+30+

1.1K 135 56
                                    

"Werk tak dapat kejar!!!" Ejek Sunghyun sambil berlari satu blok apartment itu.

"YOO SUNGHYUN TAGUNE! DAH LA PENDEK!!" Kejar Jihoon dengan segala makian dan carutan keluar dari mulutnya.

"Kaki pendek!! Slow je kejar aku HAHAHAHAHAHAHA"

"YAH!!!" Jihoon semakin laju mengejar Sunghyun ini membuatkan gadis itu semakin gelabah. Tu la kau kata lagi ayat keramat tu hambek.

Nasib baik Jihoon tak kejar dia dengan gitar sebabnya Jeonghan dan sorokkan gitar tu awal-awal lagi.

Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

K takde kena mengena.

"Huwahhhh!!" Kini Sunghyun mula berasa takut kerana Jihoon semakin menghampirinya.

Tetapi kelihatan dirinya ada peluang untuk selamat apabila terlihat rumahnya tidak jauh darinya.

"YESH AKU AKAN SELAMAT"

"TAKKAN SELAMAT LA POMPUANNNNN"

Dirinya semakin hampir dengan pintu, dan...

BAM!

Sunghyun rebah disitu.

"WEH JISOO KAU BUAT APA NI WEH?!" MinAh menggoncang bahu rakannya itu.

Jisoo pula hanya terpaku, memang salah dia sebab bawa keluar sofa Sunghyun tiba-tiba. Katanya nak ambil udara segar kat luar sambil duduk.

Jadah dia.

Si Sunghyun ni pun satu sebab tak sempat nak brek akhirnya diri tu tercium sofa sendiri. Terlebih speed katakan.

"Bagus Jisoo, takde la buang tenaga aku kerja minah ni, sekarang harini juga aku settlekan kau" Jihoon terus mengheret Sunghyun masuk ke dalam rumahnya. Dihalau Seventeen dengan takde perasaan.

Pintu ditutup dengan kuat membuatkan Seventeen dan gadis-gadis itu terpaku seketika.

"Oh tidak.." Hansol mula bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Takkan la..." MinAh memandang Jisoo.

"Sejarah pasti akan berlaku sekali lagi" Seokmin memegang bahu Minghao.

"Semoga Sunghyun tenang di sana" ujar mereka semua serentak.

+++

"Junhui hyung, Jihoon hyung tak sayang kat kita ke?" Soal Soonyoung yang sedang bermain buaian.

Junhui yang bermain fon terus terhenti mendengar soalan cepumas itu. Dia memberikan isyarat pada Wonwoo untuk jawab soalan Soonyoung pula.

Dia sayang je cuma tulah kejenya asyik nak marah orang je" ujar Junhui bagi si Soonyoung ni tak nak salah faham.

"Ouh kalau macam tu Sunghyun noona pula?" Junhui mengerutkan dahi.

"Hish yelah, apa maksud Soonyoung pasal minah tu?" Soonyoung memandang Wonwoo.

"Dia tak sayang kita ke? Asyik-asyik mention Namjoon hyung tu muak la dengar" complain jejaka itu.

Junhui dan Wonwoo memandang antara satu sama lain.

"Soonyoung... kau jeles ke?"

+++

<< Airport >>

"Mana diorang ni" Yuri melihat jam dan memandang manusia-manusia yang semakin ramai keluar dari platform kapal terbang.

"Sabarlah unnie, tau rushing kalau tak sempat sangat suruh jelah aku ambik diorang" bebel Shinyoung tak puas hati, dari tadi asyik dengar rungutan Yuri siapa suruh datang sejam lebih awal.

"Aduh kau ni bebel kat aku pula cuba la tolong cari diorang"

"Tengah tolong la ni"

"Kalau tolong minum je baik tak payah" Shinyoung tersengih mendengar perlian dari Yuri.

"Awal juga ek diorang balik kata esok"

"Excited memang macam tu la" ujar Yuri.

"Eh tu diorang!!" Shinyoung yang ternampak 3 kelibat manusia yang amat dikenali terus menjadi teruja.

Lagi-lagi yang seorang tu merupakan crush sendiri hekhek.

"Omma!! Appa!! Saeng!!" Yuri mengangkat tangannya untuk memberi keluarganya nampak akan keberadaan beliau.

"Yuri!! Rindu kamu!!" Pn.Kwon terus memeluk Yuri untuk melepaskan rindu.

Usai sahaja memeluk ommanya, kini Tn.Kwon pula yang memeluk anak perempuan tunggalnya.

"Lama tak jumpa, macam mana syarikat?"

"Not bad, jangan risau Yuri boleh handle" jawabnya dengan bangga.

"Eh Shinyoung pun ada!!" Shinyoung tersenyum manis lalu memeluk Pn.Kwon.

"Mak cik sihat?"

"Terlebih sihat ni!!" Jawab Pn.Kwon teruja.

Kini Shinyoung mula berhadapan dengan seorang jejaka yang segak sedang memandangnya dengan redup.

Kes nak larikan diri dari kena cium dengan noona sendiri la tu.

"Dah lama kita tak berjumpa, Kwon Shinyoung" ujar jejaka itu dengan senyuman manis.

Rambutnya yang hitam itu diuraikan dengan perlahan, memperlihatkan aura kelakiannya perempuan yang lalu lalang pun pandang dua tiga kali kearah mereka dari tadi.

Wajahnya saling tidak tumpah seperti Soonyoung tetapi berlainan perwatakan. Tetapi kalau nak tau perbezaan pun rambut Soonyoung berwarna coklat manakala jejaka itu berwarna hitam.

"Yep dah lama kita tak berjumpa, Kwon Hoshi"




_________
Sorry lambat update gais

HSHSHSHS SURPRISEEE

Babysitter ♚안저지♚ (HOSHI SVT) (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now