Bab 7

2K 276 55
                                    

ARIANA lihat jam loceng disebelah. Baru pukul dua pagi. Entah kenapa malam ni dia rasa lapar sangat sampai tak boleh tidur. Bila dah mula fed up, Ariana lantas bangun dari katil lalu menuju ke lockernya. Nak cek sama ada stok makanan masih ada ataupun tidak. Namun, hampa. Satu bungkus makanan pun tiada di hadapan mata. Seterusnya, dia tuju pula ke locker budak-budak dormnya yang lain. Dan, hasilnya tetap sama. Tiada satu pun makanan yang dia nampak.

Ariana mula putus asa. Tudung sarung dan sweater miliknya yang tergantung di kepala katil pula dicapai. Kemudian, dia keluar dari dorm. Ingat nak cari makanan dekat dorm sebelah tapi hancur hatinya bila dorm sebelah masih lagi berkunci. Nak ketuk pintu tak sampai hati. Jadi, Ariana ambil keputusan untuk buat kerja gila.

Misi memecah masuk dewan makan!

Dengan berhati-hati Ariana ambil langkah untuk turun dari blok aspuri. Seterusnya, dia mula berjalan perlahan-lahan menuju ke dewan makan. Takut kantoilah katakan. Pintu dewan makan yang tidak berkunci itu ditolak.

Berkerut habis dahi Ariana tatkala ternampak satu bayang-bayang di atas lantai. Kemudian, suis lampu dibuka. Kelibat seorang lelaki yang membelakanginya dipandang dengan pelik. Bersepah-sepah plastik roti yang berada di sekelilingnya. Bila lelaki tu pusing saja badannya ke belakang, serta-merta mata Ariana membulat.

          "Naim?"

          "Ariana?"

Serentak mereka berdua bersuara.

          "Eh! Kau buat apa kat sini?" tanya Ariana dengan sangsi lalu menuju ke arah Naim. Terkejut beruk dia apabila melihat stok-stok roti di dalam bekas sudah tinggal separuh. Tak lain tak bukan, mesti kerja Naim.

Ini kalau mak cik dm tahu memang confirm kena bebel setahun.

          "Makanlah, apalagi. Yang kau tu buat apa kat sini?" soal Naim pula.

          "Err... aku saja je ronda-ronda area sini. Nak ambil angin malam," balas Ariana. Takkan nak cakap yang dia lapar kut. Kang Naim ketawakan dia pulak. Jatuh reputasi nanti.

Grr!

Naim pandang perut Ariana. Keningnya dijongketkan sebelah memandang gadis di hadapannya kini. Ariana pula sudah menutup perutnya sambil tersenyum malu. Time-time macam ni la perut dia nak buat hal. Haih. Buat malu je.

          "Nak ambil angin malam konon. Cakap jelah kau lapar. Kan senang. Duduklah! Makan dengan aku. Ada lagi roti ni," sindir Naim.

          Ariana apalagi? Terus dia tarik kerusi yang berhampiran lalu duduk berhadapan dengan Naim. Kemudian, dia ambil sebungkus roti lalu mula berbicara, "Dahsyat eh kau boleh habiskan roti separuh daripada bekas besar ni." Ariana ketawa.

          "Dah aku lapar sangat! Nak buat macam mana," balas Naim lalu terkumat-kamit mengunyah roti di dalam mulut.

          "Naim... Naim..." Ariana menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Terhibur dengan tindakan Naim yang berani pecah masuk dewan makan. Tak padan dengan budak baru dah pandai buat hal.

Setelah itu, keadaan antara mereka mulai senyap. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Ariana mahupun Naim. Hanya bunyi plastik-plastik roti yang dibuka sahaja memecahkan kesunyian antara mereka.

          "Kau kenapa Naim?" tanya Ariana tiba-tiba apabila ternampak air mata Naim mula menitis sedikit demi sedikit. Naim pula terus mengesat air matanya menggunakan tangan apabila Ariana sudah perasan. Entah kenapa bila dia tengok Ariana, rasa ringan je air mata dia nak keluar. Haih.

          "Takdelah. Aku tiba-tiba teringat kakak aku bila tengok kau. Sama je nama macam kau. Perangai pun lebih kurang. Tapi... dia dah takde kat sini. Allah lebih sayangkan dia." Air mata Naim jatuh lagi setitik namun cepat-cepat diseka.

          "Kakak kau nama Ariana jugak ke?"

          Naim mengangguk, "Ariana Natasya." 

          "Ohh... patutlah. Mesti kakak kau cantik kan macam aku. Sebab tu kau teringat kakak kau bila tengok aku." Ariana sengaja buat lawak. Nak menceriakan suasana.

Naim hanya senyum. Tak tahu nak balas apa.

          "Err... boleh aku tahu kenapa kakak kau meninggal?" tanya Ariana takut-takut. Risau mengguris hati Naim. Tapi, perasaan ingin tahunya lebih menyelubungi diri.

Sekali lagi, hanya senyuman saja yang Naim balas. Tiada sepatah kata pun yang meluncur keluar dari mulutnya. Naim belum bersedia lagi nak ceritakan kepada sesiapa pasal kakak dia. Takut nanti air mata lelakinya jatuh lagi di hadapan Ariana. Nanti diri sendiri pulak yang malu.

          "Kalau kau tak nak cerita takpelah. Aku faham. Hmm... dahlah. Aku pun dah kenyang ni. Rasa mengantuk pulak tiba-tiba." Ariana lantas bangun dari duduk. Plastik-plastik roti yang bersepah juga dikutipnya.

          Naim juga turut bangun dari duduknya lalu mengambil plastik-plastik roti yang berterabur di atas meja. Wajah Ariana dipandang. "Aku pun dah mengantuk ni. Jumpa esok."

          "Okey. Kita kawan eh? Tak best la gaduh-gaduh macam sebelum ni. Macam budak-budak," ujar Ariana lalu ketawa kecil.

          "Okey. Kita kawan." Naim tayang senyuman manisnya. Senyuman yang jarang dia tunjukkan kepada sesiapa.

Tidak lama selepas itu, Ariana mula mengambil langkah untuk keluar dari dewan makan. Namun, belum sempat dia cecah muka pintu dewan makan tersebut, suara Naim yang memanggil membuatkan dia berpaling ke belakang.

          "Goodnight," kata Naim lalu mengenyitkan sebelah mata kepada Ariana.

          "Goodnight too," balas Ariana juga lalu turut mengenyitkan sebelah mata kepada Naim. Kemudian, barulah Ariana betul-betul beredar dari dewan makan lalu menuju kembali ke dormnya. Dan dengan itu, kenyitan mata tersebut telah menjadi trademark persahabatan mereka berdua.

Mu'azzin Paling AnnoyingWhere stories live. Discover now