam biasa, dia akan baca novel setiap kali waktu riadah.

Nak buat macam mana, dah memang rutin pelajar asrama. Tepat jam lima petang sahaja, semua aspura dan aspuri kena turun padang untuk aktiviti riadah kecuali pada waktu hujan. Bagi aspuri, cuma kena pusing padang dua kali lepastu dah boleh bebas nak buat apa-apa. Pukul 5.30 petang baru boleh naik dorm. Disebabkan Ariana ni sejenis yang tak suka bersukan, jadi dia akan habiskan waktu riadah dengan membaca.

Bila dah mula bosan, novel Dheo’s itu pantas ditutup oleh Ariana. Matanya mula melilau ke sekeliling tempat. Kemudian, dia tersenyum lebar. Pelangi yang berada di langit dipandang lama. Aesthetic.

Tanpa Ariana sedar, ada sepasang mata yang tak lepas memandangnya sedari tadi. Tiba-tiba gerangan itu tersenyum sendiri.

          "Comel jugak Ariana..."

Gedebuk!

Naim terus mengusap belakang kepalanya yang berpinar-pinar. Kemudian, dia berpaling ke belakang. Bola yang sudah elok mendarat berhampirannya hanya dipandang kosong. Kemudian, muka-muka ahli pasukannya pula diteliti. Masing-masing dah tayang muka marah. Haa sudah!

          "Naim... Naim... Bengap betul." Terletus tawa Ariana tatkala ternampak gelagat Naim tersebut. Terus kepalanya digeleng-gelengkan. Macam manalah bola tu boleh terkena kepala dia. Aduhai!

Malas nak fikir banyak, Ariana kembali membuka novel Dheo’s. Namun belum sempat dia membaca novel tersebut, suara seseorang mula menyapa telinganya.

          "Hai flower! Tengah buat apa tu?"

Terus gerangan suara itu dipandang dengan menyampah. Kemudian, baru Ariana membuka kata, "Tengah busy lipat kain ni ha. Tak nampak eh?" Ariana berloyar buruk.

          "Kelakarlah flower ni. Saya saja je tadi. Hmm... flower tak nak join sekali ke main bola tampar dekat sana? Tu kan kawan-kawan flower," ujarnya lagi lalu duduk bersebelahan Ariana.

          "Malas." Pendek balasan yang diberi. Kedudukannya dijauhkan sedikit dari Syahir.

          "Kalau macam tu, saya jelah teman flower dekat sini," kata Syahir seraya memandang Ariana sekilas. Tetapi, gadis itu hanya fokus dengan novelnya sahaja. Apabila tiada sepatah kata pun yang keluar darinya, Syahir mula bersuara lagi.

          "Flower nak tahu tak apa beza flower dengan bunga tu?" Syahir bagi ayat memikat sambil menunjukkan jarinya ke arah sekuntum bunga berhampiran mereka.

          "Tak nak tahu pun."

          "Tapi saya tetap nak bagitahu flower jugak. Bezanya, bunga tu akan layu. Tapi, flower tepi saya ni akan sentiasa mekar dalam hati saya. Kan flower?" Syahir pandang kembali di sebelahnya. Dia lihat, kelibat Ariana sudah tiada di situ.

          "Flower... Mana flower pergi ni?" desisnya di dalam hati.

Kemudian, keadaan padang yang tiba-tiba kecoh itu pula dipandang Syahir. Terdapat sekumpulan pelajar yang sedang berkerumun di situ. Disebabkan perasaan ingin tahunya, Syahir lantas bangun dari duduk lalu bergerak ke arah sekumpulan pelajar tersebut. Rupa-rupanya, ada budak bola tengah bergaduh.

𖧷 𖧷 𖧷

"SEBAB kau la kita kalah tahu tak!" jerit Haziq lalu memegang pipinya yang sudah lebam. Kalau diikutkan hati, nak aje dia tumbuk budak tu lagi. Tak padan dengan junior. Nasib baik ada orang tahan.

          "Bila masa pulak! Salah captainlah. Siapa suruh tak jaga anak buah betul-betul," sindir Que pula. Bibirnya yang sudah berdarah itu dikesat menggunakan tangan.

          "Huh. Kalau dah salah tu, salah jelah. Tak payahlah nak salahkan orang lain pulak! Dasar kaki bangku. Lain kali tak payah sibuk nak main." Kecil besar kecil besar aje Haziq pandang juniornya sekarang ini. Tangannya dilepaskan dari pegangan dua orang budak bola yang menahannya. Rimas.

          "Kalau aku dapat captain yang lagi pro dari kau takdenya aku jadi macam ni."

          "Bodoh kau Que..." Haziq mengepalkan penumbuknya seerat yang boleh, bersedia untuk dilayangkan kepada Que.

          "Dah-dahlah tu. Tak payah gaduh-gaduh lagi. Dah macam budak-budak aku tengok. Menang kalah adat permainan. Tak ada siapa yang salah," Naim tiba-tiba menyampuk. Dia menahan tubuh Haziq dari menuju ke arah Que. Dia tahu apa yang Haziq cuba nak buat.

          "Adat konon. Lepaslah! Aku nak ajar sikit budak tak guna tu." Haziq cuba melepaskan dirinya dari budak baru itu dan dia berjaya. Kemudian, dia menuju ke arah Que.

Buk!

Naim memegang pipinya yang terasa sakit. Piau yang amat. Nasib baik dia berjaya menghalang Que dari ditumbuk oleh Haziq. Tapi, nasib badanlah pula kena tumbuk.

          "Apa kecoh-kecoh ni?"

Gerangan suara yang tiba-tiba muncul itu serta-merta menyentakkan semua pelajar. Kelibat Cikgu Rais yang berdiri di situ membuatkan semua pelajar terus terdiam. Pergaduhan tadi pun turut terlerai.

𖧷 𖧷 𖧷

"IZZAT! Sini kejap," panggil Ariana dengan suara termengah-mengah. Penat kut ulang-alik dari dewan makan ke padang. Semata-mata sebab nak mintak ais untuk budak-budak yang gaduh tadi.

          "Ya. Kenapa akak?"

          "Akak nak mintak tolong sikit boleh? Tolong passkan ais ni dekat tiga orang abang yang gaduh tadi," ujar Ariana lalu menghulurkan tiga bungkus ais yang sudah dibalut dengan tuala kepada Izzat. Huluran itu disambut kembali oleh budak itu.

          "Okey, akak. Tapi, nama..." Belum sempat Izzat ingin menyudahkan ayatnya, Ariana sudah pun menyampuk.

          "Thanks Izzat." Kemudian, Ariana terus berlalu dari situ. Tinggallah Izzat yang masih terkebil-kebil sendirian. Tidak lama selepas itu, dia mula menuju ke arah tempat beradanya tiga orang senior tersebut.

          "Err... abang. Ada sorang akak ni suruh saya passkan ais dekat abang," kata Izzat lalu menghulurkan ais kepada Naim pula. Sama seperti reaksi Haziq dan Que, Naim juga turut bingung apabila diberi ais secara tiba-tiba. Tapi, dia tetap menerimanya.

          "Thank you," ucap Naim sebelum junior tingkatan dua itu beredar dari tempatnya.

Dalam diam, ada seorang cikgu pengawas yang asyik memerhati gelagat Naim dan Ariana. Daripada scene Naim cuba meleraikan pergaduhan antara Haziq dan Que sehinggalah scene Ariana menyerahkan ais kepada Izzat untuk diberikan kepada tiga orang pelajar yang terlibat dalam pergaduhan tadi.

          "Nampaknya, dah ada calon pengawas yang baru ni. Naim... Ariana... Hmm... sesuai sangat dijadikan pengawas," ujar Cikgu Rais. Tiba-tiba.

Mu'azzin Paling AnnoyingWhere stories live. Discover now